Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Saturday, May 9, 2009

Ibu Ratu Hatiku

Dah dua tahun lebih mak pulang. Aku rindu pada mak. Sempena hari ibu ini rinduku makin membuak-buak. Hanya kenangan bersama emak saja yang menjadi ubat. Aku doakan mak baik-baik saja di sebelah sana. Aku sentiasa doakan. Semuga Allah terima doa aku itu.

Rumah baru mak tak jauh dari rumah kita. Mak pun tau kan? Tapi rumah kita dah tak ada penghuninya. Dah tinggal begitu saja. Abah dah tak duduk di situ lagi. Mula-mula emak pergi dulu, abah tak mahu berjauhan dari emak. Emak taukan yang abah mengulang ke rumah mak sampai berbelas hari? Hari-hari abah ke situ. Abah bawa yasin dan air satu jag. Abah bacakan yasin. Air yang abah bawa itu abah jirus ke tanah di atas tempat tidur mak. Mak terasa sejuknya kan?

Aku kesian pada abah. Abah tak pernah berpisah dengan emak. Mula-mula abah tak dapat menerima kenyataan yang emak sudah tak balik-balik lagi. Dulu bila mak pergi hospital berminggu-minggu, mak balik. Bila mak pergi lagi berminggu-minggu, mak balik. Tapi mak balik dari hospital yang terakhir kali, mak balik sekejap saja. Sekejap sangat. Lepas tu mak pergi lagi. Pergi tak balik-balik. Abah sedih. Aku pun sedih.

Aku kesian bila abah tinggal seorang diri di rumah besar itu. Aku pujuk abah supaya tinggal bersama aku. Lama-lama abah mahu juga. Itupun setelah setahun tinggal berseorangan. Mak ada balik ke rumah kita? Mak janganlah bersedih bila rumah itu sudah tidak berpenghuni. Kami selalu kembali ke situ. Kemas-kemaskan rumah. Tentu emak pun tak mahu abah tinggal seorang kan? Kesian abah. Tak ada orang nak uruskan makan pakai dia.

Mak, semalam kami balik lagi ke rumah kita. Bila aku ke bilik air, aku terbayang ketika mak dimandikan. Mak terbaring kaku di atas usungan yang diletakkan di luar bilik air itu untuk dimandikan. Mak senyum. Seolah-olah emak katakan pada aku yang akhirnya mak tidak menderita lagi. Aku gosok badan mak semasa memandikan emak. Aku gosok perlahan-lahan kerana aku tak mahu mak berasa sakit. Sudah lama sangat mak sakit. Berbelas tahun. Sabarnya mak menanggung derita itu. Tidak sekalipun aku mendengar mak mengeluh. Mak tersenyum saja. Mak, aku rindukan senyuman mak itu. Senyumlah lagi mak. Datanglah dalam mimpiku.

Semasa aku mengemas di dapur, aku terbayangkan mak di situ sedang menggulai lauk. Aku suka masakan emak. Emak masak sedap. Sedap sangat pada tekak aku. Emak pun tahu apa yang aku suka makan. Bila emak masak ayam, mak akan ketepikan bahagian pehanya untuk aku. Kalau emak masak udang galah, emak akan tinggalkan yang besar-besar untuk aku. Emak akan tengok aku makan penuh selera.

Bila aku dah beranak pinak pun aku selalu merengek nakkan masakan mak. Bila aku nak balik ke kampung, aku akan menelefon emak: Mak, tolong masakkan sambal tempoyak daun kayu. Ataupun, mak tolong masakkan ikan sungai dengan bacang. Ataupun, mak tolong masakkan ikan dengan daun pucuk gelugur. Aku bukannya bermaksud untuk menyusahkan emak tapi aku terlalu suka sangat dengan masakan emak. Terlalu rindu bila sudah lama tidak merasa air tangan mak. Dan seperti biasa mak tak pernah mengecewakan aku. Mak akan setia menanti melihat aku makan.

Bila mak sakit, mak sudah tidak dapat masak lagi. Makan minum mak bibik yang buatkan. Dan kadang-kadang aku juga yang buatkan sekiraya aku balik menjenguk mak. Tapi tak sama kan mak? Mak masak sedap. Bibik masak biasa biasa saja tapi aku tengok mak dah tak kesah. Makan mak pun dah tak banyak. Tapi kadang-kadang bila kami sebok di dapur, mak pun nak datang tengok juga. Mak nak tolong-tolong juga walaupun mengupas kulit bawang. Tapi nak kupas bawang pun mak dah tak boleh buat. Tangan mak tergigil-gigil.

Semasa masuk bilik solat untuk solat zohor, aku terbayangkan mak bersembahyang sama. Aku masih teringat masa-masa awal emak diserang penyakit. Semasa solat di sebelah emak, badan mak tergigil-gigil dan bergoyang-goyang. Kemudian baru kita dapat tahu rupanya emak diserang parkinson. Sejak itu emak sentiasa ditemani mardopa. Tanpa dadah itu badan dan tangan mak akan menggigil tidak berhenti-henti Aku kesian melihat emak begitu.

