Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Friday, April 17, 2009

BEGITU BEGINI

Pagi tadi sesampai saja di pintu pagar tadika, beberapa anak murid aku berlari menerpa menghulur tangan mengajak salam. Aniq merebut bag di tanganku. Hakim pun berebut sama.

"Eee.. bagi lah kita bawak"

"Kita yang ambek dulu"

"Dah..dah.. jangan berebut. Aniq pegang tangkai sebelah, Hakim pegang lagi sebelah" Aku meleraikan.

Begitulah selalu pagi-pagi. Masing-masing berebut-rebut nak bawakan beg yang berisi buku-buku aku ke kelas.

"Ummu, henbeg ummu tak nak letak dalam kelas ke" Amirah yang terlepas peluang untuk merebut bag aku tadi merengek menepuk-nepuk henbeg aku pula.

"Ha, yang ni biar ummu yang pegang. Dalam ni ada bom. Nanti meletup!!" Aku mengekek sengaja menyakatnya.

"Apa lah ummu ni. Mana boleh bom letak dalam henbeg" katanya sambil menepuk-nepuk lengan aku.



Bila aku masuk ke kelas selepas loceng berbunyi aku lihat di atas meja aku ada sebungkus donat. Belum sempat aku mahu bertanya, Alia berkata,

"Ummu, atas meja tu donat untuk ummu. Saya belikan."

"Kamu yang beli ke ataupun kamu suruh emak kamu yang beli"

Alia cuma tersengeh-sengeh. Hmm donat.. memang aku cuba larikan diri daripada memakan donat ini tetapi bila anak murid yang bagi takkan nak tolak pula. Budak kecil pun pandai terasa hati. Bila tiba waktu rehat dan masing-masing tengah menikmati mihun goreng, alia bertanya lagi kenapa aku tak makan donat yang dia bagi. Aku katakan yang aku belum cukup lapar.

"Ummu bawa balik ye. Nanti ummu makan kat rumah" Aku bagi alasan. Dia mengangguk-angguk.

Ada-ada saja yang dibawa oleh anak-anak murid aku. Kadang-kadang air kotak. Kadang-kadang kuih karipap. Kadang-kadang cekodok pisang. Milo 3 in 1 sepeket kecik itupun diaorang bagi aku juga , suruh aku buat air dan minum depan diorang.


Aku meninggalkan kelas setengah jam lebih awal. Period terakhir adalah amali solat dan aku meminta pembantuku mengambil alih kelas.

"Ummu nak kemana?" masing-masing sibuk bertanya.

"Ummu nak pergi tesco"

"Ha?.. ummu nak pergi disco?"

La.. takkan penyakit pekak badak dah berjangkit kat kelas aku pulak.

"Bukanlah.... ummu nak pergi tesco lah...."

"Nak salam.. nak salam.. Nak cium..." Selepas berebut-rebut bersalam dan berciuman (habis pipi aku bertepek-tepek dengan air liur dan air hidung) akupun keluar balik ke rumah ambil kereta.



Di tesco aku mendapat panggilan dari seorang kawan. Aku kalau boleh cukup aku nak mengelak daripada bercakap dengan dia ni di telefon. Tapi masa aku mengangkat telefon, namanya tak keluar di screen. Aku jawab sebab aku ingat panggilan dari parent.

"Pah, kak Jah ni. Kau kat mana pah."

"He..he.. kat malaysia"

"Kik..kik.. pandai lah kau buat lawak ye pah. Bla..bla..dah lama tak buat sale..bla..bla.. nak beli barang ke...bla..bla..ada ofer ni.. bla..bla.."

"Haah.. okay."

"Bla..bla.. rugi .. bla..bla.."

"Okay.. okay"

"Bla..bla.. kakjah boleh belikan bla..bla.."

"Okay.. nanti saya bagitau la.."

"Kakjah boleh hantar ...bla..bla.."

Dah sepuluh minit dia potpet potpet. Bila lah nak sudah bercakap. Aku cakap aku tengah sibuk dia tak paham-paham juga. Kang aku terus matikan henpon dia kata aku kurang asam pula. Aku gunalah trik selalu.

"Apa?... H'a?... Tak dengar..tak dengar... line tak clearlah kak"

"Kau ni asek line tak clear je. Tukar je talipun tu. Duit banyak-banyak buat apa"

"Apa kak?.. tak dengar lah. Putus-putus ni... " Tup aku putuskan talian.


