Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Tuesday, July 14, 2009

BERCAKAPLAH DENGAN BAYI ANDA



Tidak ada ibu yang tidak mahu anak menjadi pandai. Kalau boleh biarlah anak itu pandai membca seawal umur tiga tahun. Lagi awal lagi bagus. Dan lagi bagus sekiranya anak itu pandai membaca dalam bahasa inggeris. Bukankah begitu?

Ada berbagai rules yang patut digunakan oleh ibubapa supaya keinginan seperti ini dapat dicapai. Jangan terlalu pendiam dengan anak-anak kecil. Banyakkan bercakap walaupun anak itu masih berumur satu hari. Semakin anak itu membesar, deria pendengaran semakin fokus dan otak juga mula menyimpan pelbagai vokabulari yang didengar dari orang disekelilingnya.

Masa mandi adalah masa yang sangat sesuai untuk anda bercakap dan bercerita dengan anak atau bayi anda. Sekiranya anda seorang surirumah sepenuh masa, tiada masalah. Sekiranya anda ada pembantu rumah, janganlah biarkan masa emas ini diambilalih oleh pembantu anda.
Disamping anda dapat membelainya dengan rasa kasih sayang, anda boleh berbual-bual mengenai diri dan apa yang dialami oleh anda berdua ketika itu.

You can introduce the word water and you can spell it out to your baby. Beri bayi anda menyentuh air itu dengan jari jemarinya. Semasa jari-jari bayi menyentuh air, tell him that he is touching the water with his fingers. Tell him also that he has ten beautiful tiny fingers. Setiap apa yang anda buat, anda bercerita dengannya. Memanglah dia tidak boleh membalas kata-kata anda tetapi telinga anak itu mendengar. Apabila anda terus menerus bercerita, bercakap mengenai body parts misalnya, semua percakapan anda itu akan diregister di dalam otaknya. InsyaAllah, apabila tiba masanya untuk anak itu bercakap jangan hairan sekiranya anak itu menyebut perkataan atau ayat yang telah anda bualkan sebelum itu.

Jangan hadkan perbualan semasa mandi saja. Jadikan satu habit untuk sering berbual dengan bayi anda. Anda mahu anak anda pandai dalam bahasa inggeris kan? Bercakaplah dalam bahasa inggeris. Jangan jadikan anda tak pandai berbahasa inggeris sebagai alasan. Bangsa lain pun tak semuanya pandai bahasa inggeris tetapi mereka berani dan tak malu. Apa kurangnya anda dan apa lebihnya mereka.

Untuk mengajar anak pandai membaca, tunggu siri akan datang.......

20 comments:

chekdenoor said...

Wah,..... suka bila tengok baby...cute sangat ...hmmm..... zaman jaga baby dah berlalu .....sekarang baru tahu pelbagai rahsia menjadikan anak-anak cerdek pandai..... tak boleh apply pada anak ...takapalah.... nanti chekdee aply pada cucu lah pulak....ukhussss

lupekanje said...

ala kpah...nnt kalu mandi manda dgn acik, kpah becakap la dlm basa inggeris dgn acik..mesti acik ingat sampai bebiler...ye ye ye..
never to old to learn kan kankan...

xiiinam said...

kakPah.........








Nak babyyyyyyyyy....hu..hu..hu..

ima said...

salam kak pah...info yang amat berguna,boleh saya cuba kak anak bongsu saya...dan saya tunggu siri yang seterusnya...

zai said...

Salam Kak Pah...
Zai mmg sukakan baby2 nie..tak leh tengok geram..mulut dah mengetap nie..hmm..gerammmnye.
Zai pun mmg suka amalkan urutan utk baby dan bercakap dgn anak2 masa baby dulu dan alhamdulilah perkembangan mereka sangat menggalakkan semenye montel2 masa kecil dulu seme ingat minum susu mahal sbb badan anak2 seme montel2 masa baby tapi diaorang tak tau rupa2nya susu badan dan susu tin yg murah jer..hehehe..susu murah pun anak besar jugak !!!

a kl citizen said...

best ada baby kan...

iina said...

Amatlah baik utk praktis yg baik.. kena sabar dan rajin kan kak ;).. bak kato acik.. elok bonar lah praktis cakap english maso berenang tuh.. sure lopeh tuh leh nyelam minum air dah hehehehe

DaliaLiyana said...

alahai cutenyer...bila la dalia nak dpt anak buah ni..huhuhuu...

ashley said...

he he he..

Kenapa hari tu ada orang mengata ANAK AKU TAK BERHENTI HENTI CAKAP EK?!

"She has the whole world to talk about!!"

gamaknya aku dok bercakap dengan dia dari dalam kandungan lagi menyebabkan di FASIH untuk berkata kata...
hua hua hua..

Insyirah said...

Good info. Thanks for sharing. InsyaALLAH boleh apply nanti. Menunggu siri seterusnya pula :)

kakpah said...

chekdee, masa anak kpah kecik dulu tak tau teknik2 ni. skang baru nak apply kat cucu.

acik, tak koso kpah doh. Lai kpah bonam-bonamkan acik lam kolam tu ado lah.

cklah, masih ada masa utuk menambah hehe.. usaha dengan gigih.

kakpah said...

ima, mesti cuba. datang lagi untuk siri seterusnya.

zai, banyak ibu bapa yang tahu cara membelai dan merangsang tetapi tidak mempraktikkannya.

Kak Nora said...

Pah,
Akak cakap kat pokok bunga aje.

kuIna said...

tq kak pah...
rindunya pd bau baby...

umi_e said...

dah bercakap dgn anak2 dari baby sampai dah besar - macam tu juga heheheheheh :P

ku tak sempurna said...

cepatlah siri akan dtg tu..
tak sbr nak ajar baby membaca plak....

errrrkkkk.... baby boleh ajar membaca ke??

hihihi... nothing impossible

secangkir madu merah said...

kakpah, teringat masa anak2 baby dulu kita suka cakap pelat2 dgn baby tapi hubby marah sbab ajar anak cakap pelat, tapi sejarah anak2 ku tak de pun yg pelat...

kakpah said...

cikgu, kpah sekarang tengah seronok bermain dengan baby. Tu gambar cucu kpah tu, faris.

ina, memang sambil menyolam sambil minum air acik tu sobab kakpah dah bonam2kan dio ko dasar kolam sampai tocungap2 hehe..

dalia, kenapa tunggu anak buah... tgu anak sendiri le... dalia bila nak ajak kpah makan nasik beriyani..

ashley... kah..kah..kah.. (hik..hik.. komen makan diri sendiri ke nih!!)

syirah, tunggu ye.
(bila nak update entry ni. harini penat plak...)

Nora, cakap ngan pokok bunga pun dia paham per. Tu la agaknya pokok u tumbuh subur..

kuina, hmmmmm.. bau baby memang wangi. dapat cium selimut dia pun jadik le..

umi, haha.. salah teknik cakap kot.

kts, baby pun boleh kita ajar baca. nanti ek kita citer...

SMM, memang tak digalakkan bercakap pelat dengan anak ni. tapi agaknya anak-anak smm dapat bezakan mana yang betul. bijak le tu...

Dida... said...

Salam Kak Pah...

Terima kasih krn sudi berkunjung balas ke blog saya dan meninggalkan pesan di sana...

Salam ukhwah dari saya... n3 yg bagus mengenai parenting... tp saya belum berpeluang nak jadi baby lagi.. masih lagi berusaha...

kakpah said...

Dida, salam kembali. belum ada rezki. insyaAllah.. ramai tu nanti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...