Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Monday, May 10, 2010

Material and non-material

Semalam matahari seakan segan mahu menunjukkan diri. Tapi dalam cuaca agak nyaman itu aku sempat menghabiskan 45 minit memusingi stadium seksyen 15 dan setengah jam lagi mengisi perut yang lemak-lemaknya belum sempat pun mencair. Secawan besar nescafe dan semangkuk nasi bubur sup menyelinap kerongkong dan terus mendap ke dalam usus. Aku memandang ke arah stadium dari tempat aku menghirup nescafe dan memerhatikan anak-anak taski Abim beriuh rendah dalam acara sukan mereka. Lega kerana acara sukan tadika aku sudah selesai.


Hari ibu aku sambut dengan irama ketukan lesung batu, desiran bahan penumis, geseran pinggan mangkuk. Semuanya bersatu dengan simbahan air tangan aku. Anak-anak mengajak aku bersenang-senang di alamanda tetapi aku ada tetamu yang perlu diraikan. Dan dalam hujan yang turun setelah diberi amaran sejak pagi lagi, anak buah aku sampai bersama anak-anaknya. Kami makan tengahari bersama-sama berlaukkan pucuk paku udang galah masak cili api, tenggiri asam pedas dan sudah pasti tidak ketinggalan telur goreng mata kerbau.


Aku tidak pasti bila hari ibu mula diraikan. Semasa aku kecil sehingga menginjak remaja malah sehingga aku berkahwin, aku tidak pernah kenal dengan hari ibu. Tidak pernah aku menghadiahkan emak dengan kuntuman mawar merah. Tidak pernah aku hadiahkan emak dengan kek yang siap tertulis selamat menyambut hari ibu di atasnya. Memang tidak pernah. Tapi itu tidak bermakna aku tidak ingat pada emak. Tidak pula bermakna aku tidak sayang pada emak. Tidak juga bermakna aku tidak mengenang jasa emak yang membesarkan aku. Sebab emak aku lihat sebagai orang yang tersangat istimewa bukan pada hari tertentu sahaja.

Hanya di tahun-tahun akhir emak, apabila media sering bercerita tentang hari ibu, barulah aku tergerak membelikan emak kek dan mak hanya makan sepotong. Selebihnya terperosok di dalam peti ais.


Sebagai seorang ibu, aku tidak perlukan hadiah berbentuk material. Hadiahkanlah ibu dengan menjadi anak yang mendengar kata, melakukan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya. Anak-anak yang berjaya dalam hidup di dunia tanpa melupakan amalan untuk akhirat akan menyejukkan hati ibu. Dan seorang ibu memerlukan doa anak-anaknya semasa keseorangan di alam barzah.

Anak-anak, bagilah emak hadiah itu setiap hari.

Sekian.
(Terima kasih kirin sebab belanja mak makan salmon steak)

kakpah

19 comments:

aNIe said...

Betullah kak pah...anie pun tak tau bila kah Hari Ibu mula diraikan...bebudak sekarang je yg mula meraikannya...

Kita memang tak mengharapkan barang2 yang berharga dari anak...apa yang kita nak ialah anak2 menjadi anak yang soleh & solehah...itulah hadiah yang paling bermakna bagi seorang ibu...

Hari ibu anie hari tu...dapur tak berasap...sebab ibu2 semua enjoy...

Zaitun said...

Salam kakpah,

Sepatutnya begitulah tidak ada hari2 tertentu untuk mengingati ibu. Setiap hari istimewa untuk ibu terutamanya ibu yang dah banyak berkorban demi anak2.

kakngah said...

hari2 hari ibu
kalau sehari ibu xder
bisa haru hari itu

ASH said...

lamanya aku tak merayap sini...background ni bila tukor pulak nih?
awat besag sangat pulok dah..

CikguIna said...

alangkah bahagia ibu-ibu yang saban hari didoakan oleh anaknya....

Ya Allah,
Kau jadikanlah aku anak yang tidak pernah lupa mendoakan ibunya...
agar anak2 ku jua tidak lupa mendoakanku kelak...
Amin

Yunus Badawi said...

Samalah kita kakpah walaupun aku seorg ayah.

AuntieYan said...

Salam Kak Pah,

Macam Kak Pah jugak, Auntie pun tak tahu bila startnya Hari Ibu nih...bagi Auntie, hari ibu adalah setiap hari, setiap masa. Ni, Mat Salihlah punya hal...dan kita pun ikut ...tapi kalau yang baik tak lah salah...yang salahnya bila anak-anak dah rasa satu beban pulak nak merayakan hari ibu. Bagi anak-anak yang "berwang" oklah....bak kata Kak Pah, yang kita dambakan bukan hadiah dan wang ringgit....yang kita mahu, jadilah anak yang soleh & solehah....mak kita pun tentunya berharap begitu juga daripada kita.

julietchun said...

hari ibu kelmarin banyak restoran dan kedai makan penuh, err..hari ibu saja ke buleh bawak ibu makan diluar?

ejaMaria said...

tiap-tiap hari adalah hari ibu... kalau telepon itu free... mmg tiap2 hari la aku di talian dgn ibu...

