Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Tuesday, June 2, 2009

Jangan Suka Kira Duit Orang

Bila aku teringinkan sesuatu dan duit selepuk tak ada untuk digunakan membeli benda yang aku inginkan, aku akan ketepikan sikit-sikit setiap bulan. Ada kalanya duit tu ada tapi rasa macam membazir pulak kalau digunakan selepuk macam tu sebab ada benda lain yang lebih penting dan diperlukan.

Jadi, aku kumpul.. kumpul.. Tak kiralah berapa lama. Kadang-kadang berbulan. Kadang-kadang bertahun. Bila dah cukup dan aku dapat benda yang aku idamkan, ada pula suara-suara yang mengatakan duit aku macam sampah. Tak sakit hati ke.




Sejak kecil abah sudah mengajar aku menabung. Dulu-dulu abah buatkan aku tabung buluh. Tabung tu digantung kat tepi dinding dalam bilik mak dan abah. Bila ada duit belanja lebih, abah suruh aku masukkan dalam tabung itu. Dah penuh, abah akan pecahkan tabung dan kami mengira sama-sama jumlah duit yang ada. Kemudian abah bawa aku ke pejabat pos untuk menyimpan duit itu. Dulu pejabat pos ada mengeluarkan buku wang simpanan. Sebab dulu bank tak banyak dan orang lebih suka berurusan dengan pejabat pos.

Aku simpan dan simpan sampai duit dalam buku simpanan itu menjadi beratus-ratus. Dulu-dulu kalau seratus ringgit tu dah kira banyak dah. Bila aku bersekolah di Johor Bharu, abah beri aku pegang buku simpanan itu. "Buat belanja kalau sesak" kata abah. Bila aku balik kampung masa tingkatan lima abah minta buku sebab dia nak tengok. Aku bagi. Abah geleng kepala bila tengok duit dalam buku tinggal belas ringgit saja. He..he.. aku buat belanja pergi shoping kat Singapura. Masa tu Woodland barang murah-murah. Rugi tak beli....







Sabtu lepas semasa ke mesen ATM di Petronas atuk jumpa wang ini. Terjelepok atas lantai. Atuk ambil je dan letak kat tabung masjid. Semuga pahala diberikan pada yang kehilangan.

8 comments:

Ms.Lilies said...

kan?? tak paham betul org yg suka jadik akauntan x bertauliah ni....sibuk kira duit org...

byk tu duit tercicir.....huhu

lupekanje said...

kak...akak tk tunggu ke kekalau org tu dtg carik..?? akak jumpa kat mana duit tu kak? jap nk ingat..
acik ado ilang duit aritu...tpi tk tau la cicir kat mano..hehehe..

kak, klu org yg cicir duit tu dtg pastu carik duit tu camno??? pehtu dia tk nak sedekahkan duit tu..camno kak?? heheh..

Nizam.Ariff said...

Rasa-rasanya kenal pemilik duit tu... tu yang gambar kat duit tu, bukan dia punye ke?

julietchun said...

RM100? mau pening kepala 2-3ari dok cari tu,hehe.

kakpah said...

lilies, ramai orang suka kira berapa kita dapat. Yang keluar tak kira pulak.

acik, kalau tak amek nanti ada orang lain amek. Tak tau lagi dia nak songlap ke atau camana. Nak pulang balik kat tuan tak tau sapa. baik hantar mesjid je. senang cerita.

nizam, pandai la ko buat lawak.

juliet, memang pening.

Monkey D Luffy said...

aku pun dah berfikir betapa baiknya kalau aku pandai menyimpan masa kecik2

aku dah mula menyimpan semenjak kerja

huhuhu

ujang_ns said...

Sya pernah pada satu masa dulu terjumpa duit RM 50. Saya berusaha untuk mencari siapa yg kehilangan duit itu dan memulangkan semula duit itu kepada yang empunya.Pada petang hari yang sama saya terselamat dari menemui satu kemalangan jalan raya.Saya merenung sejenak dan terfikir mungkin saya terselamat di sebab melakukan sedikit kebaikan pada hari tersebut. Wallahualam.

ashley said...

Sian orang tercicir duit tu kakpah..
kalau aku mahu nangis..nak beli susu anak dapat dua tiga minggu tu!

Moga Allah mengganda gandakan rezekinya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...