Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Tuesday, April 21, 2009

Rusa Baru Kembang Ekor

Anak rusa nani
baru kembang ekor
apa dosa kami
lalu tidak tegur

Satu lagu kanak-kanak yang telah lama aku tahu. Masa aku kecil-kecil dulu aku dan kawan-kawan selalu terpekik terlolong menyanyikan lagu ini. Tapi biasalah kanak-kanak. Pandai menyanyi saja tanpa faham akan maksudnya.


Ada beberapa perkara dalam lagu ini yang boleh dibuat perbincangan.
Pertama:
Kadang-kadang kita berhadapan dengan situasi canggung bila ada orang yang kita kenali tiba-tiba sahaja tidak mahu bertegur sapa dengan kita. Kitapun terpikir-pikir, apalah salah yang sudah kita buat sehinggakan orang itu memandang kita pun dah tak mahu lagi. Yelah, manusia biasa seperti kita ini tidaklah sesempurna mana dan mungkin kita melakukan kesilapan yang tidak kita sedari. Kalau ada orang yang tak mahu menegur kita lagi, kan kita akan tertanya-tanya akan kesilapan kita?


Kedua:
Lagu ini juga mengingatkan aku perihal rusa yang mempunyai tanduk yang cantik bercabang-cabang. Ada satu cerita kanak-kanak yang mungkin anda sudah biasa dengar atau baca iaitu perihal rusa yang sombong kerana perasan dia cantik. Ini boleh kita kaitkan juga dengan perempuan-perempuan cantik atau yang perasan diri cantik tetapi sombong tak tentu pasal. Megah kerana dia dianugerahkan dengan rupa yang sempurna serta memandang rendah pula akan orang yang tidak cantik dan jelek. Padahal yang cantik itu bukan hanya pada paras rupa. Yang kekal cantik adalah hati kita.


Ketiga:
Sebenarnya inilah yang aku nak celotehkan. Tiba-tiba je aku teringat yang pada satu masa dulu aku selalu makan daging rusa. Semasa aku kecil, abah selalu pergi memburu. Abah selalu masuk hutan bersama-sama dengan geng-geng memburunya.

Masa aku dalam darjah tiga, abah dipindahkan menjadi guru besar di sekolah air hitam di bahau. Air hitam ialah tanah rancangan felda yang baru diterokai. Semasa kami berpindah ke sana tempat itu masih dipenuhi semak samun dan sedikit hutan. Kami tinggal di kuarters guru yang disediakan. Bayangkan, kalau mahu makan ayam denak abah cuma perlu mencangkung di belakang rumah dan menunggu sehingga ayam denak keluar. "Pang!... abah akan tembak ayam denak.

Kalau mahu makan daging pelanduk, abah akan masuk sedikit ke dalam hutan. Kalau jumpa, abah tembak. Kadang-kadang abah pasang beberapa perangkap. Selalunya perangkap ini akan mengena. Abah bawa balik pelanduk yang telah masuk dalam perangkap dan menyimpannya di dalam sangkar. Bila teragak nak makan pelanduk, abah sembelih.

Oleh sebab kawasan di sekelilingnya masih hutan, abah dan pakcik Bakar dan pakcik Malek selalu masuk ke dalam hutan mencari rusa. Kalau abah masuk hutan, bila dia balik mesti dia membawa binatang buruan. Kalau tak dapat rusa, dapat kijang atau pelanduk sekurang-kurangnya.

Daging rusa rasanya sedap. Manis. Kalau dapat rusa, abah akan membahagi-bahagikan dagingnya di antara kawan-kawannya. Daging yang banyak itu tidak habis dimakan oleh kami bertiga. Emak selalu buat gulai lemak atau rendang. Daging selebihnya emak salai. Pada masa itu mana ada peti ais. Letrik pun tak ada.

Entah kenapa pula pagi-pagi ni aku teringatkan daging rusa. Dah lama dah ni tak makan daging rusa. Sekarang ni susah nak dapat. Orang pun tak senang-senang lagi memburu seperti dulu.

