Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Tuesday, December 23, 2008

SE MALAM DI KUALA LUMPUR

Antara saranan pakar motivasi perkahwinan:
LUANGKAN MASA BERDUA-DUAAN BERSAMA SUAMI/ISTERI
dan pakar motivasi itu adalah kami sendiri.

Anak-anak sudah amat memahami. Bila saja sebut ayah dan mak nak pergi honeymoon, tak ada lagi suara yang mengatakan nak ikut..nak ikut. Masing-masing dah besar dan faham. Mak dan ayah mereka memerlukan ruang untuk menyendiri.

Semasa mengangkat beg untuk dimasukkan ke dalam kereta, sempat berpesan-pesan,
"Bik, nanti malam jangan lupa cek semua tingkap dan pintu. Kunci. Pasang alarm"
"Adik, nanti solat dengan atuk. Kalau bangcik dah balik ajak bangcik sama."

Kirin pulak berpesan,"Mak kalau pergi MPH belikan breaking dawn by stephanie meyer"

Setelah berpamit-pamitan dengan abah dan mak mentua, kereta kami meluncur menuju Kuala Lumpur. Ngeh..ngeh.. ingatkan jauh benau le kami ni nak pegi ye.

Kami singgah beberapa tempat menyelesaikan urusan. Lunch nasi briyani di Metro Kajang, solat zohor di masjid Kajang dan langsung meneruskan perjalanan yang tak berapa jauh. Masuk jalan menuju ke Mid Valley kenderaan telah bersusun-susun dan perjalanan agak tersangkut-sangkut.

"Kenapa pulak kereta banyak sangat ni. Ooo orang shopping xmas."

Jalan menuju ke parking kereta banyak yang ditulis FULL. Kami menyusur jalan keliling Mid Valley perlahan-lahan mengikut rentak kenderaan. Pemandu yang tak sabar mencelah-celah memintas kereta yang lain. Begini rupanya pemandu di kuala lumpur. (Hehe.. orang sebelah aku kadang-kadang buat juga)

Akhirnya kami sampai juga di The Garden. Suami memberhentikan kereta di depan lobby dan setelah selesai urusan check in kami menaiki kereta lagi mencari tempat parking. Wei la.. susahnya nak park kereta. Berpusing-pusing sampai tingkat enam baru jumpa satu lot. Dah tu kena mengusung beg mencari lift pulak.

"Lain kali tak payah datang sini lagi lah bang. Lecehlah tempat parking dia"
"Ha sapa punya idea cari hotel kat sini"
"Ye la.. nak melepak kat MPH. Ingatkan senang la kalau kita tinggal kat sini"

Dari tingkat 11 the garden aku memandang keluar tingkap. Ternampak sungai kelang mengalir lesu. Aku teringatkan sungai seget pada zaman aku bersekolah di JB. Warna sungai seget yang hitam dan bau yang memualkan adalah lebih teruk kalau dibandingkan dengan sungai klang ini.
Suami mencapai kamera dan mengambil beberapa snap gambar.

Setelah berehat sekejap, suami menyuruh aku bersiap-siap untuk asar, " Lamanya dari kajang nak ke mari. Kita zohor kat kajang, sampai sini dah nak masuk asar!" suami aku berkata.

"Sebab jam tadi kot" Aku pun terus masuk ke bilik air berwudhu'. Semasa aku keluar, suami sedang melaungkan azan. Aku mencapai henfon. Aku lihat jam di henfon menunjukkan angka 15:40. Oleh kerana sudah terbiasa dengan pukul 1, 2, 3 dan seterusnya, aku mengira-ngira dengan jari. Untuk kepastian, aku mengira beberapa kali.

Usai azan, "Bang, cuba tengok jam pukul berapa"

Suami melihat jarum di jam tangannya. Sedetik dua detik berlalu dan "hahaha..." Terus menanggalkan serban dan jubah. Kejadian salah melihat jarum jam ini memang selalu terjadi pada suami aku. Pernah dulu masa aku baru beranak dua, suami aku pergi azan subuh di surau. Lepas azan dia tunggu jemaah tak datang-datang. Bila tengok jam baru dia perasaan waktu baru menunjukkan pukul tiga lebih. Orang semua masih diulit mimpi. Masa tu baru terasa bulu tengkuk berdiri. Lepas tu cabuttt........... balik rumah sambung tidur.

Pukul lima lebih kami turun ke mid valley. Hiasan menyambut xmas memenuhi ruang. Dan setiap ruang juga dipenuhi dengan orang, menyebabkan aku pening meloya. Cepat-cepat kami mencari jalan ke MPH. Aku perlukan udara.. udara.. Kami melepak di sana sehingga hampir maghrib.



Gambar pada awal pagi di ambil dari tempat breakfast.

Demikianlah berlalunya se malam di kuala lumpur. Check out jam sepuluh, merayau-rayau sekejap di Jusco. Pagi-pagi lagi mid valley sudah didatangi manusia. Yang putih, yang hitam, yang coklat, yang mata sepet, yang mata bundar, semua ada. Aku saja yang tak larat nak tengok. Semasa kereta meluncur keluar meninggalkan perkarangan letak kereta, kenderaan sudah berpusu-pusu masuk. Kami keluar dengan azam tak mahu honeymoon di sini lagi.

2 comments:

hidayah said...

Hah!!TAHU tak perrrr..
Kan saya dah cakap KL waktu malam jangan kan yang putih, yang hitam..yang jampok, yang garau pakai skirt, yang meliuk lentuk semua ada!

Sebok gak ler nak honeymoon!
tapi ye ler kan..tak tengok, tak dapat ilmu pulak.

he he he

nazaTIMsuria said...

ahahaha...ayah pakai jam london ker?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...