Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Monday, June 29, 2009

BERSIH DAN CERIA

Semasa muda dulu aku sempat tinggal beberapa tahun di Pennsylvania. Kita selalu mempunyai persepsi bahawa orang putih mempunyai perangai buruk. Namun ada juga perangai mereka yang patut kita contohi.

Kami tinggal di perkampungan students yang di panggil University Park iaitu di pinggir sebuah pekan kecil bernama State College. Salah satu perangai orang putih yang menjadi ikutan kami sampai sekarang dan cuba menurunkannya kepada anak cucu ialah sikap tidak membuang sampah merata-rata. Aku perhatikan penduduk di pekan kecil itu sentiasa memastikan kawasan mereka bersih daripada sampah sarap. Di sepanjang jalan pejalan kaki disediakan tong-tong sampah dan tidak kelihatan sampah berselerakan di sana sini.

Kami balik dan cuba menerapkan perangai itu pada diri kami dan seterusnya keluarga kami. Oleh sebab itulah dalam entry yang lepas aku nyatakan atara barang penting yang mesti ada dalam kereta adalah beg plastik kecil untuk bekas sampah. Bila berada di dalam kereta kita mungkin makan gula-gula, menggunakan tisu, makan rambutan memandangkan sekarang ini musim rambutan. Kalau ada sampah atau kulit rambutan, kami akan masukkan ke dalam beg plastik. Kami akan membuangnya ke dalam tong sampah bila sampai ke destinasi ataupun ke dalam tong-tong sampah yang kami jumpa di perjalanan.

Bila aku lihat kenderaan di depan membaling kulit rambutan, putung rokok dan sebagainya keluar tingkap, aku akan berkata "dunia ini bukan tong sampah".

Aku kagum melihat singapura yang cantik dan bersih. Tidak inginkah kita melihat negara kita juga bersih?

22 comments:

pB said...

Salam Kak Pah

pB menyampah tul kalau tengok orang buang sampah dari kereta.

Rasa mcm nak gie overtake keter tu dan nak pekik

wehhh tak ada otak kerrr???


hi hi hi

aza ni said...

saya nak

cikMilah said...

Assalamualaikum Kak Pah,
salam kenal...selalu singgah sini tapi la ni baru nak bagi salam..:)

Salam,

Tirana said...

Hairan kenapa kita tak jadi pembersih macam orang putih padahal Islam memang menitik beratkan soal kebersihan.

Insyirah said...

Orang mcm ni kena hantar semula ke sekolah. Suh belajar apa tu kebersihan.

Ms.Lilies said...

mmg ye kan...rata2 kawan2 yg gi oversea cakap orang2 sana lagik pandai jaga kebersihan dari org kita...

Hjh Noralenna Abbas said...

Salam,
Saya pernah tinngal di State College, PA antara tahun 1986-87. Masa tu buat Masters di Penn State U.Tinggal di Executive House, Waupelani Dr.

MrsMama said...

hahaha...antar dia masuk tadika semula. Orang putih bukan takat pembersih tapi pandai hormat org lain. Ada satu kali tu saya p restoran fast food kat mesia jer...sekumpulan anak muda mat saleh ni pas makan terus angkat tray dan buang sampah2 diorg. Kenapa kita tak praktikkan perkara tu?

julietchun said...

kulit durian pun ade dorang buang merata2. skng ni kat tepi2 jalan pun byk org buang perabot lama ye, sesak napas jadinya.

tasekM said...

org mesia mmg dh jadi tabiat. aku kengkadang geram juga!

iina said...

bagus tuh kak lotak plastik sampah kek dlm keto.. amalan yg baik.. mmg byk juga perkara yang elok yang kita leh belajar ngan mereka nie.. cth ucapan terima kasih.. tak kira apa pun.. guna perkataan please bila meminta sesuatu.. nak naik bas pun beratur elok2.. idak ler berebut2.. nak masuk pintu pun.. siap leh tahankan pintu utk kito laei.. nie den ponah praktik kek uni.. last2 den lak yg kono pogang pintu tuh sampai sudah.. jdik jaga lak..

