Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Saturday, June 13, 2009

CITRUS AURANTIFOLIA

Sebut citrus aurantifolia mungkin tak ramai yang tahu. Ia adalah nama botani kepada limau nipis. Kalau di barat dipanggil lime, bangsa Sepanyol mengenali sebagai lima, sementara orang Arab menyebutnya limah.

Rasa masam pada limau nipis dan semua jenis limau lainnya, berperanan pembuang toksin terbesar dibandingkan buah-buah lain. Rasa masam dan unsur pectin yang terkandung di dalamnya membantu menghilangkan racun-racun dalam tubuh. Jika ingin melakukan pembuangan toksin, anda boleh minum segelas besar air yang ditambah dengan perahan limau nipis setiap pagi kemudian diikuti dengan segelas besar air putih setiap jam berikutnya.

Selagi tidak disebabkan oleh jangkitan di tekak atau jangkitan paru yang parah, limau nipis berkesan untuk menghilangkan batuk. Ini kerana beberapa kandungan mineral yang penting pada limau nipis seperti kalsium, pospor, potasium dan besi. Seperti diketahui, besi adalah suatu antioksidan. Ambil air limau nipis satu sudu teh. Campur dengan kicap manis. Minumlah tiga kali sehari. Cara lain untuk mengubati batuk ialah dengan memanggang limau nipis sebentar di atas api. Biarkan sebentar hingga menjadi suam-suam kuku, belah buah limau nipis tersebut, lalu langsung perah ke dalam mulut hingga mengalir ke tekak.

Maklumat ini adalah hasil daripada kerajinan akak menggoogle. Semalam minum air limau nipis special di restoren De limau nipis. Sedapnya masih terasa di lidah. Tu yang teringat-ingat tu.



Kepada sesiapa yang suka makan asam boi, belah sebiji limau nipis. Ambil sebiji asam boi dan letak di antara dua belahan. Separuh limau nipis di atas, asam boi di tengah dan separuh lagi belahan limau nipis di sebelah bawah. Kepit asam boi itu dan bawa ke mulut. Picit perlahan-lahan limau itu dan sedut airnya. Anda akan merasa masam-masam masin. Heh.. dah keluar dah air lior akak ni ha. Selamat mencuba dan menikmati kelazatan limau nipis.

19 comments:

aza ni said...

he he he...saya ke pakai napkin bila baca entri ni...

ibundo said...

azani, meleleh air lior ke hehe..

Normi Hj Mat Yusof said...

nak cuba, nak cuba....asam boi mmg peberet. sbb suka minum air limau le saya kurus n slim....hehehe,boleh turunkan berat bdn tu....
tp terpaksa kurangkan minum, sb balik kelate hari tu ma+kakak2 cakap bukan kurus dah ni, tapi KURUS KERING....HUHUHU.

lupekanje said...

eeee..tk suka masammmm....
tpi klu org citer pasal asam..bertakung air dlm mulut...huhu..
tapi acik suka air teh o limau suam....

Cik Pah said...

good info kak pah..dulu sy batuk teruk gak pastu try limau + kicap .. mmg mujarab..

kakngah said...

hampeh boto ar... pepagi buto dh kocor an liur org.....
nk poei pasar jap.. borong limau...
.
.
.
eh.... tetibo yo ghaso cam nk tnm polok limau lak... wakakkaka!!!

ibundo said...

normi, wa... tu dah terlebih limau dah tu. berenti dulu minum air limau agak sebulan.
tentang asam boi, kena cuba. sekali cuba gerenti nak lagi..

acik.. ekau cubo dulu cik asam boi mo limau tu.

Cikpah, haha.. dah terai ye. Duit pun jumat 40 hengget. Duit gi jumpa doktor le..

kakngah, ekau tak do tanam limau nipih ko. La. suruh la abem ko tanam agak sekar.
Woi.. bukan air liur kau jo dah kocur. Akak ni dari pagi tadi dag menjejeh-jeheh

Cikgooden said...

ha ha ha...restoran de limau nipis...mahai harga makanan dia..dulu ada gi dua tiga kali..kat BBB kan..he he he..

nak tanya, pernah dengaq nama limau cuiq?....tak tahu la istilah sains nye apa..tapi org kariah aku panggil 'limau cuiq'...

ibundo said...

cikgooden oi, hang eksplen la sikit camana ghopanye limau cuiq tu. Aku namaa yang pelik pelik ni memang aku hentam tak tau je.

Tijah said...

fuyoooo...
*lap mulut jap...

apo tajuk eh minuman tu kak? ni mano ni? dopan pkns ko kodai eh?

Anonymous said...

Salam.....

Ooo... Tie suka air limau nipis... kat ganu dan kelantan, bila nak minum air limau nipis, kita order singa beng satu!!

Kalau kat rumah Tie buat sendiri, campur dengan teh o pun sedap...

Kapten Luffy said...

erk

tak suka masam

ibundo said...

tijah, iyo jah.. kek dopan pkns tu. Poi la pokono sokali. banyak lauk pauk. ikan dan sotong baka pun ado tapi buleh tahan mahal hehe..

tie, salam. air limau kat ganu ngan kelate tu dok mengaum dulu ke tie hehe..

kapten, cuba ko buat sambal belacan tak taruk asam. Tak jadi kan... hehe..

pB said...

Salam


kak Pah , semalam pB minum "SINGER BENG" .....

ASH said...

Tijah,cikgooden,TM,AZANI,apa nama budak tu..ooo dak Nizam..

jom ajak KAKPAH belanja limau nipis spesel..he he he he..

aku dah pernah promote limau nipis sepesel ni ari tu..
jom jom jom, jom bbb!

Nizam.Ariff said...

LImau kasturi + asam masin tu masa dok asrama dulu ada yang jual 10 sen sebiji...

Nak minum kat mana restoran tu? Alaaa.. minum kat rumah Kakpah la, boleh minum sambil baring-baring tengok TV.

Yunus Badawi said...

limau nipis + kicap tak pernah pulak try. Tapi kalau limau nipis + kapur atau limau nipis + madu adalah.

ashley - aku ko tak nak ajak sekali ke? huhuhu

ibundo said...

pb, kakpah tak penah dengar singa beng ni. Orang pantai timur punye menu eh.

ashley, no problemo. jom sume orang kpah belanja minum kat d limau nipis.

nizam, amboi cantik nya ko nak baring-baring depan tv kat umah aku. nak kena pelangkung ngan laki aku ke hape.

YB< wah.. tu satu petua jugak tu.

MDFarid said...

Salam ziarah,

Kat sini ada arab panggil lamunn..perah buat tomyam pun sedap :)

http://www.faridrashidi.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...