Di bilik solat itu jugalah mak dibaringkan untuk kali terakhir sebelum mak dibawa pergi jauh meninggalkan kami. Aku sentiasa di sisi emak. Aku baca yasin dan alQuran dalam suara yang serak dan sedan. Kejap-kejap aku buka kain yang menutupi muka mak. Aku tenung, aku peluk dan aku cium. Aku buat sepuas-puasnya sebab aku tahu aku takkan dapat lagi mencium mak. Aku baring di sebelah emak. Aku peluk mak. Aku peluk mak puas-puas sebab aku tahu aku tidak akan dapat lagi memeluk mak.

Semasa mak dikafankan, aku setia duduk di sisi mak. Aku bantu memakaikan pakaian mak yang cantik putih bersih itu. Aku menangis perlahan-lahan. Bukan tidak redha. Cuma aku tahu yang aku akan menanggung rindu tak berkesudahan. Aku seka air mata yang meleleh bila mahu mencium mak buat kali terakhir kerana orang kata tak baik bila air mata jatuh menimpa kulit orang yang sudah tidak ada. Sakit. Air mata aku tak tumpah ke atas kamu kan mak?

Bila emak sudah siap dikafankan dan mahu disembahyangkan, aku peluk lagi mak untuk kali terakhir. Aku tak mahu lepaskan mak sehinggalah angah mengangkat bahuku. Payah benar untuk aku lepaskan emak. Sebab aku tahu aku sudah tidak dapat memeluk emak lagi selama-lamanya. Ah.. rindunya aku padamu mak.


Bila aku melihat kerusi roda yang tersandar di tepi dinding aku bayangkan mak duduk di atasnya. Berbelas tahun mak duduk di atas kerusi roda itu. Adakalanya mak terjatuh, terduduk di atas lantai bila mak cuba-cuba bangun sendiri. Tentu sakit. Menambah sakit yang sedia ada. Tapi mak tetap senyum juga. Tabahnya hatimu mak.

Pada satu pagi raya aku bersalam dengan emak. Aku mintak ampun pada mak atas segala apa juga kesalahan yang aku dah lakukan. Kalau-kalau aku ada menyakitkan hati mak. Mak cakap perlahan-lahan " tak ada apa salahnya kau". kemudian mak sambung lagi "Mak ni dah tak ada gunanya lagi dah". Mak!! hati aku menjerit bila emak cakap macam tu. Aku peluk mak erat-erat. Mak ratu hatiku dunia dan akhirat. Macamana mak boleh beranggapan begitu.


Mak, di hari-hari akhir mak, mak macam dah berserah. Mak dah penat menangani parkinson. Mak juga penat menangani osteoporosis. Mak juga penat menangani darah tinggi. Yang terakhir, mak diserang penyakit kulit yang jarang-jarang dihidapi orang. Penyakit itu rupanya bukan menyerang kulit luaran saja tetapi juga organ dalaman. Hampir setahun juga mak mengidapnya.

Semasa mak menerima rawatan di pantai mak seakan tahu yang masa mak sudah hampir sampai. Mak selalu memandang aku dengan pandangan yang tidak berkelip-kelip tidak mahu melepaskan. Bila aku tanya kenapa, emak kata tak ada apa-apa. Tapi hati aku selalu tidak sedap rasa. Aku kesian tengok mak yang tidak boleh bernafas sendiri. Aku kesian tengok mak tak boleh berkahak sendiri. Tekak mak sentiasa dirodok untuk mengeluarkan kahak. Kadang-kadang mak kata, sakit. Sayunya hati aku mak. Tapi kahak terpaksa dikeluarkan. Aku kesian tengok mak tak boleh menelan makanan. Perut mak ditebuk untuk memasukkan susu. Sayunya hatiku mak. Tangan yang selalu memasakkan untuk aku, tidak lagi boleh menelan makanan walaupun aku suapkan. Hati aku sayu tapi aku tak mahu tunjukkan pada mak. Aku tak mahu mak cepat mengalah. Tapi mak tahu yang mak akan pergi.

Semasa mak dikeluarkan dari hospital, aku temankan mak di dalam ambulan. Mak ingat kan? Kemudian bila sampai di rumah kita mak dibaringkan di atas katil yang abah sediakan. Emak baring di situ, menunggu masa. Tidak lama mak. Belum sempat subuh mak dah pergi meninggalkan aku dan abah. Emak pergi dengan aman. Emak tinggalkan derita emak. Pergilah mak. Aku akan jaga abah macam mak jaga abah. Mak berehatlah di sana. Aku doakan kesejahteraan mak. Abah juga.

Mak, Selamat hari ibu. Mak lah ibu aku dunia dan akhirat. Aku tetap akan merinduimu. Jenguk-jenguklah aku dalam mimpi.

