Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Thursday, June 4, 2009

Kreatif Menangkap Tekak

Kita tahu dan sedar bahawa membazir itu kerja syaitan tetapi kadang-kadang kita terlupa juga. Ada kalanya masakan yang kita masak hari-hari itu terlebih bajet dan jika terlupa untuk menyimpannya di dalam peti sejuk untuk kita hangatkan semula pada esok hari, bibik akan memasukkannya ke dalam tong sampah sahaja. Bukan duit dia yang keluar. Duit kita. Dan apa dia peduli.

Bila terkena sekali dua, aku lebih berhati-hati. Bila agak-agak ada makanan yang tidak habis, aku akan memberitahu bibik supaya tidak mengtongsampahkan makanan itu.

Sebenarnya jika kita kreatif, makanan yang tidak habis itu boleh di recycle. Sekiranya kita jemu untuk memakannya semula jika dipanaskan, kita boleh jadikan ia sebagai satu menu yang lain. Yang berbeza sama sekali.

Contohnya lauk ikan. Ambil isi ikan, dicampurkan dengan kentang goreng yang telah dilenyek dan ditambah racikan daun sadri, garam secukup rasa. Kemudian dijadikan pegedil ikan.
Begitu juga dengan nasi sejuk yang tidak habis dimakan. Untuk sarapan esok hari buat cekodok ikan bilis, campurkan dengan nasi sejuk itu. Cekodok akan menjadi cukup lembut. Kalau tidak mahu buat cekodok, jadikan ia sebagai lempeng. Kemudian cecah dengan sambal atau kuah kari. Sedap.

Semalam aku tengok banyak lebihan daging ayam. Supnya tinggal seciput tetapi ayamnya ada lagi lima enam ketul. Aku ambil ayam dan asingkan daging daripada tulangnya. Tulang tu dibuang (lainla kalau korang sama spesis dengan jin yang makan tulang). Daging ayam itu kemudiannya aku kecil-kecilkan seperti ini.


Kemudian aku sagat tiga biji ubi kentang sederhana besar dan sebatang carrot.



Kemudian aku ambil dua keping tahu dan hancurkannya seperti di bawah.


Aku dadukan pula bawang merah dan capsicum. Daun sup aku hiris-hiris. (Oopss.. lupa pula nak ambil gambar daun sup)


Bahan-bahan itu aku gaulkan semua di dalam bekas. Masukkan garam secukup rasa. Masukkan pula tiga biji telur dan sesudu besar tepung gandum. Kalau suka, boleh bubuh sedikit lada hitam. Masukkan bahan ke dalam dulang pembakar dan aku bakar dalam oven dengan suhu 180 degree selama lebih kurang satu jam.

Hasilnya adalah satu menu yang berkhasiat. Tak payah makan nasi lagi dah. Bolah makan begitu saja dengan sos cili atau kalau rajin buatlah black pepper sauce. Semalam aku tak rajin. Aku makan dengan sos cili je. Erkk.. kenyang.


Nasihatku, jadilah tukang masak yang kreatif. Siapa tukang masak. Kitalah.


17 comments:

Monkey D Luffy said...

pizza ker tu?

nyum2

Yunus Badawi said...

tak nak jemput saya makan ke? tengok pizza tu dah terliur sy malam2 ni huhuhu

lupekanje said...

macam sodap yo kpah.. kak...akak ni sebijik cam nenek acik... tk suka membazir...dan kreatip...

tpi nenek acik, lagi kreatip...lauk yang tk abih tu, dia campur2kan je...pehtu dia makan... sambal ikan, campur kari daging...pedulik apa dia...dia makan sensorang...hahah..
jarang sgt dengar dia ciritbirit...
alfatihah buat nenek kesayanganku itu.

camnepun, masakan kpah tu membuatkan acik tingin nak raso...sodap bona nengok dari gambar ehh..
cekodok campur nasik sojuk tu tk ponah acik donga...ni lah pers taim.

tulang akak buang kak?? rogi lah...kat umah acik ni ado anak jin sorang...klu makan, sengajo carik tulang...pueh dah acik marah an...dia suko gak kat tulang...sian jin, klu dia ado, jin tk meraso nak makan tulang dah..

sok sok acik dtg umah, kpah buek yo...acik masuk dlm list apo yg acik tingin...seblm dtg, acik email kan kat kpah...hahaha

kakpah said...

kapten, ek ele.. mana ada piza.

YB, ko pun sama la yb. Nampak nau mata ko kelabu malam-malam. Ko nampak macam piza gak ke ngeh3x...

acik, nenek acik tu buat resepi baru gak 'samri iging' hahaha..
cik, botul cik. nasi sojuk tu ko rameh2 mo topung. Kok tak pun ko blender dulu nasi tu duo tigo gonggam. Campur mo topung. Tumbuk ikan bilih sikit. Bubuh udang pun sodap. taruk daun bawang/sup, tolur sobijik, majerin sesudu. Dah raso garam somo cukup, goreng. Cubolah...
Heh.. sapo anak jin tu. Buleh kpah kumpulkan tulang dan poskan kek acik.
cik.. takdo mano e ko nak datang umah kpah do. Ko kan pomalu hikhik..

ashley said...

Ini kira cam lasagna NOGHORI la ni kan kakPah?
he he he..

pB said...

kak pAh memang rocKKKKKKK ....

kreatif sungguh larrr

Mas said...

Apa nama resepi tu kakpah? Nampak menyelerakan. Kretip sungguh.

Nizam.Ariff said...

Sedapnyerrr...

Kalau tabur mozarella, mesti makan lekit-lekit, peh!

Insyirah said...

Wowww....kreatif. Kena belajar dgn kakpah ni. Hehehe...

kakpah said...

haha.. ko cuba la. taruk cheese macam yang nizam cakap. Mesti anak hang suko.

pb, har..har..

Mas, apa ada pada nama.. (keh..keh.. hantam sajalah labuuu..)

nizam, tu menambah sedap.

insyirah, hehe takyah belajar. main campak-campak je..

xiiinam said...

Salam ziarah kak Pahhhhhhhh...
(sambil menelan air liur....perghhhh!!!)

sakurasa 2 said...

kakpah
nampak cam pizza...
sedap...sakura suka pizza

ku tak sempurna said...

nak pindah duk sblh umah kak pah la... kreatif sungguh!! sambil menelan liur.. (puji ada makna ni.. hik hik hik.. )

Tijah said...

huiii. osah sodap eh tu...buleh la bukak kodai pahresepi lopeh ni...

iina said...

setuju kak.. kreatif kritis hehehe.. wokey kak.. agak2 sok ado makanan lelebih den htr yo kek umah kak leh tolong buek kan.. hehehe.. dulu kek umah mak.. makanan xabis balance makan selalu bagi kek kucing.. idak pun omak kek jolobu bagi kek ayam kg dlm roban ;).. tak membazir kan kak ;)

AZANI said...

kakpah:memang handal, kami recycle juga tapi taklah sampai sampai jadi lasagna,,thanks for the tip, lepas ni tahulah apa nak buat.

kakpah said...

cklah, dah sehat betul ke.

sakura, nampak je cam piza tapi tak rasa piza pun.

kts, haah ye la tu. ko duduk sebelah rumah aku pun takkan hari hari nak hantar ko makanan kehkeh..

tijah, masin mulut kau jah. Dah bukak restoren sok kau jangan tak datang yo.

ina, kalau kek kampung ado ayam, ado itik. kakpah ni ado kucing yo. itu pun kucing tak pandai makan nasi ko ayam ko. ikan buleh lah..

azani, cuba lah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...