Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Thursday, May 14, 2009

GURU KESAYANGAN

Kalau ada yang tanya siapakah guru kesayanganku, aku akan jawab 'abah'.

Abah masuk belajar di Maktab Perguruan Sultan Idris pada tahun 1942. Sama batch dengan Ghafar Baba. Beberapa bulan selepas belajar, abah berhenti sekejap sebab perang. Habis perang, abah sambung balik sehinggalah tamat mendapat sijil perguruan.

Pada zaman abah dulu budak-budak belajar sampai darjah enam sahaja. Tak ada sekolah menengah. Habis darjah enam, masuk pula sekolah khas untuk menentukan arah tuju. Abah dapat tawaran ke MPSI. Kira terer jugalah abah.


Bila aku berumur lima tahun, abah sudah pun menjadi guru besar. Oleh sebab emak sibuk ke sawah, abah membawa aku ke sekolah. Aku masuk darjah satu semasa umur baru lima tahun. Masa tu abah ajar aku BM. Aku belajar apa yang budak-budak darjah satu belajar. Kalau nak tahu, masa tu masih ada lagi papan batu. Mungkin ramai yang tak tahu dan tak kenal.

Tahun-tahun selepas itu aku ikut abah berpindah ke sekolah di mana abah menjadi guru besarnya. Abah menjadi guru besar aku dari aku darjah satu sehingga darjah enam. Dan abah juga menjadi guru BM aku.

Jadi, pada tahun-tahun permulaan aku mengenal huruf, angka, menulis, mengira dan juga ilmu-ilmu yang lain, abahlah guru utama aku. Memang patut kan kalau aku sayang abah lebih?

Sekarang umur abah dah 85 tahun. Masih lagi memungut pencen di bsn. Memang jasa abah banyak dalam melahirkan insan bijak pandai. Dan sampai sekarang gelaran cikgu masih melekat pada nama abah.

Abah!! selamat hari guru.

20 comments:

Ms.Lilies said...

selamat hari guru kak pah

Ungku Nor said...

selamat hari guru untuk abah jugak!

Ungku Nor said...

untuk akak jugak..hehehe

pB said...

Guru memang pekerjaan yang mulia ....


tapi syg sgt sgt sebab sekarang anak anak tidak pandai menghormati guru

KTS said...

dah 85 tahun??

boleh jadi BAPA segala guru..

selamat hari guru untuk abah dan kakpah..

jasamu dikenang.. :D

Anonymous said...

Slamat hari guru buat rakan-rakan semua.....

Terima kasih kerana mendidik anak-anak kami dan anak-anak bangsa kami....

julietchun said...

memang kakpah ni nak abah. Selamat hari guru untuk abah dan kakpah juga.

kakngah said...

camno ek goman papan batu tu... ado cnth tak??? sy xponah nengok laei...

aNIe said...

Selamat Hari Guru buat Kak Pah dan abah Kak Pah...memang guru adalah kerjaya yang paling mulia...

Gelaran guru akan terus digunakan biarpun telah meninggalkan profesyen tersebut...

Anonymous said...

selamat hari guru kak pah tewww.. salamms

lupekanje said...

slamat ari guru kat abah kpah..

ASH said...

tima kasih semuaaa
ye tima kasihhh...

he he he...
SELAMAT HARI GURU untuk AKU!!
kui kui kui..

oh ye...
terima kasih Cikgu UMMU kerana ajar anak saya!..
ke cikgu dah MONTENG ngajor sekarang?

Tijah said...

selamat hari guru utk semua guru2 seunibers...

ikhlas dr
tijah & kak nor

hehehe. see KU..aku buatkan wish pok kau sekali. baik kan?

Nizam.Ariff said...

Selamat Hari Guru..




(bila ha?)

ASH said...

Nizam,
16 MEI la wehhhh!

ckLah @xiiinam said...

guru kesayangan cklah pun bapak cklah...


ustaz Z...



Selsmat Hari guru kak Pah.../bebudak panggil umi ek?

iina said...

yo kak selamat hari guru kak.. ;) sok2 dapeklah hadiah memacam dari anak muid yo.. milo 3 in 1 pun gerenti ado hehehe ;)

Kapten Luffy said...

sebak baca entri ni

bila jd guru... selamanya guru ;)

ibundo said...

Ms lilies, tenkiu

ungku, tenkiu

pb, budak sekarang tak macam dulu-dulu. budak dulu tengok cikgu je kecut..

kts, tenkiu

aryani, tidak ada bijak pandai kalau tak ada guru.

juliet, tenkiu

kakngah, ekau google jo lah. akak pun dah tak ingat. Lobeh kurang macam papan hitam tu lah tapi kocik yo.

anie, tenkiu

yang insaf, tenkiu

ibundo said...

acik, tenkiu

ashley, selamat hari guru la kat hang.

Tijah, tenkiu

nizam, apasal lah hang ketinggalan ni..

cklah, tenkiu. Selamat hari guru gak pada cklah.

ina, yes tenkiu. Kau taknak bagi kpah cokolat ko .

kapten, gelaran cikgu akan kekal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...