Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD
Showing posts with label perangai motosikal. Show all posts
Showing posts with label perangai motosikal. Show all posts

Sunday, July 5, 2009

Jalanraya Siapa yang Punya

Ketika lampu merah menyala di lampu isyarat, kenderaan berhenti untuk memberi laluan kepada mereka yang diberi lampu hijau. Motosikal kemudian datang berpusu-pusu ke depan berhampiran lampu. Sebolah-bolehnya mereka mahu berada di depan garisan supaya senang memecut sebaik saja lampu bertukar hijau. Kadang-kadang ada yang berani (mati?) dan menekan minyak ketika lampu masih lagi bewarna merah.



Aku yang sering menyandar di kerusi passenger berlagak 'mem' suka memerhatikan gelagat penunggang motosikal ini. Ada waktu-waktunya aku berada di belakang stereng tetapi masih juga suka memerhatikan gelagat mereka.


Ada yang bermotor besar.
Ada yang bermotor kecil.
Ada yang motornya berbunyi vrooooommmmm......
Ada yang motornya berbunyi prenggggg...prengggggggg......
Ada yang motornya berbunyi peh..peh..peh..
Ada yang memandu seorang sambil berangan-angan
Ada yang membawa pembonceng yang melekap dari belakang. Pakai pula motor yang tonggek tempat duduk.
Ada yang membawa pembonceng sampai tiga orang. Satu di depan dan dua di belakang. kecil-kecil pula tu.



Ada yang duduk senget.
Ada yang duduk tegak dan segak.
Ada yang hormat jalanraya.
Ada yang main belasah saja.



Memang aku suka tengok gelagat mereka dan cemburu juga apabila tengah jem panjang giler mereka selamba derk meluru ke depan mencelah kiri dan kanan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...