Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Wednesday, January 28, 2009

SAY GOODBYE TO THOSE JUNKS

Aku nak cerita masalah sejagat. Tabiat buruk ni kira masalah sejagat lah. Sebab ia bukan sahaja melanda masyarakat malaysia tapi seantero dunia. Dan tabiat ini kalau tidak dibendung akan menjadi penyakit kronik juga.

Pernah dengar perkataan "hoarding'?. Ataupun anda sudah terbiasa dengan perkataan "mengumpul barang-barang". Satu ketika dulu dalam Oprah ada keluar satu episod berkenaan dengan hoarding ini. Makcik hoarder kat amerika tu telah mengumpul barang-barang dalam rumah dia penuh satu rumah. Rumah dia ada tujuh bilik. Barang-barang yang dia kumpul bertepek-tepek macam bukit sampaikan tak ada ruang nak lalu. Ha, itulah hoarder tegar. Dah jadi satu penyakit pulak tu.

Kita? Tabiat suka mengumpul ni kadang-kadang kita tak sedar. Kita sayang nak buang barang-barang yang kita rasa-rasa berguna terutamanya barang-barang yang ada nilai sentimentol. Contohnya, contohnya lah.. kita ada radio. Radio tu kita beli kat luar negara. Lama-lama radio tu rosak. Nak betulkan sparepart tak ada. Nak simpan dah tak berguna. Nak buang pula sayang. Maklumlah, kena naik kapalterbang baru dapat beli radio tu. Tak ke sentimentol. Sudahnya kita simpan je la dalam setor.

Kadang-kadang benda yang kita simpan tu tak ada nilai sentimentol pun. Saja-saja je simpan sebab kita rasa benda tu satu hari nanti berguna pada kita. Tapi apa yang berlaku, kita simpan lepas tu kita lupa tentangnya. Adakalanya kita tak lupa. Kita ingat yang kita ada menyimpannya tapi di mana ya... Puas bongkar sana sini tak jumpa kat mana kita letak benda tu. Yang kita jumpa benda lain. Benda-benda yang kita dah lupa juga yang kita ada menyimpannya.

Khazanah atau boleh dikategorikan harta karun ini ada berbagai-bagai jenis. Terpulanglah pada orang yang menyimpannya. Ada yang suka simpan beg shopping. Kadang-kadang kalau kita beli barang kat kedai yang ada kelas sikit, kedai tu masukkan barang dalam beg yang cantik. Ha, kan ke sayang nak buang. Simpan. Mula-mula sikit, lepas tu banyak.

Ada pula yang suka mengumpulkan kad jemputan kawin. Tak percaya? Ada...... Asben aku salah seorang. Asal dapat kad jemputan kawin je, simpan. Aku kata buat apa simpan, menyemak je. Dia jawab nanti kalau anak kawin nak refer. Uk ala.. macam la kat kedai tak ada contoh. Ni dia tak tau ni yang kad dia tu aku dah buang he..he..

Ada juga yang suka mengumpul bekas plastik. Kalau tapau makanan kat kedai, bekas plastik simpan, nanti nak guna buat bekas cili blender ke, bawang ke. Bekas airkrim, simpan. Bekas coleslaw kfc pun simpan. Ha, ni kerja bibik aku. Sampaikan almari kat stor aku tu tak boleh tutup sebab dan penuh dengan bekas plastik ni.

"aini, ni mauk dibikin apa ini banyak-banyak"
"Ya, nanti kan senang ya buk kalau kita blenderrr cili nggak repot repot lagi cari bekasnya, gitu."
"udah, masukin dalam beg plastik nanti dijual aja sama itu bapak paper lama" kik..kik..kik.. Mau nya aku nak cakap macam tu. Aku cakap.
"aini, ambek plastik ni semua. Buang."

Kotak kasut pun orang suka simpan. La, sayangnya nak buang kotak tu. Eh, mana tahu nanti kalau nak bagi hadiah kat orang boleh masukkan dalam kotak kasut tu tak payah tercari-cari lagi. Ataupun, kalau ada benda-benda kecil, boleh simpan dalam kotak kasut. Simpan lagi.


