Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD
Showing posts with label waktu. Show all posts
Showing posts with label waktu. Show all posts

Friday, October 1, 2010

BETULKAN JAM ANDA

Baru lagi hari Jumaat, dah hari Jumaat balik. Baru lagi raya, dah pun masuk 22 Syawal harini. Yang paling terasa, baru lagi tahun baru, dah nak sampai ke penghujung tahun pun. Cepat betul masa berjalan.

Berjalannya masa tidak terasa bagi orang biasa seperti kita. Tetapi bagi orang yang menunggu, sehari pun boleh terasa macam bertahun-tahun. Lima minit macam berjam-jam. Dan menunggu itu adalah sesuatu yang memeritkan.

Kau kat mana dah ni weh... Orang dah lama tunggu kau ni.

On the way... on the way..

Dua tiga jam pun masih tak sampai-sampai.





Tak siap-siap lagi ke. Orang dah lama siap ni. Cepat ar..

Jap jap.. tengah betulkan tudung.

Orang yang menunggu dalam kereta dah naik resah dan orang yang ditunggu melenggang kangkung keluar pintu.





Memang masa tidak pernah menunggu kita. Kita yang wajib mengejarnya kalau tidak mahu ketinggalan. Hanya kita saja yang kadang-kadang terlupa untuk mengejarnya menjadikan masa itu berlalu tanpa dapat kita menafaatkannya.


Dan pagi tadi;

Rin... Rin.. bangun. Dah pukul lima setengah ni. Apasal tak bangun lagi. Kedengaran suara suami aku mengejutkan kirin yang waktu opisnya dari 6 pagi sampai 3 petang. Terjaga aku dibuatnya.

H'a?.. lima setengah? Suara kirin terkejut.
Apalah ayah ni.... baru pukul tiga setengah.....
. rungutnya dalam suara mengantuk.

Suami aku masuk semula ke bilik dengan mengekek kecil. Aku lihat dia sudah siap dengan pakaian opis. Pandai betul suami aku buat lawak pepagi ni.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...