Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Wednesday, April 1, 2009

SUKAN TAHUNAN

SUKAN TAHUNAN TADIKA AULAD

Tempat: Stadium MPKJ , Seksyen 15 Bandar Baru Bangi.
Tarikh : 12 April 2009
Waktu mula berkumpul : 7:30 pagi.
Pakaian : Pakaian sukan.
( Wajib memakai kasut. Tidak dibenarkan memakai selipar jepun)

Hari sukan tadika kian hampir. Anak-anak sudah excited. Hari-hari tanya bila nak sukan. Padahal dah diberitahu berkali-kali akan tarikhnya tapi masih nak bertanya juga.


"Kpah, mak Una semalam telefon. Dia kata Una menangis ajak pergi stadium Ahad haritu. Dia kata dah sukan. Mak dia cakap dia dah bagitau dah kat Una 12 haribulan baru sukan tapi dia tak pecaya gak. Terpaksalah saya cakap sendiri dengan Una dalam telefon tu. Baru dia pecaya"
Lapor seorang guru aku mengenai perkembangan sukan. Bakal jaguh negara akan membuat aksi tidak lama lagi. Haha.. percayalah.


Sekarang ni hari-hari ada latihan. Kalau tak dilatih nanti budak-budak ni tak tahu pulak. Walaupun acara nampak simpel tetapi memerlukan kemahiran. Sebab tu kena latih dan latih. Tapi ada juga yang susah nak faham arahan. Bantai sajalah labu. Janji masuk sukan dan setiap orang akan mendapat hadiah.



Mencucuk manik. Acara ini agak mencabar juga. Mungkin pada pandangan orang dewasa ia adalah "kacang' sahaja tetapi tidak bagi jari jemari yag kecil mongel.

anak siapakah ini?
Datang ke tadika haritu tunjuk kasut baru. Baru beli. Pink lagi tuuuu....
(Tudung dah hilang dalam beg)




Okay anak-anak, cikgu-cikgu dan ibu bapa.. selamat berentap di padang 12 haribulan ni. Kawan-kawan bloggers nak datang meh la. Tapi aku nanti buat-buat tak kenal je he..he..
Tijah, kau nak jual aiskrim bolehlah ambek satu spot he.he..

14 comments:

Tijah said...

den bawak cem yo la...misti dio tingin nak usha aweks bangi. wakaka...

Yunus Badawi said...

sukan tahunan tadika pun sekarang dah hebat. Mesti budak2 tu teruja.

ASH said...

yelah..
pandai dipujuk. PEGI BILION, melayang duit OMAKNYA 26 henget..
Nak dibeli kasut sukan NIKE tipu tipu,rega 16 hengget tak nak dianya.
Nak KASUT PINK yang ada lampu lampu MACAM kawan dia punya..

Ontah le..bebudak sekarang..

lupekanje said...

wahh...nak pegi la... tpi biler kpah kata bebuat tk kenal...hmmm...maleh rrr pegi...heheh..

ibundo said...

tijah, meh lah datang. (err..ajak-ajak taik ayam yo tu) HAHA..

YB, betul YB. Memasing dah tak sabar-sabar.

ashley, tak dan aku masuk pagar lagi dia dah terjah sebab nak tunjuk kasut yang berlampu tu.

acik, meh la cik..meh lah...

julietchun said...

masuk free ke kena tiket? Kalo free bleh le pegi,kekekke.

KTS said...

bab sukan ni mmg selalu 'fail'.. drpd tadika smpi ke la ni...

tak pernah nak menang...

mungkin klu aku lawan ngan bebudak baru menang... hikhikhik

sesilap hb kalah gak :D

sakurasa 2 said...

kakpah

sakura nak datang cari kak pah
pasti yang pakai cemin mata hitam tu he he he

Nizam.Ariff said...

Dia orang cucuk manik tu pakai jarum guni ke?

Kalau masa zaman sawah tak ada mesin padi dulu, jarum guni dan tali rafea ni fames tau...

ibundo said...

juliet, orang lain free. Nko akak charge seploh hingget.

KTS,Lawan ngan bebudak? Ko nak buli anak murid ake ke!! hehe..

sakura, pasti pakai cermin mata hitam. Panas wo.. (Doakan tak hujan ye)

Nizam, apa hal pulak nak pakai jarum. Tecucuk tangan budak tu naya je cikgu2 kena marah ngan mak bapak diorang.

iina said...

kak den nak duduk kek topi padang yolah ambik gmbr terutama aksi2 semasa kak pah.. nnti ngan cikgu2 sekali teruja hehehe ;)

lupekanje said...

acik tadi kan kak pah...poie makan kat pkns bangi tu...tingat lak kat kak pah...
err...acik tk pnah gi makan kat situ...arini kawan bawak...best la pulak...nnt klu lalu lagi masa lapar2, nak singgah situ la...beshhh..

ibundo said...

ina, no problemo. nanti kpah amekkan gaambar untuk ina.

acik! iyo ko. kpah tadi tongahari ado kek pkns jugak. Poi ambek hamper kek billion yang kpah oder semalam. Ontah-ontah kito bosinggung bahu tadi he..he..

lupekanje said...

ooooOOOOoooo...agak eh, makcik yg acik nampak tehinggut2 tolak troli ponuh hamper tu, kpah la kot...hehhe..tk po kpah.. ado joki, kito jumpo..acik misti konal klau teselisih....sobab, Walopun dirimu tidak kukenal, tetapi lobang hidungmu tatap menjadi pujaan hatiku!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...