Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Tuesday, January 13, 2009

Kampuang den nan jaoh di mato

Banyak perkara yang kita kurang tahu tentang indon. Yang kita arif sangat ialah tentang pendatang haram yang kian memenuhi setiap ruang tempat kita berpijak. Hinggakan kadang-kadang kita berasa takut berjalan-jalan sendirian di tempat kita sendiri. Malah cerita-cerita tentang bagaimana mereka ini ada yang jadi tukang copet, tukang rampok, malah tukang bunuh menguatkan lagi rasa ketakutan kita kepada mereka. Walhal orang kita sendiri ramai yang berperangai seperti mereka ini dan realitinya tidak semua mereka yang berperangai seperti itu.


Saat aku ke tanah abang buat pertama kali beberapa tahun yang lalu, terasa akan kepelikan yang tidak aku rasakan di sini. Penuh dengan manusia di jalan, di kaki lima, di toko-toko, saling berjalan bergesel bahu kerana tidak ada tempat yang tidak diisi orang. Kawan yang membawa kami ke sana terus berpesan-pesan, tas tangannya letak di depan, dipeluk kejap, jangan nanti ada orang yang mengambil kesempatan di atas kealpaan. Bila dia terpandang akan gelang emasku yang membelit pergelangan tangan, terus lagi dia memberi amaran akan kerakusan orang-orang yang pantang melihat benda-benda berharga seperti itu. Jangan pula nanti aku menjadi mangsa. Aku menjadi takut. Takut dalam keseronokan membelah setiap pelosok Tanah Abang. Mengintai-ngintai harga setiap mukena yang cantik dibordir, yang bila di tukar ke RM harganya cuma tidak sampai 50 ringgit.


Aku ke Tanah Abang lagi beberapa kali. Bloknya banyak yang ditambah dan diperbaharui. Tidak lagi panas kerana sudah punya pendingin hawa. Yang tidak berubah adalah orang yang berkunjung di sana. Tetap sama seperti dulu-dulu juga. Berjalan tetap bergesel bahu. Dan aku masih mengepit tas tanganku. Cuma aku tidak lagi memakai gelang emas di pergelangan tangan.


Berada dalam lautan manusia di tanah mereka sendiri tetap mengekalkan rasa prejudis aku terhadap mereka. Pandangan mereka, lerekan mata mereka, kata-kata mereka masih menimbulkan was-was dan prasangka. Apabila aku membuka dompet untuk mengeluarkan rupiah, aku rasa akan ada tangan yang datang merampasnya dari genggaman. Apabila aku berjalan, akan ada kaki-kaki yang menjejak tapakku dari belakang. Apa mungkin permainan perasaanku sahaja.


Sebetulnya, mereka di sana dan kita di sini maha serupa. Sang maling berada di mana-mana malahan di kalangan kita juga ada yang seperti musang yang sudah dipakaikan dengan bulu ayam.


Tapi apabila berada di tengah-tengah keluarga dan sahabat-sahabat di sana aku dipahat dengan kemesraan, keakraban, kepercayaan. Tidak ada prejudis. Tidak ada prasangka. Dan mereka juga berpesan-pesan, berhati-hati bila berbelanja. Maling ada di mana-mana.


Penuh satu rumah dengan saudara mara. Yang lain
tak masuk dalam gambar ni.


Jakarta satu kota yang padat. Padat dengan manusia. Padat dengan kenderaan. Padat dengan bangunan (bangunan yang tinggi dan juga rumah-rumah yang disoyok seperti yang kita lihat di tapak-tapak pembenaan di tempat kita). Setiap ruang diisi, di tepi sungai dan di bawah jambatan. Dan penempatan mereka agak tidak tersusun. Lemas. Memang lemas. Pada waktu-waktu kemuncak (ke pejabat dan pulang dari pejabat), penduduk jakarta menjangkau angka lebih kurang 14 juta. Bayangkan. Jalannya macet. Jangan keluar pada waktu ini. Kita akan kebosanan di dalam mobil yang bergerak merangkak-rangkak.






Indon negara yang unik. Ia mempunyai rakyat berbilang kaum, Minang, Bugis, Jawa, Betawi, Sunda dan banyaaaaak lagi. Dialeknya juga berbagai. Kadang-kadang kita tertipu dengan keMelayuan rupa mereka padahal bukan penganut agama Islam. Hati-hatilah bila makan di tepi jalan. Sangsikan kehalalan hidangan tersebut. Sang kodok juga ada dalam menu mereka. Lebih baik cari makanan yang sah halal dan kebersihan yang tidak diragukan. Banyak restoren yang menghidangkan masakan Padang. Enaaaakk sekali.



Makan di restoren ini menyelerakan. Sebaik tiba di meja, kita dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan. Mahu saja disapu semuanya.

Yang di bawah pula: Kalau tak takut sakit perut, bolehlah cuba.





Kali pertama mata tertancap pada tulisan ini aku bagaikan mahu ketawa terguling-guling. Siapa tahu ini sup apa...




Indon mempunyai penduduk yang terlalu ramai dan peluang perkerjaan yang sedikit. Sebab itu mereka bergugus-gugus keluar negara mencari wang. Sebab itu juga pendatang haram yang dihantar pulang tidak takut-takut untuk datang semula ke negara kita. Sebab di sana susah bagi mereka yang susah.


Bibik? Bibik kita di sini pandai demand. Gaji sikit tak mahu, nak banyak. Setiap dua tahun mahu cuti balik kampung dan perbelanjaan tiket kapal terbang mahu majikan yang tanggung. Di sana? Jangan terperanjat jika gaji mereka sekitar 200 rupiah sahaja bersamaan lebih kurang RM 70.


Seniman jalanan di sini juga ramai dan mereka boleh menyanyikan lagu keroncong, lagu minang dan macam-macam lagu dengan amat baik sekali. Ini adalah salah satu cara mereka mendapatkan duit. Mintak maap ye. Yang baju merah dan berserban tu bukan penyanyi jalanan. Tu abang we aku tu.



Dah. Habis cerita pasal Indon ni. Aku pun dah tak larat nak cerita lagi dah. Kalau nak tau lebih-lebih, pergi je lah ke sana. Boleh aku kirim beli telekung selai dua lagi.

5 comments:

Ungku Nor said...

pegi sana?
tunggu kak pah pegi, saya nak ikut..ahakss

Nizam.Ariff said...

Suasananya jalanan tu macam kenal je, tapi kat sini la...mungkin sebab dah ramai, budaya dah bercampur ...asimilasi.

Mak Su said...

saya ni mak cakap ayah asal dari darah jawa dan mak pula dari acheh, tapi kita dah tak ada conneciton dgn org sana , perpindahan mungkin berlaku di tahun 1600 atau 1700an, entahlah ? :(

so, saya bukan keturunan minangkabau.

ibundo said...

Ungku Nor, akak dah phobia naik kapal terbang. Hari tu nyawa rasa macam dah kat hujung tanduk je dah. Bila kena wheather tak elok, tobat dik oi... (tobat sambal belacan)

Nizam, rasa-rasanya baik lagi tempat kita ni.

Mak su, Takpo. Kito totap waghih.

ckLah @xiiinam said...

sampai hati....
jenjalan tak ajak ckLah.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...