Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Tuesday, February 24, 2009

DIAKUI BERSIH DAN BERMUTU

Semalam Isnin. Petang aku ke kedai membeli bahan untuk berbuka puasa. Suami aku berpuasa. Aku bercadang membuat laksa nyonya. Antara bahannya ialah mee kuning.

Selalunya aku beli mee kuning cap ibu. Mee nya sedap. Tidak banyak mengandungi preservatives. Malangnya semasa aku ke kedai, mee cap ibu baru sahaja habis. Aku tercari-cari mee lain. Pekedai mengesyorkan satu lagi jenama mee buatan orang Melayu. Katanya boleh tahan juga sedapnya.

Mendengarkan ia buatan melayu dan aku tidak perlu lagi berwas-was, aku terus membeli dua bungkus.

Balik, aku terus ke dapur menyiapkan kuah laksa nyonya aku. Aku ulang. Laksa Nyonya. Rasanya sedap hingga menjilat jari (haha.. puji diri sendiri). Tapi semasa makan kami sungguh terperanjat kerana mee yang aku beli itu bertukar warna menjadi merah apabila disiram dengan kuah laksa nyonyaku.

Adakah anda ingat, dulu heboh di surat khabar menceritakan tentang mee kuning yang dibubuh dengan preservative yang melampau sehingga memudaratkan pemakannya. Dan salah satu cara untuk mengetahui mee itu baik ataupun tidak ialah dengan menyiramkan air kunyit ke atasnya. Sekiranya ia berubah warna menjadi kemerahan bermakna ia mengandungi bahan preservative yang berlebihan.

Kuah laksa nyonya mengandungi kunyit. Dan mee yang aku beli bertukar warna. Keghairahan kami untuk makan mee laksa nyonya terbantut. Kami gantikan dengan mihun sahaja.




Macamana lah kita ni tak sakit. Kejap-kejap sakit. Kejap-kejap sakit. Tengoklah apa yang kita dah termakan................

12 comments:

Ungku Nor said...

seb baik saya tak ske makan mee kuning.

saya suka mihuuuuunnnnnn!!!

hehehehe..miangkan saya arini??
;p

Tijah said...

KD mmg miang...tu satu seremban tau tu. wakakaka!!

kpah..sodap sampai menjilat jari? errrr...bukan makan laksa pakai sudu ko? takkan kobok2 yo kuah eh kot kak? hikhik...

ADAMSYAQ said...
This comment has been removed by a blog administrator.
kakngah said...

ayoaiii.. apo lak sy bg komen ngn id ank sy ni.... sengal.. kakpah.. tlg delete komen adamsyaq tu...
kerjasama dr anda amt dihargai...

Mak Su said...

byk penyakit punca dari makanan.

NJ@Goboklama said...

masyaAllahhh.... scary.. :(

julietchun said...

Jgn nama org melayu tp tokeh cina dah la.David Koperfil pun takleh wat magic cenggini.

ibundo said...

ungku, iyo ko. tijah dah konfemkan.

tijah, makan mee kobok. Pehtu hirup je kuah tu. habih..jilat jari. hehe..

kakngah, camno leh tosasul.. Nak ganti ngan spageti dah abis pulak sobab baru duo hari lopeh buek spageti balognis..(pasal jeles dengan piah dan ungku)

maksu, tu lah pasal.

NJ, memang scary. Tebantut selera.

juliet. tak tau la. tapi cina pun banyak gak yang taruk borik asid nih.

Nizam.Ariff said...

Tak suka mee kuning... ada bau hancing cam kencing tikus...

lupekanje said...

buek mee sendiri kpah....pehtukan..masak laksa nyonya tu sesedap dan pos kat acik kat gate one yo...hehe

Unknown said...

salam..kat rumah ni pun mee kuning kurang..suka meehoon ataupun yee mee..skrg nak cuba buat pulak mee swaa..

ibundo said...

nizam, kena pandai pilih. mee cap IBU okay tapi edaran terhad.

acik, nak buek tu yang maleh tu cik oi. Nak poi anta kek gate one tu lagi la maleh....

ina KL, salam. itu la.. ada yang suka ada yang tak suka. kakpah ni nak kata suka sangat tak de la. tapi kalau ada yang elok, makan juga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...