Anakmu.



23 comments:

ckLah @xiiinam said...

Sebuah alergori yang menginsafkan...
bagi seorang anak yang masih punya ibu seperti ckLah....




al-fatehah buat marhumah....

lupekanje said...

errr...speechless..sbb acik tidak sebaik anak2 yg lainn...tidak sebaik kpah....aperkah ?

Ya Allah, bukakan hatiku agar menjadi anak sebaik KPah ini..
Jiwaku kasar dan tidak seperti kpah dan kalian yang lain...

sebab itu, aku tidak akan hairan jika aku akan diuji dgn anak2 ku kelak...

terima kasih kpah...atas kisah sendu ini...moga akan sedikit sebanyak, akan melembutkan hatiku yg keras ini.

Alfatihah untuk arwah ibu kpah...moga ia aman di sana..

Kak Ezza@makcik Blogger said...

kak pah

selamat hari ibu...

saya baca entry ni dengan airmata....

kakngah said...

selamat hari ibu. semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-fatihah.

aza ni said...

semoga rohnya dicucuri rahmat
sebak terasa, setiap huruf setiap noktah setiap baris aku lalui sampai ke ruang komen
Al Fatihah.

Tijah said...

i cried...

alfatihah buat arwah!

ASH said...

Kakpah,

...kenapa saban hari aku rasa macam mak aku dah tak kisah lagi pasal kami..
....mungkin sebab mak aku dah sibuk dengan .......

.....sob sob sob...

Ms.Lilies said...

uwaaaa sedih sgt baca ni....Al Fatihah buat arwah....selamat hari ibu utk k.pah....

Unknown said...

salam..minta pendapat/komen/nasihat dan etc untuk isu kes anak drhaka/siapa brsalah/punca terjadinya sempena sambutan hari ibu nanti di blog saya...tq

iina said...

selamat hari ibu kak pah.. waa.. waa den nangis baco cito kak pah nie.. nitik airmato den kak..

Semoga arwah omak kak pah senantiaso dlm limpahan rahmat Allah s.w.t.

kak.. anak2 xdo celebrate ko hari ibu nie?? ;)

Nizam.Ariff said...

UUUUWAAAAAAAAAAA......!!!

siti_m said...

kak pah
rindunya pada mak kan bila mak dah tak de... faham sangat apa yang dirasai dan dilalui oleh kak pah...
kita sedekahkan al-fatihah kepada ibu-ibu yang telah kembali kepadaNya

Kapten Luffy said...

sedih

alfatihah

Anonymous said...

alamak..syahdu la plak pagi2 nih.huhu

Selamat Hari Ibu mak!

ibundo said...

kepada semua sahabat kakpah ucapkan selamat menyambut hari ibu.

kepada ibu-ibu dan bapa-bapa yang masih mempunyai ibu, hargailah mereka semasa masih ada kesempatan.

Kepada anak-anak yang belum menjadi ibu, hargailah ibu kamu sekiraya kamu mahu bakal anak-anak menghargai kamu.

Normi Hj Mat Yusof said...

sayu hati saya kak pah....

Unknown said...

Salam Kakpah,

Apa khabar? Ini merupakan kali pertama saya ke blog Kak Pah dan saya ingin mengatakan bahaway Kak Pah memang blog dengan penuh perasaan..

Mata airku mengalir semasa membaca entry ini dan saya mengingati ibuku yang meninggal 37 tahun dulu. Hingga hari ini, saya rindu mak saya dan saya boleh empathize dengan Kak Pah kerana bapakuy meninggal 18 bulan dulu dan setiap hari, I still miss him.

Nampaknya, Kak Pah has a very deep heart and an endless supply of love. Maaf kerana saya tidak begitu fasih dalam BM. But I really cried when I read your entry and still crying now. :(

Thanks so much for this fantastic post. I am glad to know you this way via blogging. Thanks so much also for visiting and following my blog.

I have posted lots of stuff in both my blogs for Mother's Day...do visit if you have time.

SELAMAT HARI IBU!!!

Saya percaya Kak Pah merupakan ibu dan isteri yang baik kerana legacy ibu Kak Pah...May your children and grandchildren carry on the tradition of loving with all their hearts like you do...

Salam.

KOHANNAN said...

cek pah,

den menangis bila baca tulisan ni. Ingatkan arwah. Muga allah mencucuri rahmat dan keampunan kepadanya. AMEN.

arsaili said...

salam sebak baca entry ni..mengajar saya agar lebih menghargai emak yang masih ada...semoga ALLAH sentiasa merahmati semua ibu dan al fatihah buat yg telah pergi

tasekM said...

:(

selamat hari ibu, kak.

ibundo said...

All, thanks for your comments

Unknown said...

selamat sejahtera ke atas arwah bonda kak pah yang dikasihi..amin.

suecosta said...

huhu
walaupun lmbat bc entry post ni...
tp,bl bc....berbekas di hati...
huaaaaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...