Satu tangan bilangan lima
dua tangan bilangan sepuluh
aku tanam biji delima
apa sebab peria tumbuh?
dua tangan bilangan sepuluh
aku tanam biji delima
apa sebab peria tumbuh?
Lagu yang aku belajar masa kecil dulu. Kemudian terpekik terlolong keliling kampung menyanyikan lagu tersebut. Kami tidak pula mempersoalkan kenapa peria yang tumbuh, bukannya pokok delima. Sebab masa tu masih lagi budak-budak yang menerima bulat-bulat semua benda. Tidak pandai nak kritik. Tidak pandai nak mencari makna tersembunyi. Tidak pandai nak mencari sebab musabab.
Apa yang mahu aku sebutkan di sini bukanlah perihal biji delima dan buah peria. Aku mahu memperkatakan tentang bilangan jari yang ada pada tangan kita. Normalnya, kita akan kata yang di tangan kiri kita ada lima jari dan yang sebelah kanan pula ada lima jari lagi. Jumlah jari pada kedua-dua tangan kita ialah sepuluh. Samalah seperti lagu di atas.
Dulu masa aku dalam darjah tiga aku ada kawan bernama Aminah. Aminah bukanlah pelik orangnya tetapi budak-budak suka sangat berkerumun di kelilingnya. Semata-mata mahu menengok jarinya yang terlebih satu. Maklumlah budak-budak. Budak-budak kan suka menengok benda yang pelik-pelik. Berjari sebelas memang pelik pada pandangan budak-budak.
Mungkin anda juga bersetuju mengatakan bahawa jumlah jari tangan manusia yang normal adalah sepuluh. Apakah pandangan anda sekiranya aku katakan bahawa aku mengajar kanak-kanak di tadika aulad yang jari di tangan kanan berjumlah sembilan dan di tangan kiri pula berjumlah sembilan puluh. Jumlah semua jari tangan ialah sembilan puluh sembilan. Sama dengan bilangan asmaul husna.
Hairan? Bagi mereka yang tidak biasa dengan kaedah mental arithmetic mungkin tidak percaya. Hakikatnya begitulah.....
Hairan? Bagi mereka yang tidak biasa dengan kaedah mental arithmetic mungkin tidak percaya. Hakikatnya begitulah.....
12 comments:
masa kecik dulu saya penah tgk jari kawan sebelah kiri 4, sebelah kanan 6. Bila saya tunjuk jari saya dia kata saya cacat, balik rumah saya meraung sakan ngan mak,hahaha.
jari jari ku sakit semua, kerna mencuci setiap hari...
hik hik hik...
sy cukup 10 jari tgn..
sepuluh jari kaki...
lagu apa tu kak pah..kita tak pernah nyanyi lagu macam tu pulak...
masa kecik dulu selalu nyanyi lagu...little indian tu jer..hehehe
tunjukkan saya macam mana kira 9 n 90 tu...
hebat btol~
Lagu dari saya pula..
Satu tangan bilangan lima,
Dua tangan bilangan sepuluh,
Waktu solat ada lima,
Zohor,asar, maghrib,Isya', subuh..
he he he..
Aku tak pandai mental arithmatic. Anak aku cuba ajar, tapi tak paham-paham gak. Aku pakai calculator je... kat henpon pun dah ada.
Kak,
Mulai hari ini. aku tinggalkan Telekom. Aku dah boleh masuk alam maya dari mana-mana sahaja ... hahahah
nyampuk jap.. juliet ko cacat anggota jari?? wakakakah
wah kak camno kira 9 puluh 9 tuh kak.. ajar den sikit ;)
juliet, sian si juliet kena sakat dengan budak kecit.
kts, sungguh sempurna bagi orang yang tak sempurna he..he..
ezza, ada la. Tu lah, asek nyanyi lagu orang putih je hehe..
mugiwara, kena datang tadika, kursus haha..
ashley, wah, dah dapat satu lagu tu.
nizam, selalu pakai culculator nanti otak jadi lembab wakaka.
Oo, nko dah pakai broadband wireless la e.
ina, sonang yo. meh sini akak kursuskan.
hitrik roshan ade xtra 1 jari.
azmeer.. tak pasti sbb dia asek msk tgn dlm poket jek.
kaedah pengiraan arithmetic mmg bagus. ank sy ms darjah 1 ade belajar. pastu xtau nape msk darjh 2 dah xder subjek tu.
kakngah, haah sobab dio lawa tak nampak jari yang belobih.
Post a Comment