Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Friday, January 16, 2009

Empat orang gadis genit dan seorang pakcik

Seorang gadis yang tidak sedarkan diri tersandar di kerusi roda. Rakan-rakan gadis seramai tiga orang yang semuanya genit-genit menolak kerusi roda itu keluar dari klinik menuju ke Unser. Mereka terkial-kial untuk menaikkan gadis tersebut ke dalam unser kerana gadis yang bertubuh tinggi itu amat berat bagi ketiga-tiga gadis genit.


Kesukaran yang dihadapi oleh gadis-gadis itu telah membuka hati seorang pakcik (aku kata pakcik kerana rambutnya yang putih dan garis-garis usia telah melakari wajahnya) untuk memberi bantuan.

"Boleh ke pakcik bantu ni?"
Aku rasa pertanyaannya ikhlas.


Aku yang hanya memerhatikan (tak larat nak tolong angkat sebab sakit belakang) berkata
"mintak tolong. Budak-budak tu tak kuat nak angkat"


Pakcik itu pun menolong dan aku perhatikan ada sepasang mata sangsi yang melihat adegan itu. Gadis yang pengsan selamat dimasukkan ke dalam unser. Yang empunya mata itu berkata:

"Bang, cepat bang. Jom". Sambil melambaikan tangannya mengarahkan pakcik itu masuk ke dalam klinik. Firasatku mengatakan itu isterinya.


Semasa aku di kaunter membuat pembayaran, si isteri sedang mengisi borang. Mungkin borang pesakit panel. Pakcik tadi aku lihat keluar melihat-lihat gadis yang pengsan sambil membebel-bebel. Antara yang masuk dalam telingaku,


"Apasal doktor suruh dia balik. Tunggulah sedar dulu. Pasang ekon. Panas budak tu. Dan bla..bla.."


Si isteri masih mengisi borang. Kejap-kejap menoleh kepada suami Aku masih di kaunter mengeluarkan wang dari dompet. Aku dengar isteri berkata:

"Bang, mari sini. Tengok borang ni. Abang kena sain" sambil melambai pakcik itu. Pakcik itu datang menuju isteri. Semasa aku lalu di belakang mereka setelah urusanku selesai kedengaran pakcik itu berkata:


"Nak kena sain apa pulak. Kan selalu tak kena sain"


Apa pendapat anda.

7 comments:

ASH said...

Mujur pakcik tu bukan Tentera Sabil yang berbaju Merah dan Berserban di Jakarta..
Kalau tidak, aku wonder apa pulak reaksi 'makcik'nyer..
he he he

Tijah said...

kes jeles la tuh! kok jumpo laie skali kem salammmm kit kek makcik tu yo kak.

ibundo said...

ashley, makcik kepada pakcik yang berserban tu amat sporting orang nye tapi kalo lebih-lebih klua jugak tanduk agaknya.

Tijah. Datang gak ekau nyongok akak yo jah. Jom pokono kupi kacip patimah. Kue cokodok e dah abih lak ha.

ASH said...

Kak pah,
orang pengsan tu hah..genit pulak tu..
WAJIB NOLONG!

apo apo pun, pokcik tu ikhlas..
jangan disalah tafsir..
pahala besor tu.

smile

ibundo said...

ashley
pakcik tu tak ape ape. rasanya tak ada udang sebalik batu. bini dia je yang jeles. Macamanalah reaksi bini kalau yang nolong tu seorang suami yang sasa dan hensem.

Unknown said...

salam tuan rumah...mungkin isteri dia jelous..almaklumlah anak dara...

ibundo said...

Ina, salam kenal. Datang lah lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...