Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Thursday, April 30, 2009

BIBIK

Dua tiga hari lepas bibik aini kuat termenung. Buat kerja sikit, termenung. Buat kerja sikit, termenung lagi. Aku pun tertanya-tanya juga apasal asek termenung saja. Bercakap pun tak berapa ramah.

Sampaikan kerja tampal menampal yang aku suruh tampal kat buku anak-anak tadika aku pun lintang pukang dibuatnya. Bukan susah, gunting cerita yang aku dan fotostat tu dan tampal dalam exercise book. Latihan untuk budak-budak membaca. Aku dah bagi arahan betul-betul. Bila aku tanya faham ke tak, dia kata faham. Akhirnya aku juga yang nak termenangis sebab geram benda yang dibuatnya salah. Puas aku mengopeknya semula. Bila aku mengadu dengan atuk, atuk marah aku balik. Dia kata lain kali jangan bagi dia buat kerja yang perlu gunakan otak.

Dua minggu lepas semasa ke tesco dia bertanya pada aku.
"Buk kalau Ros yang gantikan saya, boleh?" Ros itu adiknya di Jakarta. Dia tambah lagi bila aku tanya kenapa.
"Luluk yang menjaga anak saya mahu berpindah ke Jawa tengah. Jadi anak saya tidak ada siapa yang ngurusin. Ibu saya nggak boleh. Ros sekarang dalam proses penceraian sama suaminya kerna tidak tahan dipukul. Boleh ngak buk kalau saya pulang, Ros yang gantikan tempat saya"

Hati aku mula menggelabah bila dia cakap nak berhenti. Memanglah adik dia boleh gantikan tempat dia tapi bukan senang senang. Macam-macam urusan nak kena buat. Passport, medical, imigresen, kedutaan. Dia ingat boleh ganti-ganti macam tu je ke. Dah tu pula, yang datang nak gantikan dia tu kita tak tahu lagi peel, perangai dan iq dia. Kalau tahap iq lebih kurang dengan bibik ni, hmm sabar je lah. Si aini ni dulu pun dua tahun aku kena bimbing dan asah. Itupun masih banyak yang blur.

Setelah berbincang dengan suami, kami bersetuju untuk menguruskan permit adiknya. Kalau orang dah nak berhenti kerja, kita tak boleh tahan-tahan. Bila dia kata nak balik, baiklah hantar balik. Tapi aku cakap dia kena tunggu sampai adik dia datang dulu baru boleh balik sebab nanti aku tak cukup kakitangan.


Jadi, bila dia termenung sana termenung sini, aku tanya balik.
"Aini, kau nak kerja lagi ke tak nak. Kau dah nak balik sangat ke"

"Ah, nggak la buk. Saya tunggu sampai Ros datang."

"Habis yang kau termenung tu kenapa. Sakit ke."

"Ah nggak apa-apa la buk."

Aku tak pandai nak membaca fikiran orang. Tapi aku agak dia sedang mengenangkan perihal nasib dia. Dia nak berkerja lagi untuk membesarkan anak-anak tapi masalah pula tiba. Dulu dia berkerja di pusat spa di jakarta. Tapi gaji baru enam ratus ribu rupiah. Duit kita tak sampai dua ratus pun. Kerja kat sini boleh dapat dalam dua juta. Tu yang buatkan dia termenung agaknya. Mungkin.


Haihhh...... (tengah mengeluh ni) .. akan pergilah tukang urut aku.

12 comments:

ku tak sempurna said...

muehehehehe..
patutlaaaaaaaa susah nak lepaskan aini tu...

tukang urut dh takde...
muehehehehe..

mungkin yg baru ni lg pndi mengurut drpd aini... lg best dr kerusi ogawa..

sabar eh :)

Mak Su said...

sabarlah... kenalah invest kat ogawa lepas ni... :(

AZANI said...

kakpah:Selamat hari Pekerja,patutlah,agaknya sekarang musim bibik bermasalah,bibik saya demam tak kebah kebah, nak suruh injek, takut jarum ya amat.Beli, panadol, beli ubat cap kaki tiga,sana sini berselimut dengan bau minuak bawang putih.

xiiinam said...

Tengok anak2 murid kakPah...agaknya dia teringat anak-anak dia kot...



zaman berbibik ckLah dah lama berlalu sejak abang bersara awal secara pilihan dan bekerja sendiri....kadang kadang cklah jadi bibik...kadang-kadang abang jadi paman...ikut siapa sempat...he..he...

xiiinam said...

Errr...kadang-kadang kami jadi tukang urut juga...kih...kih...kih...

Monkey D Luffy said...

huhuhu

bukan senang nk cr tukng urut best

Nizam.Ariff said...

Aku faham perasaan dia tu....errr...

kakpah said...

kts. uhuu.. dah tanya dah. adik dia tak pandai ngurut tapi pandai masak je..

maksu, ogawa mahalll..

azani, haha.. tau tak per. Kalau dapat yang nak berlumur dengan minyak urut je 24 jam kita plak yang pening.

kakpah said...

cklah jadi tukang urut tu yang tergelak tu. sebab ngurut belum habis dah tukar cerita lain hehe...

kapten, memang betul cakap ko tu.

nizam, ko paham? betul ke..

Tirana said...

Kak Pah...

Patah tumbuh hilang berganti...carilah tukang urut baru..tak pun, cik abang pun boleh jadi tukang urut..hehehe..jgn marah..gurau aje..

lupekanje said...

kak pah...kalu takat nak ngurut tu..panggey je acik..meh acik urutkan...tk de hal kak.. FOC lagi...
hehhe..
(tpi risiko tnggung sindri kakk..acik da lamo tk ngurut...wakakaka)

kakpah said...

Tirana, gigi patah tumbuh gigi palsu je. mana sama uwaaaa....

acik, takpo lah cik. daripado acik yang buek, bialah kpah urut sendiri. kok suruh atuk kang lain corito lak jadi e wakaka...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...