Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Monday, April 20, 2009

Orang Menyusahkan kita atau Kita menyusahkan Orang.

Selalu-selalulah kita berdoa supaya kita tidak menyusahkan orang. Walaupun anak kita sendiri. Iman kita ni tak adalah sekuat mana pun.


Dah banyak dah aku lihat yang anak tidak dapat menjaga emak sebagaimana emak menjaga anak. Yelah, sakit ajal maut semua ketentuanNya. Kita tak mahu anak jatuh ke dalam kategori yang menderhaka. Aku lihat sendiri bagaimana seorang anak menengking ibunya kerana siibu tidak terkencing di lubang yang diarahkan. Terpaksalah anak mencuci lantai yang telah dinajisi itu. Aku lihat juga ada air meleleh di pipi si ibu. Bukannya dia yang meminta untuk sakit.


Aku lihat juga sedara di sebelah suamiku menahan ibunya daripada makan dan minum. Hanya diberi sedikit sedikit sahaja. Sebabnya sianak tidak mahu ibu terkencing dan terberak berciciran. Ya, bukan siibu yang meminta untuk sakit.


Aku berdoa supaya aku tidak melalui saat-saat seperti itu sebelum hayatku diambil. Aku tidak mahu menjadi ibu yang menyusahkan anak.




Kita jangan suka menyusahkan orang. Ada orang yang saja-saja suka menyusahkan kita. Misalnya kalau tak ada duit dia datang jumpa kita. Kita bagi. Nanti bila tak ada duit dia datang lagi. Macamlah kita ternak duit. Macamlah kita kuis-kuis batu tepi jalan kita dapat duit. Macamlah kita main petik je duit tu kat belakang rumah.

Kita cari duit dengan keringat. Walaupun kerja dalam bilik aircond tapi nak keluar rumah tu tak ke berpeluh-peluh. Tambah-tambah lagi kena musim panas macam ni. Ada duit lebih sikit-sikit tiap bulan, kita kumpul. Kita nak pergi haji, pergi umrah nak guna duit. Ataupun kita kumpul nak beli gelang setebal satu inci kat poh kong. Ataupun nak beli netbook yang boleh kita hayak ke sana kemari supaya kita senang nak post entry. Senang-senang pulak orang menyusahkan kita nak pinjam duit.


Bila kawan kita datang bertamu di rumah, kita alu-alukan. Kita suka bila kawan kita datang. Boleh kita berborak-borak bertanya khabar bagai. Tapi bila datang tu janganlah berlama-lamaan. Janganlah sampai dah jejak azan maghrib tak tahu nak balik. Kita tuan rumah takkan nak halau. Bila kita ajak solat dia jawab pula takpelah, dah nak balik dah ni tapi tak balik-balik juga. Kita janganlah buat macam tu. Bila kita bertamu ke rumah orang, ala-ala kadar je lah. Bila dah sampai waktu kita kena balik jangan teragak-agak. Balik. Tak baik menyusahkan tuan rumah.

Satu lagi, bila kita ke rumah orang dan semasa kita sampai tu tuan rumah dah bersiap-siap nak keluar. Tak payahlah masuk. Katakan saja yang kita akan datang lain kali. Tapi ada juga yang tak ada perasaan. Dia dah tahu kita nak keluar tapi tetap nak jumpa juga. Kejap je, katanya lah. Kejap dia tu dah naik setengah jam. Kadang-kadang lebih. Kita ni dah resah gelisah. Anak-anak pun pun asek bagi signal. Jangan. Jangan menyusahkan orang macam tu.



Kalau kita tak suka orang menyusahkan kita, orang juga tak suka kita menyusahkan mereka. Pikir-pikir dan renung-renungkanlah.

16 comments:

pB said...

Salam Kak Pah


betul semua apa yang Kak Pah tulis nie ....
Setuju sangat sangat ....

