Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD
Showing posts with label urusan. Show all posts
Showing posts with label urusan. Show all posts

Friday, December 10, 2010

SENDAT, PADAT, HONGEH

Dah pun hari Jumaat. Pejam celik pejam celik dah tiga minggu cuti sekolah berlalu. Aku dan staff tak cuti sebab sibuk nak mengecat kelas, mengoyakkan hiasan dinding yang dah rosak dan menggantikan dengan yang baru. Terasa macam cuti sebulan lebih tidak cukup untuk membuat banyak kerja lagi yang belum siap.

Sabtu Ahad pula berpesta makan sebab ramai yang buat kenduri kawin. Macam minggu ni... agenda agak padat. Malam nanti ada dinner srikandi di hotel singgahsana.
(Pakaian: ala srikandi atau busana muslimah.. Kawan aku tanya, pakaian srikandi tu macamana. Aku cakap, kau pakailah sanggul lepas tu kau cucuk benda yang bergoyang-goyang kat sanggul kau tu. Dia jawab, aku pakai tudung nak cucuk tang mana. Aku jawab lagi, kau cucuk kat bulu kening. Haha.. boleh melawak lagi tu. Ala.. pakai je la yang menutup aurat.)
Besok ada 3 kenduri (sendat la perut). Ahad, staff aku mengahwinkan anaknya.

Dan aku dah pandai-pandai berjanji pada staff aku yang aku akan buatkan cupcakes hantaran 12 biji untuknya. Nak pakai hari Ahad. Kenalah aku selitkan tugas ini ke dalam agenda aku yang padat. Orang cakap takdo kojo caghik kojo. Pagi tadi lepas subuh aku selongkar gobok barang masakan aku untuk mencari gelatin. Ingat nak buat sugarpaste dulu dan simpan elok-elok dalam peti ais. Rupanya dah habis. Kenalah tunggu kedai bukak baru nak pergi beli. Gelatin yang halal ni di giant saujana je yang aku jumpa. Halagel. Kalau bukan halagel aku ada sedikit was was.




Nenek Maria Montessori dengan muridnya

Besok, Sabtu, aku hantar 4 orang staff aku pergi kursus montessori di International Islamic College kat Gombak nun. Semuga mendapat ilmu yang boleh dimenafaatkan bersama.

Sekian laporan ringkas.

Tuesday, May 25, 2010

dapat jagung pling..pling.. jadi soya jagung

Salam.

Harini tak pergi ke tadika. Cuti. Budak-budak tengah exam dan aku minta nani jaga kelas aku. Kebetulan jugak malam ni suami ada usrah. Jadi pagi-pagi lagi aku ke pasar mencari bahan. Nak buat nasi daging, kena beli daging, daging cincang ramli. Bahan lain ada di rumah. Nampak petai, beli. Boleh buat cincaluk masuk petai. Beli itu ini, melayang 80 ringgit.

Balik rumah, berketuntang di dapur. Daging kena rebus dulu empat lima jam baru empuk. Pressure cooker entah ke mana lesapnya. Beginilah kalau banyak tangan. Bila ditanya mana letak, semua cakap tak tahu.

Lepas tu aku belek buku resepi nak tengok apa benda yang boleh dibuat untuk dihidangkan pada Tijah. Takkan nak hidang biskut kering je kan. Aku tengok resepi untuk cream puff semua bahannya cukup. Aku tung tang, tang tung lagi di dapur. Bila semua siap aku terlepak atas katil. Omak ai.. ponek e.


Tijah on time. Datang-datang hulur jagung satu beg plastik. Dia cakap jagung tu tanam di belakang rumah dia kat seremban nun (hehe..). Jah, buek bubur jagung sodap tu jah. Campur kacang hijau sikit. Campur gak dongan sagu mato ikan. Umangai.. meleleh air liur.


Sekian update untuk hari ini. Mata dah melekit nak lelap.
(hanya tijah saja yang paham maksud tajuk n3 kehkeh..)

kakpah

Tuesday, June 16, 2009

Membelah langit biru

Flight pukul 9 lebih. Pagi-pagi lagi lepas subuh kami sudah bergerak dari rumah. Malam tadi sebelum masuk tidur semua beg sudah diletak di bawah. Pagi-pagi tinggal ambil dan masukkan ke dalam kereta saja.



Beberapa hari lepas aku asek berbalasan sms dengan kak Mis.

"Hari apa kamu mahu kemari"
"Selasa kak"
"Selasa? Hari Khamis kakak sudah merancang ke Batam. Tukar aja harinya deh. Ke mari aja minggu depan. Hari Minggu kakak udah pulang"
"Tak mengapa kak. Hari Selasa dan rabu kan masih bisa bersama kakak. Lagipun Nuke kan ada"

Setelah senyap beberapa minit datang lagi sms.

"Kakak jadi pikiran dik. Nggak bisa di tunda ke minggu depan ya "
"Tak boleh kak. Tiket udah dibeli"

"Ya, udah kalau gituk. Nginap di rumah kakak aja ya."
"Tidak menyusahkan kak Mis ke kalau nginap di sana"
"Nggak ah.... lagi seneng hati kakak. Mobilnya mahu di booking nggak"
"Ya kak, supir yang dulu juga kalau boleh"


Aku memberi nombor pesawat kepadanya. Pada mulanya mahu mengambil teksi saja tetapi kak Mis beriya-iya mengatakan nanti kak Raflis akan datang menjemput kami di Bandara.
Dari bandara Soekarno Hatta kami akan menuju ke rumah kak Mis di Pisangan Baru.


Kak Amismar ini sepupu aku. Kak Raflis pula adik beradik dengan kak Mis. Abah dengan bapa kak Mis adalah adik beradik satu ayah. Kami berkongsi datuk yang sama. Datuk aku dulu beristeri empat. Dia mengahwini uwan aku bila dia datang ke tanah melayu. Jadilah aku ini berdarah separuh indon he..he..


Aku sekarang berada di Tajmurah. Di Tanah Abang tu banyak barang murah-murah. Raya dah dekat ni. Bolehlah shoping sakan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...