Ishh... buek rondang daging ruso sodap ni.....

18 comments:

MrsMama said...

Salam kak pah, good day to u,
kak pah.... rendang daging rusa tu sedapnya tak terkata. Rendang pelanduk pun sedap. Saya penah gak alami kawan yang baik tetiba tak bertegur sapa..salunya memang ada penyebab contohnya bila kita dapat rezeki lebih dari dia, atau kena puji ngan bos dan dapat ganjaran. Manusia memang tak puas ngan apa yang dia ada. Memang saya marah...tapi marah dalam ati jer lah. Kak pah saya dah link akak ye.

Tijah said...

fuyooo! k.pah dah ado signature la. cano buek tu? ajar la kit ah....hikhik

kuIna said...

skrang mana nak dapt daging pelanduk yer.. rusa ada gak dibela..

keperibadian seorng kwn akn terserlah apabila kita dlm kesusahan.. masa tu kita akn kenal yg mana benar2 kawan..

Anonymous said...

Kalo saya dengar lagu nih. saya teringin nak pegi zoo.Hehehe...
Gurau jek la...

Aruah ayah saya selalu nyanyi lagu ni utk mak saya dulu...heheh. Romantik tak??heh

julietchun said...

jiran saya buat kenduri kawin ngan daging rusa, sungguh kaya orang itu.

tasekM said...

aku makan sate rusa kat sate hj samuri hr tu... mak ia. bapak liat!

hehehe...



.

kakngah said...

ha... blh aja adeeb lagu ank rusa nani ni...

kakpah.. maso sy kekocit lu, baru pndh msk felda.. camtu gak. pueh mkn dgg pelanduk. yg bes eh.. tenggiling linteh dopan pintu dapo yo. ayh mo along dok koja tenggiling tu, kotok muncung eh.. begulung.. smpn dlm tong. sok g.. bwk g jual kek cino bt. 10, kopih.

kakngah said...

nk tmbh laei

lopeh tu... ado ulek mentibang bosa ibu jari.. bossssaaa.... agak2 ado laei tak ulek tu jaman skrg??

Mak Su said...

hari tu abang ipar ese kasik daging kijang, se masak yo, tapi se tak makan. macam tak lalu plaks :(

Kak Ezza@makcik Blogger said...

saya tak makan rusa kak pah..kesian pulak tengok muka dia..eeiii..tapi orang kata rusa sedap//entah lah..belum terlintas lagik....

ASH said...

Alah kakPah....
kut teringin nak makan daging rusa, pergi jer HJ SAMURI tu..order satay RUSA..HAH ssecocok berapa tah..rm 1.80 ke dua hinggit lebih ke..
kut nak daging mentah...kena gi Trolak.Tak silap ada rusa bela situ..kut nak thrill lagi...gi ler main kejor kejor. tangkap sekor..
ahaks..

ckLah @xiiinam said...

Daging rusa memang sedap.....
Buat rondang podeh...





Errr...kakPah...
Meh kita bertegur sapa....
Tegurlah ckLah...
tegurlah ckLah....

iina said...

kak pos kak rendang serunding daging rusa kek den.. jgn lupa tau kak ;)

Kapten Luffy said...

yang pertama tu baru jer aku rasa

huhuhu

Nizam.Ariff said...

Sate rusa tak jauh beza dengan sate lembu dari segi rasa, aku rasa la... sedap lagi kambing... aku rasa la...

Tijah said...

kak bizi weyyyy! dio baru apek cucu tu. taniah kak pahhhhh!!! nati nak tengok ghoman eh yo????

Jun said...

kak pah, kereta 'rusa'? hehe...

ibundo said...

SALAM EVERYBODY. Tenkiu for the comments. Kakpah bizi nih tak dapek nak jawab. Ni baru balik dari sepital ni. Woi jah... tau tau yo kau kan!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...