Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Friday, October 1, 2010

BETULKAN JAM ANDA

Baru lagi hari Jumaat, dah hari Jumaat balik. Baru lagi raya, dah pun masuk 22 Syawal harini. Yang paling terasa, baru lagi tahun baru, dah nak sampai ke penghujung tahun pun. Cepat betul masa berjalan.

Berjalannya masa tidak terasa bagi orang biasa seperti kita. Tetapi bagi orang yang menunggu, sehari pun boleh terasa macam bertahun-tahun. Lima minit macam berjam-jam. Dan menunggu itu adalah sesuatu yang memeritkan.

Kau kat mana dah ni weh... Orang dah lama tunggu kau ni.

On the way... on the way..

Dua tiga jam pun masih tak sampai-sampai.





Tak siap-siap lagi ke. Orang dah lama siap ni. Cepat ar..

Jap jap.. tengah betulkan tudung.

Orang yang menunggu dalam kereta dah naik resah dan orang yang ditunggu melenggang kangkung keluar pintu.





Memang masa tidak pernah menunggu kita. Kita yang wajib mengejarnya kalau tidak mahu ketinggalan. Hanya kita saja yang kadang-kadang terlupa untuk mengejarnya menjadikan masa itu berlalu tanpa dapat kita menafaatkannya.


Dan pagi tadi;

Rin... Rin.. bangun. Dah pukul lima setengah ni. Apasal tak bangun lagi. Kedengaran suara suami aku mengejutkan kirin yang waktu opisnya dari 6 pagi sampai 3 petang. Terjaga aku dibuatnya.

H'a?.. lima setengah? Suara kirin terkejut.
Apalah ayah ni.... baru pukul tiga setengah.....
. rungutnya dalam suara mengantuk.

Suami aku masuk semula ke bilik dengan mengekek kecil. Aku lihat dia sudah siap dengan pakaian opis. Pandai betul suami aku buat lawak pepagi ni.


18 comments:

kakcik said...

Kess tersilap tengok jam la tu... :) (ataupun jarum jam dah tak bergerak?)

kak long said...

Laaa...
mato pepegi ni kabo gek eh....
silap tgk jam la tu...
tak pun mimpi gek eh tu...hahaha

Ms.Lilies said...

Bak kata zara....

'Kan ke br bgn tido pg td...xkan nk kena tdo blk (dh mlm)?'

DrSinga said...

kakpahhhh.......
kita dah buat entry 'panic attack' hari ni!!!

kakngah said...

kekekeke!!
ayo ai atok....

kak Erna said...

hahaha..sory kak pah tumpang golak..memang lawak..dah siap pkai baju tu..ni mesti selalu bangun sendiri ni..kak pah tak ponah kojut an,..he he..

Ku Tak Sempurna said...

jam kek umah ikut waktu jopun ko kak pah

ihihihi...

en_me said...

laki pown leh mamai kanns.. ehehe

kakpah said...

kakcik, dia tangok jarum panjang jer..

kaklong, jawapan samo cam untuk kakcik. jarum pendek tak tengok. tengok jarum panjang. kono pulak taik mato beselepet..

kakpah said...

lilies, osah botul kan? baru bangun...

dr singa, wokeh.. nanti kita datang jenguk

kakngah, osah tak leh tahan..

kakpah said...

erna, tak.. dio kojut an kito hehe.. dio poi kojo pagi. sobolum subuh dah siap pakai baju opis. so, lopeh subuh yo, breakfast ala kadar, terus chau..

kts, tak.. ikut jam new delhi.

en_me, haha.. mamai..

Nizam.Ariff said...

Jam buat hal pepagi Jumaat...ish.

julietchun said...

nasib baik kirin tgk jam, :P

a kl citizen said...

pukul 3 setengah dah siap nak ke pejabat ke ..?

aii....
sian kat kirin

iina said...

wakakakah kak.. nasib lah baru 3.30.. kalau buek yo 7.30. Confirm mato atok tuh nampak tigo cam limo hehehehe..

sonata anak kancil said...

mimpi kot....

ckLah@xiiinam said...

Pukul berapa datok haaaarimau?



Eh...silap...maktok Farish!

secangkir madu merah said...

atok mengigaulah tuh... atok tak kejut kakpah tengh malam ke? huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...