Tijah said...

kak...

saat paling mencomehkan kitorang 1 family adalah pagi raya. lopeh blk tang masjid mmg masing2 beketuntang siap nak blk kampung. tak tontu harah kekadang sampai tudung pun senget benget.

sobab apo?

sobab ado 1 family jiran ni kan, ghoooooma na dtg berayo pagi2 tu. montang2 la sazah masak sodap. bajet nak bfast apo? ni kito nak copek blk pilah nak ziarah kubo bagai ni haa...

tak alert boto la...

err...sekian luahan tak pueh ati dr tijah

ku tak sempurna said...

aku harap aku tak menyusahkan ko ya kak..

lenkali idang la fresh oren ngan pisang goreng bila aku dtg...

hik hik hik..



p/s: klu tak dpt menggembirakan hati org, jgn pula kita menambah dukanya...

julietchun said...

saya elegik btl ngan jiran sebelah umah ni, selalu dtg utk cerita hal rumahtangga dgn kami yg masih dara sunti ni, kalo yg baik2 takpe, ni yg buruk2,aduhh, susah betullah, takkan nak halau balik plak.

Mak Su said...

terima kasih kakpah

Jun said...

salam kak pah...sedap2 j panggil kak, mcm lebih kurang j umo ni..heheh. baru arini dpt singgah sini..dr td dok baca celoteh kak pah ni..hehe, seronok...sementara tinggai sorang2 ni...

Kak Ezza@makcik Blogger said...

kak pah...
bagus entry ni..kekadang kita terperangkap dengan situasi begini ...kita sibuk nak kuar..tetamu ni sedap pulak duduk kat kosi tak faham faham..nak buat camner..layan je lah muka seposen tu....

kakpah said...

pb, tenkiu..tenkiu..sebab bersetuju denganku.

tijah, ghayo sok kakpah nak semayang kek masjid senawang. Lopeh yo somayang nak tuju ghumah kau untuk bekfas. Amacam... Boleh tak.

kts, kalau kau cakap nak datang akak akan masak sodp-sodap. Tapi lepas makan pegi balik...

juliet, hah tu satu lagi penyakit. Suka sangat datang rumah orang mengadu hal dan membuat pitnah hik..hik..

maksu, sama-sama kasih.

Jun, salam. Kau panggil je la akak. Kakpah ni pun dah senja dah ni.

Ezza, tau tak per. Takkan nak halau pulak kan..

MaS said...

Salam kak pah,

Kekadang yang datang tu sedara mara gak...itu yang serba salah nak tegur. Lagi satu paling saya tak berkenan bila datang terus tengok apa bawah tudung saji. Rasa cam nak pelempang jer....huhu tapi bole cakap jer lah.

Sierrauniform said...

tak bek la menyusahkan tuan rumah, harap tak nyusahkan tuan umah blog, tepek komen tah apa2, saja gatai nak mengomen, sbb tulih lawak sangat cam nak gelak2 sumbing lak i baca..:)

kakpah said...

Mas, sabo..sabo..

sierra, rumah kakpah yag ni tak per nak datang bila-bila masa. sentiasa terbuka. tapi tak de la kopi ke karipap ke hehe..

Tijah said...

rayo taun ni turn penang. poie la. sazah mo aji usop ado tu...hahaha!

kakpah said...

Jah, pandai la kau nak melarikan diri kan...

iina said...

bila kak pah sebut.. taknak susahkan anak.. sedih den dogar tau kak.. kalau omak den yg sakit xkan nak biar lak kan kak.. selagi dayo den akan jago sobab hanya dio yo omak sesatu he.. tetiba lqk den sedih nie kak.. waaaaaaaa.. kak.. soto 1 ;)

kakpah said...

ina, sepatut e macam tu lah. anak kono jago omak bilo omak sakit. ado anak ni yang tak mongonang jaso. tu yang payah tu.

hehe.. soto tak do.

Monkey D Luffy said...

betul... itu prinsip aku.. jangan susahkan org lain :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...