Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Wednesday, March 18, 2009

SATU PETANG SEBELUM ASAR

Ni cerita pada satu petang, beberapa tahun yang lalu. Saja nak cerita.

Masa; lebih kurang empat petang. Aku keluar bilik nak turun ke dapur. Aku lalu depan bilik Man dan adik. Aku lihat Man terbongkang tidur. Adik tengah relek-relek atas katil sambil baca komik.

"Ish.. budak ni. Kalaulah kamu baca buku sekolah macam kamu baca komik tu, gerenti kamu dapat markah penuh seratus peratus tiap kali ujian". Adik cuma sengeh-sengeh.

"Relek la mak". Haah, emak kamu ni relek je la keje ye. Kamu tak tau lepas ni aku nak kena pikir apa nak masak untuk makan malam. Kena kelebek dalam peti ais tengok-tengok apa yang ada untuk dibuat masterpiece di atas meja makan. Amboi.. cukup la aku punya relek.

"Tu.. Man tu.. cukup cukup la tido tu. Bangun. Dah nak asar dah ni"

Kalau bercakap dengan budak yang tengah tidur, lebih baik cakap dengan dinding. Di hapeknya pun tidak. Tak pe, tak pe.. Aku turun. Terus ke dapur dan menggeledah peti ais. Wah, dapat ikan. Boleh masak asam pedas. Ada terung. Boleh campur dengan asam pedas. Cari sayur pulak. Masa aku mencari-cari telefon berbunyi.

"Ya hello.. Man? Nanti kejap" Aku menekap gagang telefon dan menjerit memanggil Man. Man tak jawab. Macamana nak jawab, tengah tidur pengsan. Aku panggil adik. Tak jawab juga. Baru aku teringat yang tadi masa aku keluar dari bilik mereka, aku tutup pintu bilik. Ish.. mana pulak bibik aku ni. Aku terdengar bunyi orang berbual-bual kat belakang rumah. Malas pulak aku nak mengacau.

"Nanti kejap nak ye. Makcik panggil Man". Aku panjat tangga naik ke atas. Aku kuak pintu bilik. Man masih terbongkang.

"Man, bangun... ada kawan telefon..." Aku goyang-goyang badan Man. Tak bergerak juga.
"Man, banguunnnnn. Ada telefon", kali ni aku cubit lengannya.
"Hmmmm...."
"Bangunlah... telefon. Ada kawan telefon" kali ni aku cubit lagi kuat.
"Sapa telefon" bersuara masih pisat-pisat. Mata tertutup.
"Mana mak tau. Tu angkat telefon tu". Kebetulan dalam bilik mereka ada satu set lagi telefon.

Tangan Man menggagau mencari gagang. Matanya masih tertutup rapat. Setelah gagang dicapai, dia melekapkannya ke telinga.
"Hellowww..." masih bersuara mamai.
"Hellowww......"mamai lagi. "Tak de pun..." matanya masih juga tertutup rapat.

Aku dah tak dapat menahan gelak. Adik juga tak dapat menahan gelak. Kami gelak terbahak-bahak sampai keluar air mata. Kami gelak terbahak-bahak kuat-kuat sampai Man betul-betul terjaga.
"Apasal...apasal....." Man terus duduk kehairanan.
"Hahaha...... cuba tengok kat tangan awak tu apa benda. Hahaha...."
Man melihat gagang telefon yang dipegangnya tadi.
"Hahahaha......" Man ketawa kuat bila melihat remote TV di tangannya.

8 comments:

Tijah said...

yang talipon tu laki ke aweks kak? hikhik

Tijah said...

2nd lot...

Tijah said...

yes! yes! lot ke-3 plak! mahap kak pah. sey raso cam gilo kuaso niari...

iina said...

ko nie tijah gilo kuasa ekkk.. kemain gik ekk.. heheheh kak nasib gik angkat remote tv.. kalau angkat berus gigi ko.. sikat rambut ko.. botol susu ko ptut di ambik gmbr tuh kak leh masuk blog hehehhe ;)

lupekanje said...

iina, tijah tu mang gilo koser...tk per la..sib baek dio gilo robut lot kt umah kpah je....heheh

kpah..
klu dah mamai, mang camtu la gamaknya. sah lotih eeh budak man tuh..
acik suka ikat garam kt benang, pehtu masuk kt mulut bbudk ni klu taim2 dengki nengok diorg tdo...tgkla dia menjilat...muahahah...kejikan acik...tpi tk gak bangunnya.

kakpah said...

jah..o jah... sib baik gila kose. Kalau gila b@#* hahaha...

ina, masa tu lum kenal lagi blog nih...

cik, sodap dongkikan bebudak ni sekali sekala kan...

ku tak sempurna said...

keh keh keh...

mesti Man tu ikut perangai maknya...
hehehehehehe...


aiiiiyyyyyaaaarrrkkkk

kakpah said...

KTS, aku sekeh ko kang hehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...