Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Tuesday, November 18, 2008

TKI

"Buk, pembantu rumah Fazilah Kamsah gaji dia seribu"
(biar betul!!)
"Pandai je lah engkau ni"
"Betul buk, si polan tu cakap"
Ni bagitau aku gaji orang tu banyak tu apasal ni. Mesti nak mintak naik gaji la ni. Mak datuk ai.. seribu. Menggeletar tangan aku nak kluar duit banyak tu. Tu baru bayar gaji pembantu rumah.
"Jangan dengar cakap orang. Mana ada orang bagi gaji pembantu rumah banyak tu"
"Iye buk" degil sungguh minah indon ni.
"Kalau iye pun, itu Fazilah Kamsah. Banyak duit. Jual air liur je sejam dapat sepuluh ribu. Memang dia mampu pun. Jangan bandingkan dengan aku"
Terus senyap.


"Buk, si Tom pembantu rumah polis tu dapat duit raya banyak buk. Bos dia je bagi seribu. Anak-anak dia bagi sorang dua ratus." Eei... kalau bab-bab duit ni hidup engkau ye. Eh, boleh caye ke bos dia ni bagi duit raya seribu.
"Biarla. Dah rezki dia. Engkau pun dapat juga kan". Senyap. Tapi dalam hati dia aku dah agak dah mesti dia mengutuk aku sebab tak bagi dia duit raya macam tu punya banyak.


" Buk, kesian Joyah tu buk. Bos dia tak bagi duit raya pun. Baju raya pun tak kena belikan. Tadi dia telefon saya sambil menangis-nangis. Saya ajak dia kerja dengan ibuk boleh ke". Amboi... sejak bila pulak aku dah jadi anak syarikat kebajikan ni.
"Eh.. jangan nak cari pasal. Engkau ingat senang ke. Dah.. jangan campur hal rumah tangga orang. Yang engkau susah apasal"
"Tak de la. Kesian"
"Kesian, bagi je duit raya engkau tu kat dia". Hah.. takkan ndak nye.


"Buk, pinjam tiga puluh juta boleh buk" Erk.....Tersembur air yang aku minum.
"Engkau ingat aku ni bank ke. "
"Nak buat apa duit banyak-banyak", bila dia senyap aku umpan.
"Nak beli sawah la buk"
"Nanti jap aku pegi belakang ambek duit"
"Duit apa kat belakang buk"
"Tu .. kat pokok tu. Aku tanam. Dah banyak dah duit tumbuh"
"Ala buk. Saya cakap betul ni. Nanti potong lah gaji saya"
"Kalau engkau mati sapa nak bayar hutang engkau"
Senyap lagi. Dia ingat senang-senang je aku nak bagi tiga puluh juta (rupiah le). Lebih kurang 14ribu ringgit gak tu. Kurang siuman ke aku ni.


Hujung minggu ni dia balik cuti sebulan. Mertua aku cakap kenapa tak balik terus je. Hehe.. nak cari pembantu rumah sekarang ni mahal mak. Busuk busuk pun mesti ada lima ribu ringit.


"Buk, apa kata (perhatian: sila baca dengan nada lembut lemah longlai. Ulang baca lagi sekali) , bila saya balik dari indon nanti ibuk belikan saya dan aini rantai emas." Erk... tersembur lagi air yang aku minum.
"Banyak caanntekk engkau. Belilah sendiri"
"Ala.. saya mana ada duit. Nanti ibuk tolaklah gaji"
"Haah.. engkau ingat senang engkau je. Susah aku kau tak ingat", Eee...berasap telinga aku. Nak suruh aku belikan rantai? Satu gram seratus enam ringgit. Mana ada rantai tiga empat gram. Kurang-kurang satu rantai regenya seribu. Dua dah dua ribu. Giler ke apa minah indon ni.


Nak dapatkan TKI yang betul-betul elok teramatlah susah. Yang ini kerja tip top tapi tu lah masalahnye. Asek ingat duit je. Mungkin pressure kot. Anak dia asek mintak duit je. Tahun lepas mintak sepuluh juta beli motor. Tiap-tiap bulan mintak duit. Macamana nak simpan. Kerja dah bertahun-tahun tapi rumah kat kampung macam tu gak. Tambah nak condong lagi ada. Dah tu tiap kali anak mintak duit, dia buat perangai tak betul dia. Tutup pintu gedegang gedegung. Basuh periuk kelentang kelentung. Cuci pinggan krang krung. Telinga aku yang dengar berdesing berdesung. Sabau jelah cik pah oi... Mentua aku selalu cakap. "Dengan dia ni engkau jaga-jaga sikit. Mak tak kuasa cakap banyak. Nanti kalau engkau dah terantuk, engkau tengaaadah le!" Dalam makesudnye tu.

2 comments:

hidayah said...

aduiiiiii..aku malas nak komen ni. AJE NYE DEME TU GHOPA ITU!!

kakpah said...

Baghu hang tau. Nampak senang je ada orang gaji ni. Sebab tu gak ar darah tinggi kejap turun kejap naik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...