KTS said...

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


.
.
.



puh kiri puh kanan



selamat hari ibu :D

KTS said...

alhamdulillah... betullah kak pah... kena baca bismillah dulu baru boleh komen.. hihihi


.
.


baru je ingat nak bg hadiah kat kak pah... errr.. tapi tak jadi laaa...

.
.

kak pah taknak kaaann :P :P


sy doakan kak pah jd anak yg solehah dan dpt anak2 yg soleh dan solehah...

.
.

doa pun hadiah gak :D

iina said...

Saya rasa dalam awal 2000 ramai mula raikan hari ibu.. sebelum2 nie pun saya tak pernah pun belikan mak saya apa2.. ucap pun tak pernah.. tapi sebab dek peranan media elektronik.. cetak dan iklan2 shopping komplek hehehe maka kita terbuka untuk menyambutnya dengan pelbagai acara makan-makan dan hadiah..

Rasanya tak salah sambut walaupun hari ibu adalah hari2 ibu.. setidak2nya dapat sambut dengan semua anak2 serentak kan.. selalunya saya lebih byk belikan hadiah dan brg2 bila nak raya utk mak n mak mertua saya.. setidak2nya diorg leh pakai utk raya nanti ;) udah nak 4 thn xraya kat mesia..

kami di uk dah lama sambut hari ibu.. bulan 3 yg lepas ;)

Unknown said...

saya pun tak ingat bila rasanya samut hari ibu nieh..masa arwah ibu saya ada.... since dia bercucu rasanya baru kami sambut...

tapi adik beradik memang tak kisah pun.... rasa nak blanjer makan sedap bawak jek ibu keluar...apa ada hal..tapi bila hari ibu seronoknyer yang busy lapangkan diri..berkumpul beramai-ramai dengan ibu kat rumah..anak cucu ada.... potong kek kasi hadiah..special sikit...birthday ibu pun cam gitu jugak....

rindu ngan arwah ibu.... betul kata kak pah...saya pun tidak mengharap wang ringgit yang penting anak-anak dah besar tidak melupakan dan sering mendoakan ibu....

imah

pB said...

Syurga itu dibawah tapak kaki ibu ...

Acik Erna said...

kak pah..memang betul kan..sebagai ibu.apa yang kita inginkan hanyalah..anak2 yang mendengar kata..mendoakan ibu bapa..taat pada agama..tak lupa solat...berjaya dalam hidup..

ibundo said...

anie,semuga kita dapat kasih syg anak2 selamanya

zaitun, ibu kita dalah insan istimewa. Harap2 kita juga insan istimewa kpd anak2.

kakngah, kalau ibu takder, mau hari2 makan kat luar

ashley, aku macam tak pekenan je layout ni. Tak leh letak gambar kat header. nak tukar balik..

ibundo said...

ina, ameen..

yb, nanti akan datang hari ayah pulak

yan, ameen. bnyak benda yang asalnya dari mat salih yg jadi ikutan kita. tapi kalau yg diikut itu ada baiknya, tak salah kalau kita ambil. cuma jangan keterlaluan..

juliet, aku kena tunggu 40 menet baru dapat makanan. Punyala ramai...

ejamaria, suruh ibu buka facebook..keke..

ibundo said...

kts, aku selalu cakap dgn anak murid, baca bismillah sebelum buat sesuatu..
hehehe..

kts, tk le bagi doa yang baik2. Tapi kalau dapat hadiah yg baik2 dari ko okay gak

iina, oo tak samo tarikh yo. Ingat serentak satu dunio.
Tapi kan ina.. memang la hari2 hari ibu. kadang2 buek kito tak porasan pun yg anak2 syg kek kito. Bilo ado hari istimewo ni bulehlah omak2 ni nak mengado2 sikit wakaka..

imah, agaknya bila kakpah dah tua sesangat(kalau pnjg umur) dan anak2 masing2 dah berkeluarga, kakpah akan sentiasa menantikan hari istimewa ini. Kpah imaginkan semua anak2 dan cucu2 berkumpul. Hati tua ibu akan riang..

pb, betul tu pb

erna, ameen...

Ena said...

Sedih pulak bace luahan kak pah nie..

Selamat Hari Ibu kak pah.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...