Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Sunday, June 14, 2009

Jadi Selebriti

Bukan senang nak berjumpa dengan kaum kerabat. Kalau bukan hari raya atau kenduri kendara, memang sukar untuk berkumpul.

Tadi ada kenduri di rumah sepupu yang tinggal di Au5. Yang kawin ni adik kepada salah seorag gitaris estranged. Aku ajak abah pergi sama. Adik beradik abah ada tujuh orang semuanya. Yang masih ada hanya abah dan adiknya pakcek zainal. Bila anak-anak buahnya bertemu abah, abah menjadi ala-ala celebrity. Masing-masing mengurung abah macam semut.




Aku biarkan je abah bertemu mesra dengan sedara mara. Aku pergi makan je. Lepas makan, balik. Orang sekarang kenduri pakai katering. Tak payah susah-susah nak masak. Basuh pinggan mangkuk pun tak payah.

Urggg.... kenyang tadi ada lagi. Sedaplah makan nasi briyani. Cuti sekolah ni diet semua lari.

14 comments:

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

yang muda disayangi, yang tua dihormati.....


betul tak, kakpah yang dihormati?.. ..hik hik..

a kl citizen said...

best jumpa sedara mara ya...

kayteeze said...

Alamak!
Teringin nak makan nasik briayani orang kahwin... kat ganu biasa ada nasi putih dan lauk kampung..walaupun sedap, tak sama meriahnya macam kat johor... rindunya suasana kenduri di johor..hu hu...

Nizam.Ariff said...

Yang serumah dicintai... kan3x?

Yunus Badawi said...

AU5 tu dah dekat benar dgn rumah saya tu. Kenapa tak singgah?

lupekanje said...

acik pun ader sedaro kenduri kawin dedoket umah ni.dokek presint 9 buek ehh... cucu datuk bandar KL pertama tuh...
tapi...sodeyy..diorg lupo nak jomput acik....hehhe...(sodih tpi golak..) acik mang kureng waras sikit...jadik..mang tk kisah klu org lupo jomput...tpi klu jomput tu, hasrat ati ndak gak pegi..
gi OT kat opis tdi, tetiber sorang spupu tipon menanyer, tk gi kenduri ke?
baru acik tingat kndurinya arini...laa..owang tk jomput, tkkan nk pogi kot..
omak acik lak lupo nk mengkoba...klu tk blh acik jdi wakil omak acik yg tk dpt poie tu!
Ehhh...panjang lak cito..ni blog saper aaa...errr.. kpah...sorri...nak balik dah ni...hehhe..

Monkey D Luffy said...

jadi pakcik lebih glemer dari akak yer

lalala

kakpah said...

cikgoo, den sodarlah den tuo daripado kau hikhik.. salam cium tangan den nih..

kl citizen, sesekali jumpa memang banyak cerita

kakpah said...

tie, nasi putih dan lauk kampung tu sedap juga tie. selera kampung gitu... tapi sesekali pekena briyani lagi sodap hehe..

nizam, apehal ko ni hehe.

YB, dah tak tau kat mana macamana nak singgah.

acik, wakaka.. goli hati kakpah cik. namo acik tolupo nak lotak dalam sonarai e lah tu. Ah.. tak kesahlah. Kalau toragak nak makan nasik briyani kek putrajaya tu pun banyak kodai mamak. Ko bolasah je la sopinggan.

AZANI said...

kakpah,rasanya nak jumpa kenduri kahwin yang style hidang dan ada penanggah sekarang agak jarang,especially kat taman perumahan.

kakpah said...

Azani, dah tak ada dah. ko tak nak buat bisnes katering ke. Laku ni.

ku tak sempurna said...

alah kak pah.. kalau nak tolong basuhkan pinggan mangkuk tu pun, boleh je... lagi org katering tu suka..

hik hik hik..

.

.
.
.
smpi ke sini bau sendawa nasi briyani kak pah tu :P

kakpah said...

kts, tak koser aku nak tunjuk rajin walaupun sebenarnya nak sangat nak nolong.

ima said...

kak pah saya pun suka benor kalau gi kenduri...dapat makan sedap...hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...