Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Thursday, April 9, 2009

Tuah Itu Kepunyaan Siapa?

Aku pelik betul. Tiap kali ada acara cabutan nombor bertuah mesti nombor aku tak kena cabut. Memang dari zaman sekolah sehinggalah ke zaman beranak pinak. Sebab tu kalau aku ke majlis dan ada pula cabutan nombor bertuah (sekarang orang dah panggil rezeki untuk siapa. Lagi sedap nak sebut) aku memang tak kesah kerana dah tahu dah memang nombor aku tak kena panggil.

Sehinggalah lebih kurang tujuh lapan tahun yang lalu sewaktu aku menghadiri satu majlis, dengan tak disangka-sangka nombor aku disebut-sebut. Aku dah nak balik pun masa tu dan kawan yang bersama aku masa tu menyinggung tangan aku:
"Dia panggil nombor engkau la".

Selepas itu setiap kali ada acara rezeki untuk siapa, aku pun dapat rezeki juga. Tak mis. Dan aku ingat tuah aku sudah berubah sepenuhnya. Rupa-rupanya panas tak sampai ke petang kerana tengahari je dah hujan. Tuah aku berubah semula 360 darjah. Jeritlah nombor banyak mana pun, mesti tak ada untuk aku.

Macamana kita nak tahu kita ni ada tuah ke tidak ye. Tak macam ayam, tuah nampak kat kaki. Tapi bertuah ayam pun akan kena sembelih juga.

Kita tak boleh nafikan setengah orang mempunyai rezeki yang amat murah. Selalu mendapat ganjaran yang datang dari sumber yang tak disangka-sangka. Kadang-kadang kita rasa cemburu juga apasal asek dia yang dapat padahal kita juga mempunyai peluang yang serupa. Itulah rezeki namanya. Rezeki dia bukan rezeki kita.

Tahun lepas anak murid aku memberi aku satu kejutan.
"Ummu, semalam kan ayah saya dapat hadiah kereta" kata puteri gunung ledang dengan bangganya.
(Sebenarnya nama dia puteri nurul aishah. Aku suka menyakat dia dengan panggilan puteri gunung ledang. Tiap kali aku panggil dia dengan nama itu dia kan meregus..
"Ala ummu ni... kita tak suka tau....")

"Ayah awak dapat hadiah kereta? Dapat kat mana?" Aku pun dah teruja nak tahu. Ish.. kereta kat rumah dah berderet, dapat sebijik lagi. Tak boleh jadi. Mulalah setan mengapi-apikan aku dengan rasa cemburu.

"Dekat petronas......"

Waktu tu kan petronas ada menganjurkan satu peraduan yang memberikan banyak hadiah lumayan dan di antara hadiah itu ialah kereta. Dalam hati aku mestilah dia dah menang peraduan yang itu.

"Ayah dapat dua bijik!.."

Eh.. eh, dua bijik? Keterujaan aku megendur. Biar betul budak ni. Sebijik aku boleh percaya tapi kalau dua biji?

"Dua? Betul ke ni"

"Betul ummu. Kereta tu besar macam ni........". Dia meletakkan kedua-dua tangannya ke depan, tapak tangan saling hadap menghadap. Jarak di antara kedua tapak tangan lebih kurang enam inci.

Ek ele... kereta mainan rupanya. Tapi itupun rezeki juga kan. Orang yang tak ada rezeki, habuk pun tak dapat.

21 comments:

julietchun said...

sama ler kita kak jarang nak bertuah. Pegilah kat majlis ape pun kalo bab cabutan bertuah ni tak penah dapat padahal sebelum kuar umah tu macam2 doa baca,kekekee.

ASH said...

Kakpah..
tu namanya REZEKI kakpah dah cukup banyak dah..he he he...

Ms.Lilies said...

hihihi...saya pun gitu kak...xde bertuahnya nombor2 ni...sure x dpt

fazemy said...

Itulah..rezeki masing2. Jeles betul dgn rezeki org yg sng2 je dpt BMW sebijik.

Kak Pah buatlah cabutan bertuah kat blog kak pah ni. Biar saya menang. haha.

sakurasa 2 said...

kakpah
sakura juga bukan diantara orang yang bertuah...

Mak Su said...

saya pun tak berapa ngam ngan encik tuah, susah nak menang apa2 pun... huhuhuu, till now... huhuhuhuhuhuhuh(nangis lagi)

iina said...

