Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Sunday, February 22, 2009

I Know You Know....

"Miss knows all" satu gelaran yang kami berikan pada seseorang masa di sekolah dulu. Padan dengan gelaran, memang dia sering mengalahkan kami dalam hal-hal pengetahuan am. Baru saja kami membuka mulut mengenai sesuatu perkara, dia akan terus mengatakan begitu begini seolah-olah kami tidak tahu apa-apa. Dan kami menjadi begitu meluat.


Dalam pergaulan harian kita dengan kawan-kawan, kita pasti akan terjumpa dengan mereka yang seperti ini. Tidak hairanlah kalau dia akan berkata:
"Aku taulah sebab dia tu sedara aku"
"Ketua blabla tu sepupu dengan biras abang aku"
"Abang ngah aku dulu pernah berkawan dengan drebar menteri.... tu"


Dia akan kaitkan dengan orang besar-besar seolah-olah dia mendapat first hand informations. Dan dia mahu kita merasakan bahawa kita ini tidak berguna.


Dan paling aku tidak tahan, bila dia berkata:
"Mr Bean tu bini dia orang malaysia. Dia ada anak kat sini"
"Kau biar betul. Mana kau tau"
"Betul. Kawan kakngah aku ada kawan kat London. Dia yang bagitau"


Dalam hati aku mengatakan budak ini kerek. Ada sesiapa nak mengesahkan?


16 comments:

Nizam.Ariff said...

Aku mengesahkanya, Puan Hakim.

Lain kali kalau jumpa lagi org macam tu, mintak je nombor ekor... kalau dia bagi, dah sahlah tu boleh pancung...arrrgh (teran otot lagi)

ibundo said...

nizam, err.. tak leh ke mintak benda lain. Akak ni tak gemau nau dengau mendaalah tu. Seriau...

Tijah said...

sah!

ibundo said...

tijah. sah apo e jah oi. Sah boto ko, sah kerek.
Macam sahkan akad nikah yo.

iina said...

Alah kak itulah caranya nak tunjuk kerek?? bini mr bean org mesia? nanti den poei survey kalau betul.. lawak pun ado nie.. cam takdo kojo lain yo kan kak..

FARYN said...

kak,makhluk camni dah bersepah saya jumpa...sbenarnya diorg tu teringin nak keje kat KAUNTER PERTANYAAN tapi tak layak...hahahahaa

ASH said...

Ingat kut Kak pah buat entry cerita ala ala 'I know what You Did last Summer..'.
Best gak la cerita spooky ni...

tapi..
Bila buka mulut,'You know..'
Orang jawab,'I know already laaaaa..'
mahu tak berasap..
....terbantut gossiping!

ASH said...

Aaa.. bab bini mr bean orang Mesia tu, betul la tu kak pah! Jiran tu!!!
(kui kui kui..jangan marah)

ibundo said...

ina, tolong survey. dah buntu dah ni hehe..

faryn, bersepah ye.. patut selalu terserempak.

ashley.. la, kenapa tak habak awai-awai. tak payah la kpah tertanya-tanya kakaka..

kakngah said...

eh.. btl ke mr. bean ade bini org mesia???

julietchun said...

jgn heboh2 mr.bean ade bini kat mesia, kang paparazi kjr plak bini dia tu,hahahahha. Betul la kerek, bkn kataku tapi kata kawan kpd kawan ku,hahahha.

ibundo said...

kakngah. Jangan pulak kang heboh satu opis kau kakngah.

juliet. betul lah kata mu itu.. hehe..

Mak Su said...

huhuhu, tak sanggup nak berbual2 dengan orang macam tu, rasa diri ni bodoh sangat :D

kakpah kena tag :)

ibundo said...

maksu,tak boleh nak elak lah maksu...
.
.
tag tu utang dulu ye..

NJ@Goboklama said...

"mama,anak priyanka chopra kawan sekelas Arif la ma", bila disoal selidik rupanya budak tu namanya Priyanka a/k Chopra, kes kena 'chong' dgn kwn 'mr-know-it-all' la tu,heh..

ibundo said...

NJ, haha.. salah identiti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...