Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Tuesday, March 3, 2009

Bila Petir Berdentum, Kilat Sabung Menyabung...


HUJAN.
Sekarang boleh dikatakan setiap petang hujan. Kadang-kadang malam juga hujan. Dua tiga minggu lepas panas berdenting. Pagi-pagi lagi dah panas melekit. Memang sudah adat, manusia ini tidak pernah puas dengan pemberian Allah. Bila panas, sampai mengamuk-ngamuk kata panas. Tak tahanlah, rimas lah, kering tekaklah. Bila Allah bagi hujan masih juga tak puas hati. Hari-hari hujan je. Basuh baju tak kering. Nak keluar rumah susah. Nak main bola tak boleh. Rancangan nak memancing pun kena kensel.

Hujan juga menyebabkan banjir. Melaka banjir. Seremban pun banjir? Dengar-dengar, bukit putus tak boleh lalu sebab banyak tanah runtuh. Sesiapa yang nak balik ke kuala pilah terpaksalah ikut jalan Tampin. Jauhnya kena berpusing. Tapi kesian pada orang Tanjung Ipoh sebab kalau nak pergi seremban terpaksa ikut jalan Tampin nun. (Umangai jauh e ). Orang Pilah dan selorong dengannya yang berkerja di Seremban tu kena ambil cuti ke.
(Tapi sahih ke cerita ni. Aku dengar dari orang. Tak tengok paper pun).

Hujan. Kalau hujan, siaran astro mesti tergendala. Malam kelmarin suami nak tengok Manchester United (aku pun tumpang gak dua kaki. Betullah. Dah memang aku ada dua kaki) tapi disebabkan hujan, permainan dah separuh jalan baru dapat tengok. Sesiapa yang kerja kat Astro tu boleh tak beri idea pada bos supaya siaran astro ini tak tergendala walaupun hujan, angin pus-pus, angin puting beliung, ribut taufan melanda kat luar tu. Ini baru gelap sikit, guruh dam dum sikit, dah mula astro hilang hilang timbul. Boring betullah. ASTRO. DO SOMETHING... (hehe.. macamlah ada orang astro yang nak jenguk blog aku ni)

Hujan. Masa kecik kecik dulu memang ditunggu-tunggu hari hujan ni. Buatnya hujan lebat, lagilah seronok. Seronok main hujan. Lari sana. Lari sini. Duduk atas upih lepas tu kawan tarik. Kawan duduk atas upih dan kita tarik pula. Emak jerit-jerit dari dalam rumah pun kita tak dengar. Kalau dengar pun, buat-buat tak dengar.
"Masuk!!!!! Kau tak nampak ko kilat tu. Masukk!!!!!!"
Emak dah menjerit fullblast tapi kita buat-buat pekak je. Kita dah tahu dah emak takkan berani keluar menghambat kita tengah-tengah hujan tu. Seronok kan main hujan. Tapi kesian anak-anak aku tak dapat main hujan ni. Sebab kalau diaorang main hujan je aku keluar perhambat walaupun dalam hujan lebat.(Sebenarnya aku yang nak lepas gian main hujan tu hehe..)

Hujan. Mengingatkan aku pada arwah moyang. Musim hujan ketak ketik (hujan yang tak lebat tetapi tak mahu berhenti) moyang selalu masak ubi kayu. Moyang masak ubi sampai empuk. Lepas tu di lenyek gunakan upih. Ubi yang sudah dilenyek dicampur dengan kelapa parut dan sedikit gula. Makan dalam cuaca agak dingin bersama dengan kopi o panas berasap. Pergh.. rasa nak kembali ke zaman silam.

Masa dulu mana ada masa nak buat karipap ni semua. Kalau minum petang je, menu tak lari dari keledek goreng, ubi ketuk, pisang goreng, pisang rebus. Semua yang boleh diambil dari belakang rumah. Rasanya pun sedap dan setiap kali dihidang mesti habis licin.

Hujan. Apabila dia datang, terima sajalah. Tak usah komplen.



10 comments:

KTS said...

I love hujan...
suka sangat bunyi hujan... mengingatkan ku kepadanya MR.B...
bantal..... ehehehehe

kumpulan HUJAN pun aku suka...

'pagi yg gelap... kini sudah terang'...
lalalalalala

Tijah said...

iyo! bukit putuih xleh lalu tanah runtuh. aritu sg. gadut nak ke rombau naik air parek pinggang. carlos nak blk dr chombong kono patah blk podeh naik lak hewey! apo2 pun sian mangso2 banjir tu la...

Nizam.Ariff said...

aku masa kecik, time hujan lebat, kita org pergi hambat burung kt sawah. bulu basah, burung tak larat terbang, baling dgn kayu. masa tu tak ingat petir...

aNIe said...

Kak Pah...dulu2 kalau hujan lebat...kitorang beramai2 masuk selimut...tidor...syokkkk!!!

Saya rasa kan....orang astro kene jual kuali astro dia tu siap dengan payong kot....

Mak Su said...

suka main ujan... :)

iina said...

mmglah kak main ujan best.. nak2 lak dulu ado tempat tadah air dlm tong besar tuh.. siap buk muncung kat tepi bumbung.. apa gik mandi kek situ ler sebab air ujan turun laju wakakakh.. sini ujan tak selebat mesia.. tapi angin kuat giler den dah tukar 10 payung dah nie

Yunus Badawi said...

dulu rumah nenek saya ada tempayan besar di bawah talang. Kalau tengok nak hujan, air di tempayan dicurahkan. Kalau tak buat mcm tu, kalau dah hujan, cucu2 ni lah yg kena buang air yg tinggal sikit tu supaya air hujan yg baru boleh masuk. Peluang itulah yg ditunggu2.

ASH said...

Waktu saya kecik, dok kat Batu Gajah, Perak, rumah dikelilingi pokok kelapa yang tinggi tinggi. Kalau hujan ribut, risau sangat sebab pokok kelapa selalu tumbang. Ada sekali nyaris kena rumah.

Waktu dah pindah rumah kat Taiping pulak, hujan dah macam lumrah hidup..
Bila petang selalunya hujan..kalau musim hujan, pagi petang HUJAN!!

Orang Cina kat Taiping siap lawan TEKA HUJAN..depa Bet, namapak gelap jer depa betting..hujan atau tidak...

kakngah said...

dulu2 kok ujan yo.. mesti arwah omak suh tutup tv.

ibundo said...

kts, hujan ada irama. yang takutnya hujan lebat siap dengan angin kencang.

tijah, lum ponah lai bukit putuih tutup. ghaso e la.

nizam, hehe korang budak lelaki memang ganas.

anie, haha masuk dalam selimut tu salah satu agenda hari hujan....

maksu, maksu pun samo mandi air ujan kan!

ina, ganeh e kau pakai payung.

YB, patutla ada perumpamaan mendengar guruh di langit air di tempayan dicurahkan. YB punya angkara la ye.

ashley, pokok kelapa tinggi memang merisaukan. kpah nampak kelapa tepi rumah kena petir. Terbakar tinggal batang je.

kakngah, iyo. omak akak pun. akak pun tobawak-bawak. asal ujan potir yo suruh anak tutup tv.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...