yg paling ketaralah.. berapa kerat sgt yg bagi ucapan terima kasih kat kaunter.. kat mana2 bila kita selesai dengan satu urusan.. leh kiro ngan jarilah kak.. kdg2 kita yg bagi ucapan terima kasih.. nak jawab sama2 pun tergagap2.. nmpk sgt tak biasa ;)

Kapten Luffy said...

bagus2

ibundo said...

pB, hehe jangan berani-berani pekik. nanti kena yang road bully hehe

azani, kena amalkan. Ko isap rokok kan..

cikMilah, wslm.. hehe masuklah.. kita pekena kopi secawan. Durian pun masih banyak tu.

Tirana, tulah pasal.

Insyirah, haha..budak sekolah pun buang sampah merata-rata tepi longkang. Kalau tak caye pegilah luar pagar sekolah tu, macam-macam sampah ada plastik aiskrim, plastik pembungkus buah, plastik air...

miss lilies. kesian kat kita ni kan!!!

Nora, eh orang sekampung lah kita ni ye. 83 kakpah dah balik dah.

ibundo said...

Mas, selepas diorang makan memang bawak tray pergi buang sampah. lepastu susun tray kat atas rak tepi tempat buang sampah tu. mula2 kpah balik dulu memang buat macam tu terikut2 gaya dorang. lama-lama lupa, tinggal je atas meja macam orang lain buat.

juliet, mesti orang majlis perbandaran pun lagi pening wakaka..

tasik, ada papantanda "denda kalau buang sampah", tapi orang tak takut. Sebab tak ada orang yang kena denda kot.

ina, goli plak hati donga bab kau jadi jaga pintu. haha..
tapi memang botul lah tu. kalau kito morengkek-rengkek bawak barang kek memano, ado yo orang yang nak pogangkan pintu untuk kito. Kalau naik bas plak kalau tak ado tompek duduk, ado yo budak mudo yang bangun bagi yang lobeh momorlukan duduk. Kalau kek sini, masing masing buek bangang yo.

kapten, hehe..

lupekanje said...

acik suka buang sampah dlm keter...dari campak kat luar tingkap keter tu..
biler nampak sampah dibuang dari tingkap kereta, acik akan kata, tgk org tu..tk bermoral, buang sampah merata2.!!
bagi acik, bio keter acik kotor...nnt bila nak turun, kita blh bersihkan...dari kita buang sampah merata2 sepanjang perjalanan kita..org tgk pun tk elok pangai.

ibundo said...

acik, sungguh mulia hati dan tabiat kamu cik. Apasal tak ramai orang yang macam acik ni...

Guru said...

orang-orang kita ni kurang memikir, lebih bertindak...ni khas utk orang2 yang tak peka dengan kebersihan

aNIe said...

Kak Pah...ada antara rakyat kita yang masih rendah kesedaran sivik mereka...tak malu ke mereka kalau ada kereta di belakang ternampak perangai buruk mereka tu?

ibundo said...

cikgu, kalau tak takkanlah terjadi kes dera mendera. sebab terlebih bertindaklah tu. tak pikir pun akibatnya hehe..

anie, tu yang campak kat luar kereta. yang main letak kat tepi-tepi jalan tu atau kat tepi2 kawasan rumah tu, ramai gak...

Nizam.Ariff said...

Aku musykil, segala sampah-sampah dalam tong sampah tu dia orang humban kat mana yek? Meysia yang kecil molek ni pun dah kelam kabut nak uruskan sampah, belum lagi Meysia ni besar macam US or Kanada

ibundo said...

nizam, akak tengok lori sampah dia macam shredder. sampah masuk dalam lori terus dishred halus pastu di compactkan. Tu yang akak nampak dilori sampah dia la. Pastu dia hantar kat mana akak taktau.

kuIna said...

betul tu... yg baik jadikn teladan...
sy pn sedikn plstik dlm keta spya samph dikumpul & x dibuang kelur tngkap

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...