Aku terus memenuhkan barang-barang ke dalam trolley. Trolley yang seperti biasa berjalan senget macam ketam, membuatkan lenganku sakit sebab nak kontrol stereng. Bilalah tesco nak ganti trolley yang baik-baik nih.

22 comments:

iina said...

kak taktik berkesan hehehehe.. jgn sok den tepon akak buat gitu lak... cian den tak dapek makan mee kari akak tau

Tijah said...

ko tak baik kakkk! aku talipon ko buat centu...

hahaha. kem salam kak jah yo? ckp tijah ismet nak order brg. noneh batu limo kontena.

Nizam.Ariff said...

Teringat ustaz mengaji kat kampung dulu-dulu, masing-masing bawak kelapa, pisang atau kuih. Atau buah kalau tiba musimnya....rupa-rupanya sekarang pun sama lagi.

Tapi, aku tak bagi apa-apa sebab bapak aku yang ajar mengaji.

ASH said...

padan la MILO 3-in-1 aku, cepat jer habis nyer...
ha ha ha..

ibundo said...

ina, hehe... kalau kau cakap panjang-panjang akak cakap camtu gak.

tijah, wei.. kau ingat lam doniye ni kau sorang je ke nama jah. GAJAH pun jah juga tau...

nizam, tak tau la apasal bebudak ni suka sangat bagi akak makan.

ashley, hahaha... kau selalu kehilangan milo tu ye hahaha...

Ms.Lilies said...

hahaha.....elok gak hang up phone tu..x reti2 pulak dia ye...
sweetkan anak2 time kecik2 ni...harap sampai ke beso la diorg camtu

dcrysz said...

kak Pah....
Baru ingat nak tepon...dengau macam tu x jdlaaa....manjang line x clear tu sok...

ibundo said...

lilies, bebudak tu la buah hati kpah.

dcrysz, susau nau nak nyebut nama ko ni. Ko ni decrease ke dekurus, hehe..
kalau ko tipun cakap merapu memang akak tak dengau..

ckLah @xiiinam said...

kakpah....




nak donat jugakkkk!!!
nak cium pipi jugakkkkk!!!

aNIe said...

Hahaha...memang elok bebenor alasan tu.paling tak boleh tahan bab trolley jalan mcm ketam tu...memang penat nak jaga stereng...sakit ati kan kakpah?

aza ni said...

pandai ya kakpah,nak disconnect conversation, boleh pinjam trick tu tak?he he he

Kapten Luffy said...

yg ko taknak makan tu bg aku jer ;p


ko tukar je fon no :)

ibundo said...

Cklah, hehe.. muah..muah..

Anie, adihh..memang penat ngan trolley tesco ni. Roda tak jalan pun ada.

Azani, alasan yang paling munasabah he..he..

monkey, boleh panggil ko monkey je? hehe.. kue banyak ni. Belum masuk time ada jamuan lagi tu....

lupekanje said...

salam kpah..ok..klu acik tipon, acik janji tkkan cakap lelamo...hehehhe

kpah klu dpt trolley yang allignment dah larik tu..kpah humban kan yo..
errr..tapi kan kpah..saya dpt laporan dari Tesco, ngatoan, akak la yg salu buek trolley tu lari allignment dio...sobab isik barang lobih dari muatan...muahahahhaha...

ibundo said...

acik. kik..kik..kik.. memandai la ko ni cik.

kuIna said...

henbeg sy pun ada bom.. bom berangkai... hehehe.

julietchun said...

patutler pipi kakpah licin rupanya sebab selalu kena air liur ngan air hidung,kekeke.

ibundo said...

kulna. bom ke kue bom hikhik..

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ said...

salam kak...
Moga Aulad centre sentiasa termashur senAntario
teringat dulu2 anak buah saya pun pernah skolah kat sini taw

ibundo said...

juliet. Petua tu. kalau ko nak pipi licin slalu suruh anak buah ko tepekkan air lio hehe..

ani, salam. okay no problemo.

Dila, o ye ke.. mesti dah besar ye...

KTS said...

kompem DUTA TESCO... muehehehehe..

kak,
kak jah tak baca ke blog ko ni...
kang terasa plak dia...

muehehehehe

ibundo said...

kts, akak ni memang duta tesco tak rasmi lama dah.
Eh..eh.. kakjah tu tak tau aku ada blog pun hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...