Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Monday, December 22, 2008

Sudah lama aku mencari

Berkawan biar seribu. Berkasih biar satu.

Tiba-tiba saja aku teringatkan kawan-kawanku semasa aku belajar di JB 30 tahun yang lepas.
Sesekali aku bertemu juga dengan Faiz (engkau dah bercucu ke belum?), Yam ( U dah pindah duduk Seremban ye), Farid (Dengar engkau dah pencen), Yot ( Macamana dengan business engkau. Berapa cucu dah kau ada Yot), Maria (Bila lagi nak belanja aku makan), Zailand (Lama engkau menyepi Land).

Mereka itu adalah kawan rapat aku, termasuk seorang lagi, Ollie. Once in a blue moon kami berdating di KLCC ataupun di rumah salah seorang daripada kami. Sesekali bertemu kami mengimbau kenangan lama sambil berjenaka tentang bahagian-bahagian kami yang sudah bertambah atau sudah kehilangan.

Ke mana engkau menghilang Ollie. Kita bertemu kali terakhir lebih kurang 6 tahun lepas di rumah Yam. Pada pertemuan itu engkau seakan-akan menyembunyikan sesuatu daripada kami. Engkau tidak lagi seceria dulu. Ketawa engkau bagai dibuat-buat dan engkau jarang mencelah bual jenaka kami.

Selepas pertemuan itu engkau tidak lagi menghubungi aku. Aku cuba menelefon tetapi nombor sudah tidak ada dalam perkhidmatan. Aku bertanya pada yang lain-lain tetapi mereka juga tidak tahu di mana engkau. Aku mencari engkau Ollie. Sampai sekarang. Ada desas desus mengatakan engkau sekarang sudah kembali sendiri. Juga sudah kembali ke JB. Tidak lagi tinggal di KL. Betul ke Ollie.

Desas desus juga mengatakan yang engkau sekarang mengajar budak tusyen. Dulu engkau kerja bank tetapi berhenti kerana ingin menjadi full time housewife. Tidak berbaloi kah pengorbanan engkau itu Ollie.

Aku cuba mencari sumber desas desus itu supaya aku dapat sampai kepada engkau. Tapi aku tak dapat. Aku teringin sangat nak berjumpa dengan engkau. Engkau tidak teringatkan aku ke?


Aku sentiasa mendoakan kesejahteraan engkau.

2 comments:

hidayah said...

Bila kat pah nak sambung Pusako Ibundo nye blog?
tumpang cuti cuti saya nak baca...alahai..

kakpah said...

wei... camano hang bole masuk ha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...