Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Saturday, January 24, 2009

Antara Mimpi dan Impian

Aku teringat satu poem yang aku baca dalam readers digest masa zaman sekolah aku dulu, berbunyi:

i saw a star
i reached forit
i missed it
so i accepted the sky

Lebih kurang macam tu lah. Sebab dah lama sangat, aku ingat-ingat lupa. Tapi intinya begitu lah.


Kita selalu mahukan yang terbaik dalam hidup kita. Ada kalanya apa yang kita impikan itu dapat kita capai, tapi sering pula ia menjadi impi semata-mata. Sebabnya: kita berusaha keras untuk menjadikan impian itu satu kenyataan. Maka berjayalah kita. Ada pula yang telah berusaha dan berusaha tetapi tak kesampaian juga.


Kita terima lah ia sebagai apa yang telah disuratkan. Bersyukur ke atas apa yang telah dikurniakan untuk kita. Aku selalu bermimpikan sebuah mercedes. Aku tetap bersyukur cuma mampukan sebuah vitara. Ada orang yang hanya berjalan kaki.

6 comments:

ASH said...

Vitara ke Unser??
Vitara tu orang lain bawak lerrr..
ha ha ha..

ye ker kak pah minat mecedis?
beli jer mecedis jiran baru rumah sebelah yang tersadai tu...

ha ha ha...

dia nak jual tu..

ibundo said...

ashley, lain-lain tuan he..he.. aku pakai dia punya, dia pakai aku punya. BERANGAN nak pakai merc tapi tak mampooooo.....

Nizam.Ariff said...

Kira ok tu...vitara ada lagu iklannya, aku naik wira je. tak ada lagu iklan pun...

iina said...

hehehe kak berangan2 perlu kalau tidak manakan ada namanya impian dan cita-cita.. kita mestilah ada impian dan anagan2 dulu kalau tidak mana kita nak berusaha capai apa yang kita mahu tu.. tak mustahil kalau kita betul nak mesti dapat ;)

saya xminat mec heheh tapi jaguar.. wakakakakah.. tapi kalau sampai masa.. mmg saya beli satu impian saya tu ;)

Tijah said...

kak. sey ado sedikit kemusykilan pasal mazhab nih. akak check email yo...

ibundo said...

nizam, WIRA tu lagi glemer.

iina, sebab tu la kakpah ni tak habis-habis berangan. mana la tau satu hari nanti allah nak bagi.
iina bawa je balik satu jaguar dari sana. murah ke..

tijah. akak dah anta email kek kau. cek la.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...