Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Sunday, January 18, 2009

JOGING JOGING CARI MAKAN

Pernah dengar saranan ini? Untuk jantung yang sihat, amalkan pemakanan yang sihat dan rajin-rajin lah bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.


Memang susah untuk menjaga pemakanan. Lidah, tekak dan perut sudah terbiasa sejak azali memamah makanan yang berkalori tinggi. Orang negori sembilan bukanlah namanya orang nogori kalau tak makan masak lomak cili api yang pastinya bila makan telinga berapi-api sebab podeh. Kalau tak podeh, tak kau. Kalau tak lomak lagi tak kau. Emak aku dulu hari-hari masak lomak. Abah tak komplen. Aku lagi lah tak komplen. Kalau komplen nanti kena suruh masak pulak.


Breakfast kita berat-berat. Nasi lomak memang susah nak miss. Roti canai kalau tak buat sendiri pergi je kat kedai sama ada bawa balik ataupun pekena je di situ. Masuk sama dalam lis, kue tiau, mee goreng, mihun goreng yang kesemuanya tergolong dalam makanan yang berminyak-minyak. Bagi golongan yang tak-boleh-tidak mesti "mengeter"(minum teh kat kedai) atau "mengopi", tiap-tiap pagi atau petang pasti akan ke kedai menambah kalori yang telah diambil masa breakfast di rumah.


Lunch dan dinner macam tu juga. Lidah kita ni kalau tak dapat makan kari macam tak sah makan. Kalau tak dapat makanan yang bergoreng-goreng macam terkulat-kulat je makan pada hari itu. Kalau tak dapat makan nasi satu hari macam hidup kita akan berakhir. Tapi betul kah?


Kawan pernah komplen yang kadar gula dalam darahnya naik tinggi. Aku menyarankan supaya kurangkan pengambilan gula dan makan nasik beras perang. Dia menangkis dengan mengatakan tak boleh hidup kalau tak makan nasi putih dan tak minum manis. Payah nak cakap. Lain kali makan je lah sesuka hati tak payah komplen. Beras perang memang tak sedap tapi kandungan gula kurang dan fibre pula tinggi. Oleh sebab tak sedap, makan pun sikit, tidaklah berpinggan-pinggan.


Kesimpulannya, tepuk dada tanya selera. Bagi yang muda dan belum terasa sakit sana sini, sapu je semua tanpa mengira risiko. Bagi yang dah berumur empat puluhan tu, jaga-jaga ye. Penyakit can strike any time. Makanlah yang berebus, steam atau bakar. Kalau kena resipinya, sedaapp..


Pagi tadi, menyahut saranan doktor peribadi (hehe) aku menyarungkan kasut joging dan berjoging di stadium mpkj BBBangi. Kami berjoging sehingga disirami vitamin D. Dan biasa lah, bila banyak kalori yang terbakar, kita macam terasa terpaksa pula menggantikannya semula.




Habis joging pekena teh tarik, bangkuang dan banbung di restoren Kampucea. Rasa-rasanya kalori tak de la banyak nau...

Siap bawa balik lagi. Mestilah ingat orang yang tinggal kat rumah juga kan, kan..



Perkenalkan, ini Jordan. Tak, tak, aku tak bawa dia pergi joging. Sebenar aku jeles dengan CkLah sebab asik letak gambar kucing dia. Si Jordan ni dari aku pergi joging sampai la aku balik tak bergerak-gerak dari kerusi ni. Pemalas betul. Patut la gemuk dan buncit. Mintak maap ye. Aku tak perli sapa-sapa keh..keh..






7 comments:

xiiinam said...

kakPah pun nak enterprem kucing kakPah jugak? Dah 3 weblog ckLah jumpa dok menyohor kucing demo hari ni...he..he..


Pagi ni ckLah tak joging....tapi gotong royong cuci longkang tepi rumah dengan anak-anak....
Sarapan pagi ni...'punten berlauk sambal ikan bilis'. Nak tau, tanya orang JAwa...
Tapi ckLah makan bubur oat je....jamah punten sepotong je..untuk elak kempunan..

ashley said...

Kak pah and ckLah..
Kucing aku dah mati sewaktu dia masih zaman remaja.. Namanya 'Cutie'.

kena langgar ngan jiran sebelah sebab dia suka no kejar tayar kereta.

lepas tu aku dah tak nak bela kucing walapun orang sebelah offer nak bagi kucing lain sebagai ganti..

kakpah said...

punten? Apoko bondo tu. nanti kpah tanya bibik kpah. Eh, hari tu baca lontong dalam blog YB. teringat nak buat lontong lak harini. Cari daun pisang bibik oi....

ashley. Si jordan tu kucing tak tau malu. Terhegeh-hegeh menyerah diri kat rumah kpah ni masa kpah takde semasa pergi umrah haritu. Balik-balik je dia dah ada kat rumah ni. Suruh pergi dia tak nak.
Mungkin dia nak bawa rezki agaknya. Kpah warning dia "kalau nak duduk sini nkau jangan kencing berak dalam rumah".

Tapi tu la kerjanya. Makan tido makan tido. Dari cekeding sampai dah empat kilo setengah beratnya.

Tijah Lawa said...

sodap nampak eh makanan kampuchea tu. tapi mmg la..sey pi vietnam aritu payah nak jumpo org gomok. pemakanan eh mmg robuih2, singgang2. pehtu time nak makan br ejas masin eh mo sos ikan. kok kito sobolum hidang semuo nak cukup raso dulu kan...manih, masin, lomak eh...sey robuih sawi yo hr ni. tapi cam x best. kang nak cr gak nasi lomak singgit tu kek pasa mlm...tak longkap hidup raso eh x makan nasik.....

kakpah said...

Jah, akak dah agak dah. ekau mosti tak main makan robuih-robuih ni. Yang bolomak tu yo yang kau caghik. Ati-ati sikit jah. pinggang kau tu ado yang tolobeh. Kono edjas lak kain ekau.

Tijah Lawa said...

tu pasal la kain tu pakai gotah kak. tak maun deh cangkuk2 tu doh. wakakakaa...cakap tak nak donga. kuek melawan dak tijah tu kan???

kak ina kl said...

salam cik pah....memanglah style makanan di malaysia ni mcm ni...dah ada penyakit pun tak leh control...adus...bilalah nak mula jogging ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...