Kono lotak namo tuah lah kak.. gerenti bertuah hehehe ;)

Alah den pun selalu tak dpt gak no bertuah.. takpo kak tuah kito ado kek bondo lain.. ;)

Tijah said...

tu la..tunggu2 gak bila la nak menang BM tu. huhuhu

ibundo said...

juliet, akak nak bagi petua kat engkau pun, ko paham-paham je la ...

ashley, eh ye ke.. masin mulut hang

lilies, nombor je yang bertuah, orangnya tak bertuah he..he..

fazemy, tu la pasal. orang senang-senang je dapat hadiah kretaa. kita telopong je nengok.

sakura, sama la kita ye..

maksu, huhuhuhu... menangis takdak lagu.

ibundo said...

ina, tapi hang tuah tu tak jugak bertuah sebab yang bertuah tu hang, bukan dia wakaka..

tijah. kau kok dapek bm kau bagi kek akak yo.

Nizam.Ariff said...

Kalau akak nak kepastian tentang tuah, aku syorkan akak buat satu eksperimen ringkas, camni:-

1. Ambil sehelai kertas putih, akak koyak kepada 10 bahagian sama besar.

2. Akak tulis nombor 0 sampai 9 pada setiap helaian kecil dan gulung baik-baik kesemuanya.

3. Akak masukkan ke dalam kotak dan goncang.

4. Akak fikirkan satu nombor dari 0-9 dalam kepala, kemudian akak seluk dalam kotak dan ambil satu gulung kertas.

5. Akak tengok, sama tak nombor tu? Akak ulangi sampai 10 kali. Setiap kali akak buat, akak rekodkan hasilnya.

6. Secara statistik, berapa kali akak dapat yang betul?

7. Kemudian, secara statistiknya, kira berapa kali yang akak mis satu nombor.

8. Ulangi setiap hari untuk 10 hari dan lihat kalau ada kemajuan.

9. Bila dah ada sedkit kemajuan, masa itulah akak telah bersedia untuk masuk Peraduan Petronas!

0. Peringatan: Jangan gunakan kaedah ini untuk teka nombor ekor pulak...!

Yunus Badawi said...

saya pun mmg jarang dpt hadiah cabutan bertuah. Ada sekali tu kawan nak balik bagi saya no dia terus naik - dpt toaster. Nak harap no sendiri naik, hampeh. huhuhu

lupekanje said...

acik pun gitu gak kpah oooi...tapi acik pujuk ati... belom rezki aku...mungkin Tuhan nak bagi rezki yg lebih besar dari adiah rezki utk saper tu...hehehe..sama gak kalu mancing, tk dapek ikan...
centu gak la...agak eh ada ikan lebih besar nnt utk aku...haa... betui tak caro pujuk ati tuh??

kakpiah said...

muahaha!! saya yg baca entri nih pon dah mula nak jeles..
skalik keta mainan..
:D

Tijah said...

bz balut adiah ko kak pahh??? sonyapppp yo....

ibundo said...

nizam, terima kasih je la nizam oi sebab bagi cadangan yang panjang lebar. jawapan akak, tak do kojo den, haha..

yb, sejuk hati kpah bila dengar yang orang pun ramai yang macam kpah ni ha.. he..he..

acik, iyo la tu cik. nak tunggu joki yang lobeh bosa la tu. Acik po'i la mancing kek carefour tu, gerenti dapek ikan bosa punyo.

piah, kete mainan pun akak tak penah dapat tau he..

tijah, iyo jah oi. bopoluh kotiak bungkuih hadiah ni ha..

ckLah @xiiinam said...

ckLah pernah masuk Supemarket...
tiba-tiba ada maskot menghampiri ckLah...dia kata cklah berta..
Dapat Hair dryer freee...

Pernah masa ckLah jd MC sebuah majlis hari keluarga, masa nombor ckLah tak naik-naik...ckLah ketengahkan hadiah yang kecik-kecik dulu...

Time nombor ckLah naik...ckLah huloq hadiah yang best kepada tukang cabot nombor tu...he..he...ckLah membertuahkan diri sendiri...

ckLah @xiiinam said...

Lagi satu kan kakPah...he..he...nak menyohor...
ckLah pernah dapat hadiah ...henpon gedabak...
Menang kuiz Jejak Rasul Siri 1 dari TV 3.....ada lagi henpon gedabak zaman dedolu tu cklah simpan...

ibundo said...

cklah, eee.. jelesnye kita. macamana cklah boleh betuah macam tu ha? boleh bagi petua ke.

lupekanje said...

ckLah sungguh menjeleskan owang laen...dusyummmmm....herkkk...haarrrkkk.. nahhhh.....amek kau... hehhehe..

ckLah....insyaAllah pasni menang adiah mekropon gedabak pulak...gi jadi MC memana, blh bawak skali...muahahhaa

aNIe said...

Memang lah kak pah...ada orang ...rezeki dia melimpat ruah...macam ada sorang blogger tu siap war2 kat blog dia ada kawan dia nak jual perdana...menang peraduan petronas....dan itu kereta kedua dia menang...pernah menang kereta jugak sebelum tu...

Tuah orang kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...