Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Thursday, February 5, 2009

hello..hello..saya nak buat pengaduan




"Ummu, najihah kan, dia bawak mainan"

"Ummu, sarah tak nak kawan dengan saya..."
"Ummu, zahid tak bagi pinjam pensel"

Kadang-kadang naik rimas juga dengan kaki pengadu ni. Sebab musabab pengaduan itu dibuat ada kalanya tak munasabah langsung tetapi masih juga nak mengadu. Sabau je lah aku ni. Anak-anak yang suka mengadu ni sebenarnya nak kan perhatian. Dia suka kalau kita bagi attention pada dia. Ada tu pula sebab dia tak boleh kena usik sikit. Ini selalu berlaku pada anak manja ataupun anak tunggal ataupun anak yang mempunyai adik beradik yang jarak-jarak. Aku kata, selalu berlaku. Tak bermakna akan sentiasa berlaku.

Ada budak yang tak boleh melihat aku keluar sekejap dari kelas. Aku nak ke bilik air ke, nak pergi fotostat ke. Dia akan datang mencari.
"Ummu, najwa kan.. dia berjalan... Dia tak buat keje.."
Macamlah yang mengadu tu tak berjalan. Macamlah yang mengadu tu buat keje. Sabau je la aku ni.

Di kalangan anak-anak kita ada juga yang kaki mengadu ni. Masa anak-anak aku kecik dulu, kadang-kadang tak tahan juga telinga ni asek menerima aduan. Itulah. Inilah. Kadang-kadang tu berubah juga rupa kita ni jadi naga yang berasap-rasap telinga dan mulut keluar api yang menyambar-nyambar.

"Asek nak mengadu je..."tengkingan daripada seekor naga jadian. Terperosok sekejap kepala anak kita masuk ke dalam cengkerang.

Kalau anak-anak mengadu tu, pandai-pandailah settlekan. Jangan berat sebelah. Kaji betul-betul. Jangan terima aduan bulat-bulat. Kena lonjong-lonjongkan sikit ataupun tebar jadi roti canai.

Aduan ni tidak semuanya negatif. Ada aduan yang baik dan boleh diterima akal. Dan ada aduan yang memangnya perlu kita buat.

"Hello encik MPKJ (kalau kat kajang ni lah), pokok kat depan rumah saya dah tinggi sangat. Rantingnya dah kena kat dawai letrik)"
"Hello encik Bomba, pokok kat depan tadika saya ni ada sarang lebah. Boleh datang buang?"
Ish.. ingat tugas bomba ni mengawal kebakaran je ke. Semua dia boleh buat. Aku cakap pasal bomba kat bangi ni lah. Tak taulah bomba kat seremban tu. Ada sekali dulu bomba datang ngiung..ngiungg.. dan berhenti kat rumah jiran aku sebelah ni. Berlari kitaorang anak beranak keluar nak melihat apa ke bendanya yang berlaku. Rupa-rupanya ada musang masuk dalam rumah dia. MasyaAllah.. bomba juga yang kena panggil.

"Hello encik polis. Rumah depan saya ni kosong tetapi malam-malam saya nampak ada lampu kelap kelip"
Ha, kita kena prihatin juga dengan keadaan sekeliling kita. Kalau keadaan yang mengesyakkan memang patut pun kita busy body sikit.

Kita hidup ni pun taklah sentiasa happy. Perasaan kita ada pasang surut. Bila sesekali kita rasa sedih dan hiba dan hendak meluahkan perasaan yang terbuku, kita luahkan pada kawan.

"Aku ni kan kiah, dah sebulan dah bla..bla...bla.."

Dengan penuh perasaan sambil mengesat-ngesat air hidung dan air mata kita meluahkan isi hati kita. Bukan apa. Kita rasa kita percaya pada kawan kita tu. Sebab dengan dialah kita pergi shopping. Dengan dialah kita keluar makan. Dengan dialah kita bergelak ketawa.

"Kau jangan cerita dengan orang tau kiah"
"Tak lah. Aku tak cerita kat oranglah. Takkan aku nak cerita pulak"

Kita hanya manusia biasa. Kita tidak nampak tanduk yang tumbuh di kepala kawan kita tu. Kita tak nampak juga giginya yang menyeringai sampai ke telinga. Hmm adatlah. Tapi tak semua kawan macam tu. Kawan sejati akan tutup rahsia kita sampai bila-bila. Sekarang ni ada lagi ke kawan sejati ni.

