Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Thursday, November 6, 2008

MENGAJAR MEMBACA B.I

Anda mahu mengajar anak membaca Bahasa Inggeris tetapi tidak tahu caranya? Kami di Aulad mengajar dengan 3 kaedah. Phonics, Look And Say, High Frequency words. Kalau anda tidak familiar dengan Phonics, tidak mengapa. Anda masih boleh mengajar menggunakan kaedah yang lagi dua.

"Look and say" maknanya samalah seperti frasa itu, lihat dan sebut. Belikan buku Lady Bird "Peter and Jane" bermula dengan siri 1A. Belikan buku ini sehingga siri 4 atau 5 kerana buku ini cepat habis di pasaran. Anda ajak anak anda membaca buku ini. Oleh kerana perkataan yang ada dalam buku ini adalah perkataan yang diulang-ulang, anda akan terkejut bila anda mendapati yang anak anda boleh menghafalnya hanya dengan melihat kepada perkataan-perkataan tersebut.

Apabila sudah lancar membaca buku 1A, anda beralih pula kepada siri 2 dan seterusnya. Dalam satu bulan anak anda boleh membaca sekurang-kurangnya buku siri 1 hingga 3 tetapi untuk sampai ke tahap ini anda mestilah konsisten. Luangkan masa dengan anak anda setiap hari. Buat beberapa sesi dalam satu hari. Setidak-tidaknya luangkan 10 minit untuk satu sesi. Tidak ada gunanya anda membeli buku ini kalau anda biarkan sahaja anak anda membelek buku tanpa anda membantunya mengenal perkataan yang ada dalam buku tersebut. Kalau begitu, anak anda cuma akan melihat gambar sahaja.

High frequency words sebenarnya adalah kaedah yang sama dengan look and say. Bezanya, anda perlu mencari perkataan-perkataan yang teramat sering dijumpai dalam apa jua penulisan dalam bahasa Inggeris. Contoh perkataan adalah seperti berikut: the, and, what, is, are, I, she, he, where, this, that, bla..bla.. anda cari sendiri. Tulis perkataan ini di atas flashcard. kalau anda tidak dapat mencari kad yang keras, anda guna kad manila pun boleh. Potong kad ikut ukuran 3"x6" ataupun ikut ukuran anda sendiri. Tulis satu perkataan di atas satu flashcard. Tunjukkan kad ini satu persatu kepada anak anda. Lakukan secara berulang-ulang.

Anda akan mendapati anak anda boleh membaca walaupun anak anda berumur tiga tahun.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...