Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD
Showing posts with label sarapan. Show all posts
Showing posts with label sarapan. Show all posts

Monday, June 14, 2010

BREAKFAST

Salam.



Ramai orang yang tidak mengambil sarapan. Antara sebabnya ialah:
  1. Bangun tidur lambat. Matahari dah mencarak tapi masih berlengkar atas katil. Orang macam ni kena jirus dengan air batu biar terpelanting bangun.
  2. Bangun tidur lambat. Tergesa-gesa pergi opis. Walaupun sarapan dah mak sediakan tetapi tak sempat nak makan. Nak beli kat kantin opis duit pula dah habis. Belum tengah bulan lagi tu. Kenalah ikat perut nak cukupkan ke time dapat gaji.
  3. Bangun tidur lambat. Nak buat breakfast dah tak sempat. Selongkar dalam almari, biskut kering pun tak ada. Suami isteri teguk air kosong saja, itupun kalau sempat.
  4. Diet. Orang diet mana boleh makan pagi.
  5. Malas. Banyak kategori malas . Malas masak. Leceh masak ni. Kena basuh pinggan mangkuk kuali bagai. Malas makan. Tapi kalau orang lain yang masak, tetiba je pulak rajin nak makan.
  6. Memang sesaja taknak sarapan. Bila perut dah sakit gastrik, telinga mak bapak juga yang dipaksa menadah mendengar rengekan dan aduan mereka.

Sarapan pagi jangan dipandang rengan. Badan memerlukan tenaga untuk memulakan kerja sepanjang hari. Lagipun sekiranya kita mengelak daripada mengambil sarapan disebabkan ingin 'menjaga badan', kita mempunyai tendensi untuk mengambil jumlah makanan yang lebih banyak pada sebelah tengahari. Tak guno jugak kan!


Aku dulu masa kecik, makan pagi ni tak adalah memilih. Makan saja apa yang emak masak. Makan nasik sejuk pun jadik. Makan dengan lauk malam sebelumnya kalau ada. Kalau tak ada, makan dengan sambal gesek ikan bilis ataupun telur goreng. Kalau semua tak ada, makan je lah dengan kicap. Janji perut kenyang. Tapi mak aku selalu buat lempeng pisang. Feveret aku.


Bila dah ada rumahtangga sendiri dan beranak pinak, kepala mula pening memikirkan apa nak masak untuk sarapan. Dari dulu sampai sekarang kepala asek pening memikirkan apa nak masak. Tapi sarapan orang melayu ni biasalah, tak boleh lari daripada nasi goreng, nasi lemak, mihun goreng itu ini, mee goreng itu ini, senwic, bla..bla.. Kadang-kadang kalau dah itu itu jugak, muak juga tekak ni nak telan.

Ha.. cakap pasal muak ni, anda pernah buat sarapan rotijon sadin?
Meh sini kita buat roti jon sadin supaya anda tak muak asek makan yang itu yang itu jugak.



bahan:
roti hotdog satu bungkus
sadin satu tin
sedikit kubis (dihiris macam buat coleslaw)
timun dihiris
1/2 biji bawang besar didadu
3 biji telur
mayonis
cilis sos

Masukkan sadin ke dalam bekas. Hancurkan. Masukkan kubis, bawang. Gaul rata. Masukkan telur. Kacau. Rasakan garam.
Roti hotdog di belah dua tapi jangan putus, disapu dengan majerin dan di bakar di atas kuali leper. Angkat. Ambil sesenduk adunan sardin, letakkan atas kuali leper. Letakkan roti hotdong yang telah dibakar tadi di atasnya. (Yang dibakar arah ke bawah). Biarkan hingga masak.

Angkat. Paipkan mayonis dan sos cili. Letak hirisan timun. kalau nak letak salad pun, boleh. Makanlah begitu saja ataupun buat kuah cilinya.


Janganlah abaikan bersarapan. Anak-anak tu jangan dibiarkan tak makan pagi. Macamana budak-budak tu nak belajar dengan baik kalau perut keriut-keriut lapar......

kakpah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...