Anda suka mengumpul barang-barang yang tidak berguna?
Cuba tengok bawah katil atau atas almari atau dalam laci atau dalam setor. Apa kata satu hari anda buat operasi dan say goodbye those junks.



12 comments:

Nizam.Ariff said...

Sayang-sayang buah kepayang...ditelan pahit dibuang sayang...

Tijah said...

hahahaa...tuing! kono batang idung sendiri. sey cukup ghoma kumpo bokeh taufufa tu. tapi ado guno eh tu. dah byk2 sok anta umah sazah... sonang nak tapau lauk ko pongat ko. kan? kan?

ASH said...

Kak Tipah weh..
yang ngumpul dalam OPRAH tu saya nengok. Tu kaki shopping tu. Pantang nampak sale makcik dalam OPRAH tu!!

jage le yek..yang kaki kaki sopping tu..

Takut beli beli beli..Guner nye idak!

hari tu beli baju..dah pakai ke belum??
he he he..

iina said...

Ahah lah kak saya pun sama gk.. byk simpan brg2 lagik2 kat sini mnjg jek sale.. baru jek bln lepas buat pembersihan besar2an.. pastu adeihh tambah lagik lak benda2 lain... kalau kat sini ada byk kedai2 charity yang ambil brg2 yg org tak nak pakai tapi boleh guna.. kalau buat kat mesia mesti ada permintaan kan kak ;) leh beli brg2 terpakai atau baru dgn harga lebih murah

ibundo said...

nizam, ha.. tau tak per.

tijah, haah.. kau kumpo la banyak-banyak. Haritu maso sibuk satu dunio pasal melamin, akak tengok ramai oghang tak nak tapau dalam bokeh plastik ni. takuuuutt.... tapi angek-angek taik ayam ataupun tobat samba bolacan. Bilo sonyap, ilang takut tu.
Apo apo pun, memang soghonok ngumpo baghang free ni kan.

ashley. ye le. Lebih kurang le tu. Ada yang suka ngumpul barang free. Ada yang suka ngumpul barang beli. beli beli simpan, beli beli simpan.
Eh... aku lama dah tak beli baju tau. yang-lama-lama pun dah sedekah kat minah indon tu. erk.. dengar-dengar JJ ada sale.

kat tempat kita ni jarang buat garage sale. dulu masa akak di State kalau nak barang murah, nanti je garage sale. kalau kita nak dispose barangpun, hantar kat situ. tempat kita, susah nak dispose barang yang dah tak kita gunakan tapi mungkin boleh dimanafaatkan pada orang lain.

ibundo said...

jawapan yang kat atas tu paragraf akhir tu jawapan untuk iina ye. lupa lak nak letak nama.

Hamirdin b Ithnin said...

tak pasal pasal akuuu lak

Ungku Nor said...

kak..katalog akak tak kumpul lak ko?
ehehehe

Mak Su said...

maksu mmg tak simpan barang2, khazanah lama begitu, sebab tak ada ruangan nak simpan, dari kecik sampai beso memang miskin ruangan, rumah kecit; jadi tak sempat nak mengimarahkan habit/hobi menyimpan junks... lega gaks, tak payah selalu berkemas-kemas. oops!

ibundo said...

prof hamirdin
hehe..

ungku
katalog tu hehe paham-paham jelah. Tu ubat sebelum nak tido. takde katalog tak leh todo lak.

maksu,
orang macam maksu ni nak tabik ni.

Faisal said...

akak, (eh.. salam kenal dulu ekk..)

ade lagi satu orang suke ngumpul, beli pinggan mangkuk pastu simpan dalam lemari, beli gelas cawan pastu simpan gak, beli lawo2 tapi tak pakai, kalau pakai pun setahun ade due kali, satu time raye pose pastu time raye haji.. kalau buat bisnes jual pinggan pun dah buleh dah tu kan.. kan.. kan..

ibundo said...

faisal, salam. betul tu dik. bila tengok yang cantik-cantik semua nak beli. dah tu nak pakai sayang. dah banyak sangat beli, tak cukup tempat nak letak. Beli lemari lagi satu. pastu asek beli pinggan lemari, pinggan lemari sampai penuh satu rumah keh..keh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...