Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Thursday, January 22, 2009

DI ANTARA TREND DAN KEPERLUAN

Sebelum masuk sesi baru persekolahan lagi, sudah banyak banner berkenaan tusyen terpampang sana sini. Tak tahu lah di tempat lain tapi di bandar baru bangi ni, pusat tusyen tumbuh macam cendawan (seperti juga tadika he..he). Bercambahnya pusat tusyen mahupun home tusyen ini aku lihat berpunca dari faktor berikut (aku cuma senarai-pendekkan):
  1. dilihat sebagai peluang perniagaan yang menguntungkan
  2. ingin menambah pendapatan
  3. berkongsi ilmu
  4. permintaan yang tinggi daripada ibu bapa.

Faktor 1 dan 4 saling berkait. Ramai ibu bapa di sini yang mahukan anak-anak mereka ditusyenkan. Antara sebabnya:
  • anak-anak lemah dalam semua mata pelajaran
  • anak-anak lemah dalam mata pelajaran tertentu
  • ibu bapa terlalu sibuk untuk mengajar anak mereka di rumah
  • ibu bapa tidak mempunyai kemahiran dalam mata pelajaran tertentu
  • sebab trend sekarang anak-anak pergi tusyen
Anak-anak yang cerdik dan dapat menangkap semua yang diajar oleh guru-guru di sekolah kurang memeningkan kepala ibu bapa. Ada juga anak-anak yang kurang menyerap. Diajar beberapa kali pun masih tak dapat-dapat. Ibu bapa mana yang tak mahu anak mereka pandai. Mereka merasakan anak-anak seperti ini memerlukan pembelajaran tambahan. Maka berkejarlah mereka mencari pusat-pusat tusyen kerana ibu bapa ramai yang sibuk dengan pekerjaan masing-masing.


Ada juga ibu bapa yang dapat meluangkan masa dengan anak-anak tetapi bidang pengetahuan mereka pula terhad. Macam aku ni dan suami. Bidang kami bukan maths dan sains dan akan menjadi lebih tunggang langgang kalau kami yang mengajar sains. Math tu bolehlah sikit-sikit. Sebagai solution, tusyen. Memang betul , semua sudah diajar di sekolah. Tapi sekiranya dengan menghantar anak kita tusyen dia akan menjadi lebih pandai, well.. why not.


So, dengan permintaan yang tinggi daripada ibu bapa ini dan juga pusat tusyen yang ada ini sudah tidak dapat menampung permintaan tersebut, maka makin bercambah-cambahlah ia.
Sejauh mana pusat ini dapat memenuhi janji-janji yang mereka taburkan, aku rasa ibu bapa sendiri dapat menilainya.


Faktor no 2. Siapa yang tidak mahu menambah pendapatan . Memandangkan keadaan ekonomi yang tidak stabil sekarang ini, ramai guru yang mengambil peluang untuk mencari pendapatan tambahan. Mereka ada ilmu dan ibu bapa memerlukan ilmu mereka. Ini berkaitan pula dengan faktor 3. Dengan bayaran untuk khidmat mereka di luar waktu sekolah, anak mereka dapat ilmu dan guru dapat wang. Ibu bapa dan guru tusyen ini saling memerlukan.


Cuma ada kalanya bayaran yang dikenakan agak membebankan. Terutamanya kalau guru tusyen datang ke rumah. Di sekitar BBB, bayaran untuk home tution adalah 40.00 sejam. Kalau nasib baik dapat 35 ringgit.


Kita tidak boleh memperlekehkan ibu bapa yang ingin menghantar anak-anak mereka mendapat pelajaran tambahan ini. Semua terpulang kepada ibu bapa. Motif mereka, hanya mereka yang tahu. Siapalah kita untuk memberi judgement.

11 comments:

Nizam.Ariff said...

Aku pun nak buat tuisyen juga lah. Dari rumah ke rumah. Tapi khas untuk dewi-dewi yang ambik diploma, especially diploma dalam secretarial...wuihh...boleh kak?

Tijah said...

bestnyer silibes tu...ada branch kat sbn tak? bleh antar cem...

ibundo said...

nizam. nko ni nak ngaja ke nak ngurat.

tijah. ekau baco entry tu boto-boto. mano ado cito pasal silibus. kau ni mabok lai ko apo. tu la, makan lain noneh batu kak ungku kau tu.

ASH said...

Tak abih lagi bab tuisyen ni?
ha ha ha..

kena provoke..

Yunus Badawi said...

Memang trend sekarang pergi tusyen. Kadang tu bukan belajar sgt, buat habis duit emak bapak aje. Nasib baik kebanyakan anak saya tak minat nak pergi tusyen. Kalau ada pun yg dianjurkan pihak sekolah masa darjah 6.

ibundo said...

ashley. mana ade wakaka...

YB. bnyak sekolah yang bg xtra class esp utk class yg ambil exam. Bagus tu. Banyk2 terima kasih kat pihak sekolah yang ambil inisiatif.

Tijah said...

apolak..kan ado kek side bar tu. apola akak nihh...huhuhu

Ungku Nor said...

hahahaha..kak Pah ngato Tijah mengong sobab layan noneh batu den..
tapi kak Pah yang poning sebona eh.

psstt..akak..akak nak try noneh batu tu ko kak??
power kaaakkkkk..hahahaha ;p

iina said...

Biasalah kak.. ada peluang org buat.. dan ambil kesempatan.. tapi kalau mampu yup why not.. ada semgt persaingan.. disamping dapat berkongsi ilmu dan menambah pendapatan ;) Yang penting niat kita.. itu paling utama.. lagipun kalau bukan kita mulakan? siapa lagi? ;) tapi kena ikut kata pepatah ler.. alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan

ibundo said...

tijah. oopss.. sapo yang mengong ni. ekau ko akak. Tu la, den tanyaoan apokobondo noneh batu tu ekau tak jawab. Ku, kau pun nak promote kek den bondo alah tu jugak ko. kalau makan buleh jadi sweet seventeen balik tak. kok maun de jadi cemtu ondak yo cubo.

iina, mintak-mintak duit yang dilabur tu bebaloi la dengan ilmu yang dibagi. tapi kadang-kadang bebudak ni buat hal jugak. mak bapak perabis duit diorang belaja nak tak nak pulak.

Tijah said...

haa...kau tengok tu kak. mak dukun den dah datang backing. den dah koba jgn usik den ni skrg..misti antu mak dukun den lajuuuu yo datang for the rescue. wakakakak... tijah sukoooo!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...