Masa aku menuju ke pasaraya bintang di warta, seorang perempuan menahan aku. Seperti terpukau aku memberhentikan langkah dan beralih ke boothnya yang terletak di tengah ruang orang berjalan.
(Kenapa ruang untuk orang mundar mandir di kebanyakan shoping kompleks dipenuhi dengan gerai-gerai kecil. Di situlah orang nak jual kopi, minyak, alat-alat solek, tudung, baju dan macam-macam yang tak perlu aku ceritakan kat sini. Aku terpikir satu je. Kalaulah berlaku kebakaran di kompleks tu, kan ke gerai-gerai tu perangkap maut.)
"Kak, cuba akak berdiri tegak. Depa tangan akak mcam ni. Lepas tu akak pusingkan badan akak ke belakang. Pusing badan je kak. Kaki tak yah pusing."
Aku buat macam yang disuruh dan aku pusing setakat yang aku mampu.
"Cuba akak pegang ni pulak" dia menunjukkan sebungkus benda dan menyuruh aku menggenggamnya.
"Sekarang akak depa tangan macam tadi. Pusing badan akak macam tadi jugak".
Aku pusing dan kali ni pusingan yang aku buat itu memang lebih daripada yang mula-mula aku buat tadi.
"Akak tau tak apa yang akak pegang"
"Tak tau". Manalah aku tau apekebendanya.
"Ni garam himalaya. Bila akak pegang, energi yang ada dalam garam ni berpindah ke dalam badan akak. Tu yang buat badan akak jadi lembut"
Aku mengangguk-angguk.
"Akak rendam ngan air. Ambil sikit campur dengan air satu cawan. Hari-hari akak minum. InsayaAllah boleh buang toksid yang ada dalam badan akak. Pakcik saya amalkan. Sekarang dah tak ada darah tinggi lagi dah"
"Akak tau tak, bla..bla..bla.. beli la .... pastu belah la.... bla..bla.. takda bala cari bala...bla..bla.."
Aku seluk henbeg keluar seratus ringgit. Sampai sekarang garam tu terjelepuk kat dapur. Kang aku masukkan dalam gulai kang mahu pulak semua orang terlebih energy.
Senang sangat ke ni nak kena kelentong ngan orang?
21 comments:
kakpah
cuba masukkan garam tu...
dalam gulai ada tak orang terlebih energy.....
he he he
Aku masak guna garam batu. jenama Halalgel
Memang ada energy...
Energy nya macam energy garam.
malas nak layan.. selalunya buat tak tahu je dgn mereka ni..
sbb org perempuan mmg mudah cair.. mudah kesian..
psssttt... cuba la.. amalkan.. alang2 dah beli.. jauh mari tu.. himalaya sana.. bukan senang nak gi sana.. mana la tau, mmg boleh terlebih energy.. hik hik hik
kakpah:mungkin lah kot, sebab garam bukit yang saya pakai untuk rendam kaki yang lenguh berkesan, ini lagi lah himalaya, tinggi tu 29,002 dari aras laut, lagilah powernya kot.
kalo nak rendam kaki ngan garam tu ajaklah hasben sekali, romantis gitu,ekekekkeke.
sazah pun macam ko kak. copek na cair kok ado org jual2 brg nih. buleh la geng. heheheee....
*kek umah eh tu ado teh misai kucing, teh mas cotek, teh peria..mcm2 laie la. sumo terboli la tu. hehehe
alang2 dah terbeli gunakan aja.. sy pun mudah tergoda gak... issshhh nak kena pasang perisai la bila g shopping kompleks..
dulu org jual gelang magnet, camtu gak kekdahnya....tangan jadi panjang la...buleh pusing 360 darjah la..kuat la..
pada hal...auta Karey ja..
mana garam tu?....bak mai sini. nak boh lam kopi..kut kut buleh jadi kuat..!
sakura, agak-agak kalau aku bagi bibik yang minum mau jadi robot 24 jam tak hehe..
nizam, hehe ko perli aku ke.
kts,memang aku ni mudah cair. Ni aku tengah pikir-pikir nak wat apa dengan benda tu nih.
azani, akak cuba minum skali. payau. Pas tu tak minum lagi dah. Ko bagi akak idealah. Bagus gak eh buat rendam kaki. kaki akak pun slalu lenguh-lenguh ni.
juliet, ek ele.. ape hal. Rendam kaki aku je dah le..
Tijah, hehe.. ada geng ropanya. Macam-macam boli pehtu simpan lam lemari. Nak buat sale lah..
kulna, ada jual perisai ke. Kok ada nak oder satu.
cekgoo, ko nak ke. Balik bangi sok rogerlah akak. Buleh suruh posmen gi hantar wakaka. Ko taruk dalam kopi gerenti termuntah punya..
aku dah cam konpius..
sapa yang kena pukau sobonarnya..
kakpah ke Tijah ni???
garam harga seratus???
upah ngangkat turun dari gunung tu..
Haha..itulah pandai org2 nih..kdg geram dgn diorg ni..berckp pandai..smpai kita pun pusing. Waduuuhh garam dari gunung himalaya..eceh. tak tahan. Tryla wat masak Kak Pah..kot2 makin sedap gulainya. Leh la beli lg. Seratus tu..
Betulla kata diorg tu kak pah. alang2 beli..pakai la. Mana tahu leh jd "super power"..ahaks. Dari dok ceruk je garam tu. Sian garam tu dtg jauh2 kak pah wat dekk je ngn dia. sob sob. haha
p/s: Saya pernah beli ubat jerawat..konon berkesan la hilangkan jerawat dlm masa 3 hari. tak hilang jugak blh dtg jmpa dia mintak duit. dahla sah2 takde kesan kan..pastu 3 hari kemudian dia dh blah. cis!
patut time dia suruh angkat2 tangan tu ko suakan je ketiak. mesti dia berenti mengayat.
muahahahaha....
.
mahalnya
Kak Pah...kadang2 kita mudah terperangkap dengan kata2 jurujual tersebut...tapi bila dah beli...benda yang sepatutnya kita buat kita tak buat sebab malas nak buat...hehehe...anie pun selalu camtu...
acik yg payah nk diguda....dan paling senangpun aku gak...huhu...tak rela dahh diguda dik saleman lagi...
ashley. aku ni kena pukau. Si tijah tu pulak mintak dipukau hehe..
fazemy, akak ni dah berkali-kali kena dengan jurujual ni tapi yang akak tak faham-faham sampai sekarang, masih jugak akak ni tak jeran-jeran. Camno tu...
TM, wakaka... ketiak. malu la aku...
kapten, tau tak per..
anie, tu la pasal. Beli satu hal. Nak buat tu lagi satu hal.
Acik, kakpah nak goda gak ko cik. Cik.. jom lah pergi secret resepi.. jom lah.
haritu kt pasar mlm, ada org jual cream buang koghak muko. 1 = rm15, buy 3 free 1 (eh.. cam ponah donga yo...) = rm45 dapek 4 tabung. bilo koba nk boli 1 yo... tetibo yo dio buleh bagi 3 tabung = rm30. mongak boto...
iyo kak.. den baru yo potong kuku semalam hehehehe ;)
hahaha.. kena kelentong .. heheheh kak itulah cara diorg promosi brg senang2 jek.. kita pun senang2 gak kuwa duit..
Post a Comment