Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Monday, March 2, 2009

WHY ARE YOU CRYING !!!!

Pagi tadi semasa assembly aku lihat ada seorang budak lima tahun menangis teresak-esak. Dia teresak-esak dalam diam. Menangis tanpa suara. Aku mendekatinya, mengusap rambutnya dan bertanya lembut:

"Kenapa menangis ni"

Aku terperanjat apabila dia terus melalak kuat sebaik sahaja aku habis bertanya, sambil dia berkata"

"Huwaaaaaaaaaa...... harini makan apaaaaaaaaaaaaaaaa......."

Aku yang pada mulanya panik ketawa terbahak-bahak. Guru-guru yang lain juga ikut ketawa geli hati yang teramat sangat.

Kepada ibu-ibu, pastikanlah anak anda bersarapan pagi sebelum dihantar ke tadika. Kesian budak-budak tu datang belajar dengan perut kosong. Memanglah kami ada bagi makan tetapi waktu break pukul sepuluh. Datang pukul lapan, lama lagi nak tunggu waktu rehat . Kelaparan anak-anak.

Anak-anak kelas aku pun kadang-kadang ada juga yang mengadu lapar. Baru pukul sembilan dah lapar. Bila aku tanya sarapan ke tidak, diaorang kata tak sarapan. Aku membebel jugalah marahkan dia dan secara langsung marahkan emak dia juga sebab tak bagi anak makan.

"Ummu, bila nak rehat"
"Pukul sepuluh. Jarum pendek tunjuk angka sepuluh, jarum panjang tunjuk angka dua belas".

Kejap lagi dia datang.

"Dah pukul sepuluh ke ummu."
"Cuba tengok jam. Dah sepuluh ke belum"
"Ummu, betul ke jam tu. Entah-entah rosak"
Otak budak-budak ni pandai je nak mengenakan kita.

Berbalik semula kepada budak yang melalak tadi. Aku bagitahu dia hari ni makan mi goreng. Aku suruh cikgu dia bawa ke dapur dan bagi makan. Bila aku intai dia di kelasnya setengah jam selepas itu, aku perhatikan dia sudah ceria berbual dengan rakan di sebelah.

15 comments:

iina said...

ummu dah kul 11 nie.. lapo lah wakakakah... leh ke kak.. den baru jo lopeh makan baguette egg mayo.. Tapi memang budak2 tak tahan lapo.. kesian kat diorg kan..

ok kak tongahari nieh jom kak makan nasi ayam.. akak belanjo yo

kakpiah said...

hehehe.. bikin saspen jer..

Rantaro pepagi mmng minom susu lagik..
peh tu saya slalu letak beskut dlm keter..

at least pepagi tu kalo dia tak mo mkn kuih pon.
buleh gak lapik2 pewot ngan beskut...

Tijah said...

cekguuu!! tijah pun nak mi goreng jugakkk!!!

kakpah said...

ina, nak bolanjo tunggu balik dulu. sekarang jangan cakap hehe..

piah, ye la piah oi. atleast bagi la lapik sikit perut tu.

tijah, haha.. ekau dah tak fes lagi dah.

kakngah said...

kesian ank tu. sebbaik ummu tak zolim. bg gak mkm sblm waktu. hehehe!!
sy mesti pastikan yg ank2 sy sekurang2nya minum susu kalau xnak srpn skali pun. ye la.. kdg2 awl pagi sgt pun depa xder selera lagi nk mkn..

aNIe said...

Larrr...sian budak tu ummi...dulu anak saya masa tadika pun takmo sarapan...sebab dia takut sakit perut...katanya kalau sakit perut nanti susah nak buang air...dia takmo buang air kat sekolah...dia geli..

kakpah said...

kakngah, aleh lah porut sikit dulu. kalau kat taska tu kang ado breakfast. kok kek tadika ni molempeng porut nunggu kul sepuluh.

anie, haah.. budak-budak ni pun pandai memilih. kalau dia tak pekenan dia tak mau.

julietchun said...

Makpak terlambat bgn pagi tadi kot sbb tu tak smpt bg anak sarapan :D

chekdenoor said...

hehehehehe.....kesian budak-budak ni kan..... mak dia orang tak plan dari malam....so..bila pagi sure tak sempat buat sarapan........

Mak Su said...

Ya Allah!! tekejut!

Sierrauniform said...

salam kak pah..1st time menjengah blog kak pah yang sangat menghiburkan dan mmberi pengajaran pada saya~


sue

kakpah said...

juliet, hehe.. pande je ko buat spekulasi.

chekdee, budak kdg2 pagi tu tak de selera nak makan. At least bawakan bekal sikit untuk alas perut.

maksu, den pun tokojut

siera, welcome. datang la lagi.

ku tak sempurna said...

laaa... siannya...

nak gelak pun ada...

tp takleh nak salahkan mak pak gak..
bebudak tu nak makan camana, nak bukak mata pun tak lrt... bangun pagi la katakan :D

kakpah said...

KTS hehe.. kau dulu kecik-kecik macamana?

Ungku Nor said...

kak..
saya mang kalah kok tengok bebudak lapar.

agak eh tu pasal la anak2 saya suma kembang2..asek kena kasik makan jer hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...