Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Tuesday, April 28, 2009

TAKUT

Kecik dulu aku selalu tidur di rumah nenek. Rumah nenek rumah limas. Ada bahagian depan, tengah dan bahagian dapur. Masa tu dapur nenek dapur kayu. Bila nak hidupkan api, nenek guna umpan getah sekerap. Kemudian bila dah ada bara, nenek tiup dengan buluh kecil yang dah dipotong pendek sepanjang satu kaki. Nenek panggil buluh itu teropong. Bila nenek masak, asap akan keluar berkepul-kepul. Dinding dan atap jadi hitam penuh dengan jelaga. Belanga, cerek dan kuali juga jadi hitam. Nenek bersihkan belanga dan cerek yang hitam dengan pasir sungai. Nenek gesek pasir gunakan sabut kelapa. Tak ada berus dawai macam sekarang.


Aku suka tidur di rumah nenek sebab nenek suka bercerita. Nenek suka cerita hantu. Memang takut. Tapi bila nenek berhenti bercerita aku suruh sambung lagi sebab seronok. Seronok dalam takut. Masa tu aku ingat semua cerita itu cerita benar tetapi bila aku dah besar aku dapat rasakan bahawa semua cerita nenek itu adalah cerita rekaan semata-mata. Tak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah mati.


Bilik air di rumah nenek nun jauh di bawah. Kalau malam-malam terasa hendak melepaskan hajat, terpaksalah turun ke bawah berpandukan cahaya pelita yang malap-malap ataupun lampu suluh. Memang terasa susahnya terutama selepas mendengar cerita yang menakutkan dari nenek. Walaupun nenek ada menemankan, dia tetap menakut-nakutkan aku sambil tergelak-gelak.




Takut. Aku memang penakut orangnya. Aku rasa semua orang juga ada perasaan takut ini. Bezanya cumalah degree ketakutan yang ada pada setiap orang. Sebenarnya aku nak menyentuh sedikit pasal rasa takut tetapi menyeleweng sekejap ke kisah silam.


Rasa takut memang dah ada sejak lahir lagi. Dan rasa takut itu berubah-ubah mengikut fasa kehidupan yang kita lalui. Bayi akan menangis bila diambil oleh orang yang mereka tidak kenali. Toddler akan menangis juga bila diajar tidur berasingan daripada ibu bapa. Kanak-kanak tadika ramai yang takutkan bayang-bayang dan kegelapan. Anak-anak yang masuk ke sekolah juga takut tidak mendapat kawan.


Anak-anak gadis takut tidak mendapat pacar. Ada juga yang takut tidak dapat menyesuaikan diri dengan perubahan semasa, tidak diterima dalam kumpulan. Ada juga yang takut tidak dapat memenuhi kehendak ibu bapa yang mengharapkan mereka berjaya cemerlang dalam pelajaran. Pendek kata, alam remaja berserabut dengan ketakutan. Ketakutan yang dihadapi oleh remaja itu sendiri dan ketakutan yang dialami oleh ibu bapa kepada remaja-remaja tersebut.

Aku, dalam umur sebegini masih berasa takut. Takut menghadapi hukum alam. Dan yang paling aku takut, aku pergi dengan amalan yang tidak cukup untuk dijadian bekalan.


8 comments:

Kak Ezza@makcik Blogger said...

dalam umur macam gini kak pah,ketakutan lain yang datang...takut tak cukup bekalan nak di bawak....
cucu buat apa hari ni kak..ado nangis tak..malam malam tido ada jaga tak dia...

NouroulSuhaimi said...

kakpah.. rumah limas tu apa ek?

Mak Su said...

maksu dibesarkan oleh ayah, pak imam dan emak - dan depa tak pernah cerita2 bab hantu. kalau cakap benda takut2, nanti kena pelempang lima. ahaks.

dulu maksu berani giler, masuk utan, jalan malam2 sowang2 kat luar. skrg jadik penakut, sbb banyk tgk cerita nek nak...uwaaaa

Nizam.Ariff said...

Aku takut org pompuan...
Caya tak?

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ said...

kak pah salam
date outing terpaksa ditukar atas sebab tertentu.....

25 May kak......

ibundo said...

ezza, hah.. tu yang takut tu.
cucu? baik-baik je. malam tidur lena nampak e.

cok, apa kata ko google je. kang panjang labar lak kang kpah tulis hehe..

maksu, weh.. caya la. skang ni pun memang banyak nau citer hantu ek.

nizam, kau takut pompuan? ahaks.. nak caye ke tak nak ha.

dila, aha.. kena tengok diary dulu. kalau ok, kpah join.

kakngah said...

maso kekocit dulu sy berani gk. takat nk g jmbn bakang rmh memlm buto, no hal. tp.. jgn skrg. tgk cito waghih jari hantu toghuish tak sidai bj mlm tu. padohal tompek sidai dlm gumah gak.
naik kincir funfair pn sy takut gak. kocut tali pusek. lun laei naik cable car. maun x bedaghah muko nahan comeh.

ibundo said...

kaakngah, hehe.. tak sangko lak kau ponakut yag amek he..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...