Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Tuesday, June 16, 2009

Membelah langit biru

Flight pukul 9 lebih. Pagi-pagi lagi lepas subuh kami sudah bergerak dari rumah. Malam tadi sebelum masuk tidur semua beg sudah diletak di bawah. Pagi-pagi tinggal ambil dan masukkan ke dalam kereta saja.



Beberapa hari lepas aku asek berbalasan sms dengan kak Mis.

"Hari apa kamu mahu kemari"
"Selasa kak"
"Selasa? Hari Khamis kakak sudah merancang ke Batam. Tukar aja harinya deh. Ke mari aja minggu depan. Hari Minggu kakak udah pulang"
"Tak mengapa kak. Hari Selasa dan rabu kan masih bisa bersama kakak. Lagipun Nuke kan ada"

Setelah senyap beberapa minit datang lagi sms.

"Kakak jadi pikiran dik. Nggak bisa di tunda ke minggu depan ya "
"Tak boleh kak. Tiket udah dibeli"

"Ya, udah kalau gituk. Nginap di rumah kakak aja ya."
"Tidak menyusahkan kak Mis ke kalau nginap di sana"
"Nggak ah.... lagi seneng hati kakak. Mobilnya mahu di booking nggak"
"Ya kak, supir yang dulu juga kalau boleh"


Aku memberi nombor pesawat kepadanya. Pada mulanya mahu mengambil teksi saja tetapi kak Mis beriya-iya mengatakan nanti kak Raflis akan datang menjemput kami di Bandara.
Dari bandara Soekarno Hatta kami akan menuju ke rumah kak Mis di Pisangan Baru.


Kak Amismar ini sepupu aku. Kak Raflis pula adik beradik dengan kak Mis. Abah dengan bapa kak Mis adalah adik beradik satu ayah. Kami berkongsi datuk yang sama. Datuk aku dulu beristeri empat. Dia mengahwini uwan aku bila dia datang ke tanah melayu. Jadilah aku ini berdarah separuh indon he..he..


Aku sekarang berada di Tajmurah. Di Tanah Abang tu banyak barang murah-murah. Raya dah dekat ni. Bolehlah shoping sakan.

15 comments:

AZANI said...

oh inike Taj murah kat Tg. Pinang ke kakpah?Selamat membeli belah.

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

memang kesana bisa kak..bisa..he he he

Kak Ezza@makcik Blogger said...

kak pah...selamat membeli dan membelah ye kak..kalau nampak kain koton yang cantik cantik kat tanah abang tu.....beli kan saya semeter dua buat saya ye kak...nanti balik sini kita kira lah ya kak....

Mas said...

Wah....bole soping sakan tu.Kat sana bole lah beli kain untuk buat baju nikah...dengar kata ada yang cantik dan murah lak tu.

Cik Pah said...

aduih.. rindu banget mau shopping di tanah abang.. ari tuh bawak anak kecik gi leceh sket.. lain kali kalau ade rezeki nak gi lagilah.. best kan

pB said...

blur


masih tak tau kak pah kat mana...

Nizam.Ariff said...

Aduihh.. bisa bisa... seluk kocek macam kena entup tawon...

ku tak sempurna said...

jeles aiii...

kak pah gi taj MURAH..
aku nak gi taj MAHAL laaaaa...



taaaa..

julietchun said...

kakpah tak abih coti lagi rupanya.

iina said...

kak kim tudung kak.. selamat yopping yo

ashley said...

Pstt..
soping soping tu bawak bertenang sikit kakpah..Risau aku ngan UWAN sorang nih...
Tarik napas panjang panjang sikit..

( hari tu dia mengelupog kat Padang besag..ni dia dah keharuan kat Tanah Abang lak..)

zai said...

saya nak taj n go jala...

FdausAmad said...

Gua nak ajak lu mkn kenduri kt blog gua.Ada ulam ulam kampung
Follow terus pun xpa lagi bagus.

Blog gua dah tak seimbang.Gua tgk budak2 ramai dah berat ke belah punk.

Monkey D Luffy said...

kat indon ya

Insyirah said...

Dah lama tak jejalan. Haihh...nak shoping menyoping juga. Entah bila la...

Selamat bershopping... ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...