Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Saturday, May 30, 2009

ADA MAKNA TERSEMBUNYI

Jangan percaya dan terima bulat-bulat setiap jawapan kepada soalan yang diberikan. Kena kaji dan selidik terlebih dahulu.

"Kau jadi datang ke tak jadi ni!!"
"InsyaAllah"
(Sebenarnya tak datanglah tu)


"Kau dah kat mana sekarang ni"
"On the way.. on the way"
(Sebenarnya masih kat rumah lagi baru nak pakai baju)
ataupun

"Dah nak sampai dah ni"
(Sebenarnya separuh jalan pun belum)


"Kau nak tunggu aku kul berapa"
"Aku datang kul 3"
(Sebenarnya pukul tiga tu baru stat injin kereta)


"Tshirt yang saya oder ni bila boleh siap"
"Dua minggu lagi siaplah"
(Sebenarnya dia kata "kau oder je lah. Pastu kau tunggu je lah" )


"Adik, kemas billik tu"
"Kejap"
(Sebenarnya tunggulah habis main game ni. Petang kang baru kemas)


"Hello.. hello.. hello..kau tak dengar ke apa aku cakap!!!"
"Tak dengar.. tak dengar... line aku tak clear lah"
(Sebenarnya dia kata "kau bla je lah. Aku malas nak layan kau lagi ha. Aku ada keje lain nak buat)
.
.
.
.
.
.
.
Haih... cuti dah mula dah ni.
Kemana kita nak jenjalan ni tuk.
Ha? nak pergi Istanbul?
(Sebenarnya atuk kata uwan duduk je lah dendiam kat rumah main ngan faris tu. Atuk ada fieldwork ni.)
Haihhh!!!!!

11 comments:

ashley said...

Uwan majuk ke tak dapat gi ISKETAMBOLA TU??
..FIELDWORK??
ada makna tersembunyi apa..
ha ha ha...


oooopppss
taknak kacau..taknak kacau!!

Yunus Badawi said...

Kefahaman kakpah dgn saya tentang makna tersembunyi tu macam sama aje hehehe.

Jauh kakpah nak pergi bercuti? Kalau mcm tu saya pun nak bawak keluarga ke China . . .

. . .

. .

.

Chinatown kat Petaling Street tu hehehe

lupekanje said...

jago faris yo lah uwannn....lagi sonok....
nak gi mano pepaneh nih. ong kawen bukan la maen ramainyer...

kakngah said...

uwam basuh CD faris yo..... wakakakka!!

Nizam.Ariff said...

Cuti-cuti banyak kenduri kendara. Field work tu ada kaitan tak dengan yg ni?

Monkey D Luffy said...

memahami maksud tersirat ni

kakpah said...

ashley, tak dapat gi istanbul dapat makan ketam ball pun cukup la.
haha..
aku nak ikut tapi maleh plak. Stakat gi melaka baik duk rumah je. Report card pun belum siap isik lagi.

Yb, hehe..
Kpah pun dah betahun tak g petaling street ni. Okay gak ar ronda-ronda cuti sekolah.

acik, harini ada konduri. Besok ado konduri. Minggu dopan ado konduri. Camano nak diet ni..

kakngah, cd lum dapek camano nak basuh. Copek poskan.

nizam, kang tak pasal-pasal je kena kelengkung ko kang. Ni tengah bekipas ni sebab makan daging kenduri banyak sangat. Dah berasap-asap dah ni grrr...

kapten, err gitu lah

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

bagus kupasn kakpah..ha ha ha..

kadang2 buat gak..
selamat menjaga faris...dan semoga faris juga selamat..h h h

ku tak sempurna said...

Sebenarnya atuk kata uwan duduk je lah dendiam kat rumah main ngan faris tu. Atuk ada fieldwork ni

MAKSUDNYA

bagila can atuk nak cuci mata ngan awek istanbul tu
.
.
.
.
.
.
.
ekekekeke

kakpah said...

cikgoodin, hehe...

kts, atuk tu gi istanbulamelaka je hikhik...

AZANI said...

yang tersirat balik yang tersurat..hah aha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...