Awas dengan pengadu yang seorang ini.
"Bos, masa bos tak ada kan, si tijah tu dah lah datang keje lambat. Pastu belum pukul sembilan lagi dah keluar minum. Duduk kat opis ni bukannya dia buat keje. Dia main blog, bos.."

Haha.. hati-hati. Kawan-kawan juga. Jangan beri kepercayan hundred persen. Tingggalkan ruang untuk anda berasa curiga. Kalau anak-anak kecil mengadu kita boleh terima. Kalau yang dewasa ni mengadu apa motifnya. Lu pike lah sendiri.



11 comments:

kakngah said...

ank saya yg no. 2.... agak kuat juga mengadu. mangsanya.. of coz c abg. kesian juga kat c abg.. asek mengalah jek ngn c adk.sampaikn c kecil tu usik sikit, pn dia nk mengadu jugak. sikit2.. abg buat... sikit2... baby buat...
kt tmpt keje pulak, sebbaik tak de pengadu (agaknya la, psl saya bkn pengadu). msg2 sedar diri. lg pun, bos mmg tau la sape yg ngelat. takyah ade pengadu...

Tijah Lawa said...

wah k.pahhhhh!! kemain yg cengkelat tu tijah yo lah yo?? hahahaa! sib baik tijah kojo sindri. sindri bos sindri kuli. kok tak misti tijah kocik ati.

nak apply bomba la plak lopeh nih...

Nizam.Ariff said...

Ummu..dia yak dlm suar...hahaha

Yunus Badawi said...

Anak2 ni kalau kita layan setiap aduan mereka makin rajinlah buat aduan termasuk yg remeh temeh. So, jgn layan sgt. Biar mereka belajar selesai 'masalah' yg mereka hadapi tu mana yg boleh.

kakpah said...

kakngah. kakngah ni pun agaknye anak nombor dua kan. Ha dengar ni pakar psikologi kanak-kanak nak cakap, hehe.. anak nombor dua ni selalu rasa tak secure. Dia rasa emak bapak lebih sayang yang tua. lagi-lagi pulak bila dah dapat adik. dia rasa mak bapak lebih sayangkan adik juga daripada sayangkan dia. sebab dia rasa kurang disayangi lah tu asek nakkan perhatian je. Sebenarnya bukan dia tak disayangi. Dia rasa je. ha.. amacam.
akak rasa kan, skang ni kat opis pun dah banyak hidden camera kan?

tijah.
perasan la kau. akak cito pasal tijah juling nun ha. yang ekau toghaso apopasal lak...
hah, yang kau nak apply bomba tu nak jadi apo. dreba? donga cito smalam ekau dah bolaja-blaja poi ngangkut oghang kek opis kl nun ha.

nizam, budak tekencing teberak dalam selua ni dah biasa dah akak urus. no problemo.

kakpah said...

YB, haah kpah setuju sangat-sangat tu.

ashley said...

Ade ke kita ni blog blog time keje?
Rasenye tak de le kan kan kan..
he he he..

mana nak berblog time keje..

line tipun pun asek asek terputus ish ish....tm ni nak kena kut!!

julietchun said...

slm ziarah.
anak buah saya umur 6 thn, lelaki, tapi bkn main kuat mengadu. Semua org tak btl kalo tak lyn dia.Kekdg bertukar gak jd naga, tapi tanpa asap ;D

kakpah said...

ashley, haah mana ade.... tapi tu kan contoh je. contoh orang nak dengki. kalau orang dengki ni yang tak ada pun jadi ada.

julietchun,(mana romichem?) salam kembali. budak kuat mengadu ni tak leh layan sangat. buat dono je. lebih lebih pun kita haah haah je.

iina said...

Hehehe kak cam talian pengaduan idak pun buat kaunter pengaduan hehehe.. standard ahh kan kak kaki pengadu nie ado kek mano2 tujuannya samo ekk baik bosa ko kocik ko.. semua nak sesuatu idak takkan susah sonang ngadu kan ;) kecuali ngadu perasaan sendiri kat pakwe sendiri itu pun jwpan samo ehhh.. iyolah.. dengalah nie.. yo yo.. tensen den tau kak ;)

kakpah said...

iina, bak kato oghang ngadu pado yang kasih. dio donga tu walaupun buek-buek tak donga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...