Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Wednesday, June 17, 2009

Kita Semua Tidak Sempurna

Melihat gambar pembantu rumah yang mempunyai kesan dijirus air panas suluruh badan terasa benar zalimnya majikan dimalaysia ini. Hakikatnya yang berotak gila itu hanya segelintir tetapi akibatnya malu terpalit ke semua rakyat yang menggaji pembantu rumah. Malah yang tidak ada pembantu rumah juga turut terasa tempiasnya.


Apa sangatlah susahnya untuk memberi sedikit rasa sayang kepada orang yang saban hari mendambakan dirinya untuk kesenangan kita. Walaupun dia kita panggil pembantu rumah atau bibik atau orang gaji, dia tetap manusia seperti kita yang mempunyai hati dan perasaan. Mungkin dia tidak sesempurna yang kita harapkan tetapi nilai jugalah diri kita sendiri. Adakah kita juga sempurna?


Hari ini aku ke kedutaan Malaysia di jakarta untuk menguruskan visa Ros, bibikku yang baru. Bibik Aini akan pulang hujung bulan ini setelah berkhidmat dengan keluarga kami selama tiga tahun. Ros adalah adik Aini. Kenapa aini pulang? Sebab ibunya kurang sehat untuk menjaga kedua orang anaknya yang sedang membesar.


Maka akan hilang pembantu tusyen aku. Pastinya aku akan merindui juga jari jemarinya yang sering mengendurkan ketegangan urat-urat di badanku. Aini seorang yang sempurna? Tak. Sering juga dia melakukan sesuatu yang akan menimbulkan kemarahan tapi aku imbang ketidak-sempurnaannya dengan bakti yang ditaburkan. Jelas baktinya lebih berat dan aku pandang dengan sebelah mata sahaja akan kesalahannya.

15 comments:

lupekanje said...

marbeles ibuk..majikan gini yang saya perlukan ...bila saya bisa mula bekerja buk?? saya juga bisa mengurai2kan urat2 kaki tangan malah keseluruhan tubuh ibukk.....juga bisa ngajar tusen ....usah gusar buk...saya nggak ngajar acaran songsang buk...
wakakaka..

julietchun said...

zalim sgt kan bila baca majikan dok aniaya org gaji.mesti ibu2 di indonesia berat hati nak lepaskan anak mereka bekerja disini.

aza ni said...

kakpah:saya rasa mereka anggap pembantu rumah ini abdi,tapi yang selalu jadi mangsa yang indon,agaknya balas dendam pasal rusuhan perkauman cina indon dan indon dulu kot?yang saya hairan juga bibik indon sanggup pula bekerja dengan majikan cina tu,dapat lebih sangat ke?takkan tak dengar kisah nirmala bonat?kita pun hairan, balik balik cari majikan cina,agensi pun satu,kan ada syarat syarat yang perlu dipatuhi oleh majikan bukan islam bila mengambil bibik islam.

Cik Pah said...

yelah.. sy pun tak paham .. maid maid nih suma pun makhluk allah macam kita juga kan.. ngape perlu melakukan penyiksaan keatas mereka. physo ker ?

Kapten Luffy said...

bos mcm ni yg kita mau ;p

KTS said...

mcm tak percaya ada org sggp buat manusia mcm binatang.. tu bukan tak sempurna namanya.. tu gila!! hikkss
.
.
.
.
.
.
.
.

pasni ros plak ambik alih tugas urut tu.. jgn risau.. hikhikhik

sakurasa 2 said...

ya boss yang baik hati n prihatin
tak selalu kita temui....

MrsMama said...

eleh acik....jumpa kakpah pun tamau, inikan plak jadi bibik. Kalu acik jadi pembantu tusyen lagi abis le....nanti dia ajar budak2 tu berblog jer. Wakaka jangan marah acik.

Nizam.Ariff said...

Koran utama perlu tulis kisah kakpah untuk memgimbangi berita-berita buruk tentang layanan org Malaysia kepada pembantu rumah.

ASH said...

Macam macam ada sebenarnya..
Majikan tak faham bibik.
Bibik tak faham majikan..

Majikan yang hampeh macam gitu, patutnya disiram ngan ayor panas juga sebagai balasannya..baru dia tahu rasa ayor panas yang disimbah kat orang tu...

memalukan umat Malaysia jer..

GigiPalsu said...

Walaupun mereka lembab,tak bermakna kita boleh buat suka hati kita. Mereka juga manusia ada perasaan...
Kita kena ada give &take la...
Saya pernah dapat yg ada HIV, Sakit Jantung & Hep B carrier...
tension gak bila fikir pasal bibik ni...
Tapi selagi dia boleh jaga budak2 dan kemas rumah kira ok la...
Hukum kerja berat je utk org yg kejam tu...

chekdenoor said...

Kak pah...bila ada citer pembantu indon didera oleh majikan malaysia...... anak chekdee di indon citer...perasaan marah dan benci orang indon kepada kita rakyat malaysia semakin meluap-luap.....hmmm risau chekdee akan keselamatan anak disana.......

Sebenarnya ada ramai orang cerdek pandai indon yang tak suka orang malaysia ....cerita-cerita ini akan memburukkan lagi tanggapan mereka kepada kita.

tasekM said...

bagus tau kak pah nih...


:)

Mak Su said...

maksu tak berani nak kata apa, mana2 pun ada pihak yang tak betul, samada di pihak majikan ataupun di pihak pembantu rumah.

tapi bila kita beringat2, itulah yang membezakan kita dengan ciptaan yang tanpa akal fikiran dan logik tu.

zai said...

sy ada pngalaman suka duka ada bibik ni selama 7 tahun, biasala mereka ni pun manusia biasa mcm kita jugak..tapi yg pasti ramai juga yg bila tiba kat malaysia dah lupa daratan..sy rasa kalau org melayu mmg jarang kedengaran mendera amah ni selalunya bangsa cina yg kerap dok dengar ni..mgkn salah amah tu juga sbb setuju nak kerja dgn bukan islam yg dah jelas byk makan benda2 yg haram..jadi mcmmn amalan diorang selepas tu ??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...