Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Friday, June 19, 2009

Membelah Awan Ke Kuala Lumpur

Salam.

(Sesekali nampak macam darth vader pulak)

Terima kasih kerana sudi melawat dan maaf kerana tidak dapat menjawab komen. Entry itu aku siapkan sebelum bertolak ke jakarta. Di sana aku tinggal di rumah kak Mis dan tidak mahu menceroboh privacy orang semata-mata untuk berblog. Untuk ke warnet (warung internet) , masa tidak mengizinkan.

Cerita di Jakarta? Sentimen anti malaysia begitu terasa sekali. Semasa berada di dalam kenderaan, kak Raf (dia menjemput kami di bandara) bertanyakan perihal manohara dan siti hajar. Aku tidak tahu cerita sebenar manohara tetapi tentang siti hajar aku katakan yang itu adalah kes terpencil. Tidak ramai majikan yang berotak gila macam majikan siti hajar.

Tapi bagi rakyat indonesia mereka melihat kes penderaan itu sebagai satu kes berat yang melibatkan semua tenaga kerja mereka di malaysia. Benarlah peribahasa ' nila setitik biru lauk sebelanga' . Mungkin kita juga akan merasa begitu sekiranya rakyat kita dilayan sedemikian di tempat orang. Koran siang tadi yang sempat aku baca menyebut lagi hal-hal Nirmala Bonat, pekerja mereka yang maut akibat runtuhnya jaya supermarket, manohara, siti hajar dan dua orang pekerja yang menggantung diri. Laporannya memang berbaur kebencian.

( Manohara pula sejak publisiti meluas, mendapat populariti mendadak. Dia dah jadi pelakon dan mendapat ganjaran yang amat lumayan)
Cerita aku di kedutaan juga agak mencemaskan. Semasa menguruskan visa pembantu rumah yang baru, ada kumpulan yang membuat demonstrasi di luar pagar kedutaan malaysia. Aku rasa demonstrasi itu bertujuan melontarkan kemarahan mereka kepada kita. Namun ianya terkawal. (Pulang tadi aku mendapat tahu bahawa kerajaan Indonesia menghentikan sementara penghantaran pembantu rumah ke malaysia. Nasib baik aku cepat. Kalau terlewat, tak dapatlah aku mencari pengganti si aini.)

Sekian laporan. Badan masih capek. Mata masih berpinau. Mana tak berpinau. Pergi Pasar Baru di Bandung umangai... rasa nak bawak semua balik bangi.

15 comments:

Ms.Lilies said...

rindu sama kakpah...hehehe...

selamat beristirehat yek....

Guru said...

yang orang2 dia kena belasah lagi teruk kat Arab diorang tak marah lak ya.. takut ngan pak arab kut...

tapi anyway... alhamdulillah sempat dapat pembantu ya..

kakngah said...

yeay!yeah! uwan balik....

ASH said...

Rakyat Indon yang menderita di negara sendiri..didera suami sendiri..macamana lak ek..
sure ada jugak..
betui tak?

aNIe said...

Kak Pah...menyopping di Bandung rupanya...hehehhe...

Mesti banyak ole2 yang dibawa balik...

Nasib baik kak Pah cepat ye...tulah...sebab nila setitik rosak susu sebelanga...

zai said...

bertuahla kak pah dah dapat..kawan2 sy dah menunggu lbh dari 3 bulan dah..ajen dah kapur agaknya..duit dah dibayar abis..pembantu x sampai2 lagi...

aza ni said...

pekerja indon, especially amah, sepatutnya dah serik bekerja dengan majikan cina, dah banyak kes, ini yang dilaporkan, yang tersembunyi ?

aza ni said...

lawa topeng .

Kapten Luffy said...

pandai kan Manohara n the geng

ibundo said...

lilies, ada jugak orang rindu ye hehe...

kl citizen, tu la pasal.last yr mak metua kpah sakit di mekah. suami kpah cakap sebelah katil mak ada maid indon kena dera ngan pak arab. Tak heboh punn....

kakngah, apo kono kau.

ashley, maid kpah yang baru ni baru jadi janda. muda lagi baya imah. bercerai sebab tak tahan asek kena pukul sampai lebam lebam dengan suami.

anie, sebab sorang semua kena. Tak adil betullah. HAHA.. trm kasih kerana betulkan peribahasa. Patut le kpah rasa janggal je.

zai, lama nya... sebenarnya kpah buat sendiri di sini. Kat Ind tu minta bantuan PT di sana. Tu yang cepat.

azani, apa yang kpah tahu banyak di antara mereka ni tak mahu bekerja dengan cayanunalif tapi mereka tak ada pilihan. Semuanya diuruskan agen. mereka datang sini nak bekerja tapi majikan agen yang bagi. nasib nasiblah. kalau diberi melayu, melayu lah. Macam kpah, kpah sendiri yang cari dari sana.
topeng? haha.. beringat-ingat.

kapten,pokoknya uang pak...

Nizam.Ariff said...

Apsal tak ambik secara borong je kak?
Agak-agak cukup untuk 10 tahun.. hehehe

iina said...

Nasib baik takde benda bukan2 kan kak.. yelah bila jadi kes macam2.. tapi masih ada juga org2 indon yg dtg secara haram ke negara kita.. camna tuh.. ituu belum kes merompak.. meragut.. bunuh dan macam2 lagi kes2 jenayah berat lain.. itu takde nak kira ke??

Bukan apo kak.. maso den balik marin.. den jalan kek bus stand klang tuh kan kak.. semuo kodai kek situ kedai indon.. ponuh.. baik gerai makan.. brg.. uih.. pasang lak lagu2 indon.. mmg seriau tau kak.. pakwe den awal2 dah warning.. bebaik bawak beg tangan.. krg yg bukan2 lak.. walhal kan kak.. dulu zaman sekolah den melepak kek situlah.. takdo lah raso2 tak selamat.. skrg nie takleh dah..

biasalah kan.. yang jahat seorg dua tuh.. tapi habis semua yang kena..

lupekanje said...

sbb tu jgn sekali-kali menitikkan nila dlm piuk...iskk..sesuker ati kpah ni tukau pribasa nenek moyang ekk...hehhe..
betul..tu kes terpencil. Cuba diorg bandingkan kebaikan org2 kita sepanjang mereka di sini. Tentu jauh lebih banyak dari penderaan tu. Agak2nya dalam 10,000 pekerja asing tu...ada lah dalam sorang yang kener dera... 1%.. takkan sebab 1% tu, yang lain nak majuk sama??? Nanti kan susah kpah nak carik pembantu!!! :)

ibundo said...

nizam, hehe..

ina, ntah, dorang nampak yang itu je. kes majikan yang kena dera dengan pembantu takde pulak nak di hebohkan.

Cikgooden said...

selamat kembali buk...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...