Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Saturday, February 7, 2009

PERANGAI ORANG PERANGAI KITA....



Kita berjumpa dengan ramai orang. Hari-hari. Kita tidak boleh lari daripada terserempak dengan orang. Bila keluar rumah, jumpa orang. Kalau kita tak keluar rumah pun , kita jumpa dengan orang juga. Keluarga kita sendiri. Lainlah kalau kita mengambil keputusan untuk bertapa sorang-sorang.



Bila bertemu dengan ramai orang ini, maka sudah tentulah pula kita akan berjumpa dengan bermacam-macam perangai. Perangai itu pula ada yang kita suka dan ada yang kita tidak suka. Aku nak sebut dua jenis perangai sahaja di sini:
BLUR DAN LURUS BENDUL.


Jenis blur ni, bila kita bercakap dengan dia, dia buat muka tak paham. Beriya-iya kita menceritakan itu ini, begitu begini, last last dia kata "apa yang kau cakap ni".
Dengan yang ni kita selalu rasa tension semacam.


"Ei.. blur la engkau"
"Aku bela? bela apa? Mana ada aku bela apa-apa"
"Aku cakap engkau tu blur, bukannya ada bela"
"Tak paham lah aku" tengok muka dia pun dah tension. Nak tegelak memanglah tak boleh ditahan-tahan.
"Engkau tu bi el yu ar, blur"
"Oo, cakap lah.."


Kat rumah aku ni yang selalu blur bibik aku tu lah. Lain yang disuruh, lain yang dibuat. Tapi sekarang ni dah ok banyak. Mula-mula dulu selalu gak mengurut dada.


Lurus bendul? Ha, yang ni tak payah lah aku ambil contoh jauh-jauh. Aku ambil contoh dalam rumah aku ni je.


Contoh 1:
Anak menaiki anak tangga menuju ke atas. Di tangan kiri segelas air. Di tangan kanan pula sepinggan nasi yang sudah penuh dengan lauk pauk.

emak : Ha, lepas makan tu nanti tinggalkan je pinggan dengan gelas tu kat atas ye!!
anak : Baik mak!

Engkau tak paham ke nak yang emak kau cakap bahasa terbalik. Sabau je.


Contoh 2:
isteri : Bang, nanti tolong belikan manila kad ye kat Bangsar.
suami : Nak berapa keping.
isteri : Belilah seratus keping.

Isteri menunggu kepulangan suami dari pejabat. Suami turun dari kereta melenggang kangkung. Tidak nampak pun gaya-gaya mahu mengambil manila kad yang dipesan siisteri.

isteri : Tak beli manila kad ke.
suami : Tak
isteri : La, apasal tak beli. Orang nak guna ni.
suami : Abang pegi kedai tu. Manila kad tak cukup seratus. Ada 80 keping je.
isteri : (Menepuk dahi) Ada 80 keping tu, beli je la.
suami : Dah pesan suruh beli 100. Tak cukup 100 tak de la beli.


Yang pasti, jenis blur dan lurus bendul ini adalah lebih baik daripada simulut laser. Cuma kesian kerana mereka ini selalu diperkenakan oleh orang lain.



13 comments:

kakngah said...

adam agak blur & lurus bendul juga. kdg2 tu geram pun ade. lain yg org ckp lain pemahaman & penerimaan dia. saya risau ms mula2dia stat msk sklh. mmg ade kwn2 yg buli dia. camne eh kakpah nk tackle anak2 yg mcmni. nant buat 1 n3 psl ni. wah.. siap buat special rqst lg. xpo kn....

iina said...

Mmg ramai org blur n lurus bendul.. member seblik saya kat uni jenis gitu.. tapi saya lak suka kenakan dia..dia lagik ada 2 ciri2 camnie.. jenis blur dan lurus bendul adeihhh selalu gak saya ngekek gelak.. lain ckp lain fahamnya ;). Yg lurus bendul kdg2 kena ckp terang2 sikit.. takleh nak ingat2 cam dia faham sendiri kan kak ;)

lupekanje said...

heheh..acik pun salu blurr gak...nak wat camner tuh..

ibundo said...

kakngah, nanti bila kpah ada mood kpah buat eh.

iina, hehe orang blur dan lurus bendul ni bukan semestinya orang yang takde pelajaran. Yang dah belaja tinggi-tinggi tu pun ada part yang dia mesti blur punye. Tu yang sedap nak ngutuk tu.

acik, acik pun blur gak ke kahkah..

Yunus Badawi said...

Ada org tu buat2 blur supaya tak kena marah.

Nizam.Ariff said...

Aku tengah blurrr nih...cepat, pergunakan aku..

Ada gunanya org blur ni, sekurang-kurangnya dia membuatkan kita seolah-olah cerdik sikit drpdnya...

ibundo said...

yb, kpah pun nak buat macam tu lah

nizam, nko blur kan. hehe..kpah rasa kpah cerdik sikit la drpd ko wakaka..

ASH said...

Yang blur boleh diajar.
Yang blur tapi tak mengaku, yang itu yang susah.

Yang lurus bendul pula, boleh dilantik jadi Pegawai Bank.
Dia tak hilangkan wang bank.
Tapi orang pula hilangkan diri bila nak bayar balik wang bank.

he he he

Tijah said...

ponah suh carlos boli burger kosong. osah kosong eh sampai sos pun xdo boto2 roti mo daging yo. dah koba dah yg tanak tu bawang mo sayo yo...

ibundo said...

hahaha.. akak pun kono yo. lamo la maghin maso mudo-mudo. soh boli ikan kombung ompek eko. memang boto ompek eko tapi leba duo jari. buek sup tulang kombung la aritu kakaka..

Mak Su said...

makan nyer hatiiii

al-brangi Online said...

buek2 kat kodai tu ada jual manila kad tapi 200 koping.

kalau nak boli seratuih tak dijual eh

mesti kono boli duo ratuih koping.

kalau di boli eh, blur ko boto bondol?

ibundo said...

maksu, nasib badan.

albrangi, konfirm dio tak boli. blur, sobab eh.. suruh boli seratus tapi ado 200. nak boli ko tak nak, boli ko tak nak. ah.. sobab dah lurus bondul, takyah boli lah..haha..camtu lah gayo e oghang blur cum lurus bondul.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...