Sejak kes selsema babi ni, aku macam geli nak pegang benda-benda yang dah dipegang orang. Bukan di rumah. Bila berada di luar.
Macam kat tesco pagi tadi. Bila aku pegang pemegang trolley, aku imajin orang yang dah pegang trolley tu tangan dia entah usik apa-apa. Entah usik hingus, entah usik taik hidung, entah tangan tu baru lepas masuk toilet dan tak berbasuh pula. Aku dapat rasakan berbagai-bagai jenis kuman merayap-rayap di telapak tangan dan terus menerobos masuk melalui liang-liang kulit menuju ke seluruh pelosok badan.
Bila menaiki eskeletor dan tangan dengan tidak sengaja memegang railing di sepanjangnya, aku cepat-cepat menarik tangan dan mengelapnya di baju. Di situ juga ada berbilionan kuman yang ganas menjalar dari pangkal hingga ke hujung sampaikan ada yang berterjunan ke lantai eskelator. Masing-masing berebut-rebut untuk naik ke lengan sesiapa sahaja yang mendekatinya. Aku rasa kuman itu sempat lolos dari arah kakiku.

Di toilet lagilah banyak dia bermaharajalela. Dia berada ditombol pintu, di kepala paip, di lantai, di lubang jamban dan di pemulas flush.
Bila aku ke tesco lagi nanti, aku bercadang memakai sarung tangan. Agak-agak praktikal tak.
18 comments:
Kak Pah,
Bukan setakat sarung tangan. Penutup hidung pun kena pakai gak. Kuman dia main redah je nak masuk. Takpun sebelum pegi tesco kak pah buat siap2 kat umah. Buat lambang NO ENTRY kat tepi lobang idung.. ok tak????
fuyooo kak. ko bawak DSLR masuk jamban ko kak?
kakpah, betol betol betol....
aku setuju 100%, kita gi mana2 pon kena pakai sarung tangan bukan stakat sarung tangan jer.. sarung kaki, sarung kepala memang dah pakai, ha kena berpurdah lah pulak kita kakpah..
takot pikirkan anak2 yg sekolah tu.. diowrang bukan ghetinya takut penyakit berjangkit mcm ni.. dia ingat seronok jer bila dgr sekolah orang lain kena tutup, anak aku tanya bilalah sekolah dia nak tutup... ish.. tak syg mulut betol.
la kak oiiii, asal teruk sangat ni sampai nak bersarung tangan bi...hihihi..bawak je lah abun dettol tu..kan senang....cuci tangan bersih bersih kat toilet tu..kalau boleh..cuci satu toilet tu skali...hahaha...
brtul..beringat sebelum kena..apa lagi kat tempat awam!
...di sekolah ckLah....dah makin ramai bertopeng....
Ramai yang demam.....
Psst; Saya baru bangun tidur. Saya mimpi kakPah ditemuramah di radio, pasal Fotografi. Betul!!!ckLh siap bagi tahniah dalam blog kakPah...
Agaknya termimpi2 radio sebab ini hari terakhir ckLah jadi DJ...hik..hik..
elok gak pakai sarung tgn tu kakpah..
tangan kak pah tu kan suker meraba sana sini...habih semua tompek nk di coleknye...
pakai la ..
err..demam dah baek ke??? dah gi kuar masuk TEsco dah tu...hehhe
Pah,
Bagaimana dengan pegang duit, lebih-lebih duit kertas. Dah berapa kali pusing, pindah tangan. Masuk pula ke purse yang sama. Pah, bawa dalam beg, hand sanitizer, yang tak payah guna air tu.
Pergi mana-mana pun rasa takut kena jangkit. Nak berjalan-jalan pun rasa tak senang hati. Skrg ramai orang guna hand sanitizer, senang nak bawa ke mana-mana. But it just an alternative, kita kena lebih berhati-hati juga walau berada di mana. Dah lah virus tu dah semakin menular. Na'uzubillah.
elok gak tuh kak.. pakai sarung tangan kain tuh selamat gak.. hehhe nak selamat gik pakai sarung tangan plastik.. ko kan kak.. ko sobut2.. kuman2 kek semuo tompek tuh.. itulah kojo den ari2 tau kak.. cuci jamban.. semuo tompek tuh den lap.. cumo beza den cuci kek universiti hahahha..
echam, waa.. akak belum masuk bab betopeng lagi ko dah sebut dulu keh..keh.. lain kali kalau akak keluar elok tak agak-agak kalau akak bebalut muka badan macam ninja.
tijah, aku pakai siber shot je lah yang oi. takkan kulu kilir bawak kamera gedabak tu.
smm, dah tau dah, kau mesti setuju dengan kakpah haha..
budak2 ni memang tak tau nak kesah.
ezza, tu yang maleh nak bawak detol bagai.
Cuci jamban tesco? err... nanti jap. Bia kakpah pikir masak2 dulu, bleh?
cklah, eloklah betopeng tu kalau itu boleh melegakan hati mak bapak.
... yang interview kpah tu cklah ke.
acik, domam dah baik tapi sosokali macam ado raso gayang lak sikit sikit.
kakpah nak jua sarung tangan, laku tak cik wakaka...
kak nora, waa.. telupa pasal duit. Lepas ni kenalah steril duit pulak.
ina, pakai sarung tangan plastik yang sampai kek pangkal kotiak tu lagi bagus kan? bernaslah idea kau.
Kau cuci jamban tu banyak pahalo tu ina. Kau balik sok, kau ambil part time job kek tesco plak yo hehe..
echam, waa.. akak belum masuk bab betopeng lagi ko dah sebut dulu keh..keh.. lain kali kalau akak keluar elok tak agak-agak kalau akak bebalut muka badan macam ninja.
tijah, aku pakai siber shot je lah yang oi. takkan kulu kilir bawak kamera gedabak tu.
smm, dah tau dah, kau mesti setuju dengan kakpah haha..
budak2 ni memang tak tau nak kesah.
ezza, tu yang maleh nak bawak detol bagai.
Cuci jamban tesco? err... nanti jap. Bia kakpah pikir masak2 dulu, bleh?
cklah, eloklah betopeng tu kalau itu boleh melegakan hati mak bapak.
... yang interview kpah tu cklah ke.
huhuhu....tula pasal..nak pegang benda2 kat luar skrg ngeri
pakai...jangan tak pakai..
pah..pah beli pencuci tangan detol tanpa air kat farmasi..lepas pegang benda yang kita syak,sapu dgn ddetol cuci tgn..kecik je,bleh simpan dalam beg tgn.
guna sanitizer ler
kakpah:tabik, dah macam jurugambar NST,sana sini snap gambar...ha h aha.
lilies, geli geleman.
cikgu, nanti kalau jumpa perempuan yang bersarung tangan,berbungkus separuh muka macam ninja tu, ha.. tu kakpah lah tu. tegur jangan tak tegur.
cik manggis, wokey.. kena beli banyak ni.
kapten, sarung tangan tak praktikal ke haha..
Post a Comment