Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Thursday, July 16, 2009

MARI MEMBACA



Anda perlu rajin menyediakan rangsangan sekiranya mahu anak cepat membaca. Jika anda mula lambat, maka lambatlah anak itu membaca. Ada yang menghantar anak ke tadika semasa berumur 5 tahun dan mengandaikan guru tadika 'do all the jobs' sedangkan anak itu tidak tahu apa-apa. Bila berlalu tiga bulan, datang ke tadika pot pet pot pet komplen kenapa anak dia abc pun tak kenal-kenal lagi. Janganlah begitu yang oi. Pembelajaran bermula di rumah seawal bayi lagi. Nak anak pandai, kenalah rajin sikit. Eh. rajin banyak.

Untuk mengajar membaca bahasa inggeris, gunakan kaedah phonics dan look and say. Sesiapa yang tak tahu apa itu phonics rajin-rajinlah menggoogle. Membaca tak perlu kenal alphabets. Tak perlu tunggu anak kenal ABC baru ajar membaca sebab ABC itu hanya huruf-huruf yang tidak mempuyai makna. Yang ada makna ialah bunyi kepada huruf-huruf itu. Cari CD di kedai yang ada mengajar bunyi-bunyi ini. ( Untuk tujuan ini CD yang kakngah jual tidak boleh diguna pakai. Kakngah hanya menjual CD yang boleh dicuci dan diguna semula. Kakngah oi, apasal kau tulis address kakpah salah lagi!!!!) Kalau tak pun, dalam internet ni memang banyak web yang mengajar anak membaca cara phonics ini. Layari saja.

Perkataan look and say itu sendiri sudah menjawab cara mengajar kaedah kedua. Anak-anak melihat perkataan dan kemudian menyebutnya. Anda perlu menyediakan kad berukuran lebih kurang 4x10 inci. Box card paling bagus. Kalau tidak ada, guna saja manila card yang agak keras. Di atas kad itu anda tulis perkataan yang hendak anda tayang-imbaskan kepada anak. Tulisan mesti besar dan terang. Kalau ada template huruf kecil, bagus. Kalau tak ada, boleh saja anda print dari komputer. Guna marker pen pun boleh tapi biarlah tulisan itu cantik dan senang dibaca.

Kaedah ini anda boleh gunakan ketika anak masih bayi. Walaupun dia belum boleh menyebut, dia sudah boleh melihat. Mulakan perkataan yang berhampiran dengan dirinya: Body parts, family, things around the house. Atau anda boleh saja imbaskan 'high frequency words' atau 'dolch words' - iaitu perkataan yang sering kita jumpa apabila membaca. Di bawah ini adalah senarai high frequency words mengikut keutamaan. Anda boleh gunakan perkataan dalam senarai ini.


Preprimer Primer First Second Third
a all after always about
and am again around better
away are an because bring
big at any been carry
blue ate as before clean
can be ask best cut
come black by both done
down brown could buy draw
find but every call drink
for came fly cold eight
funny did from does fall
go do give don't far
help eat going fast full
hers four had first got
I get has five grow
in good her found hold
is has him gave hot
it he how goes hurt
jump into just green if
little like know its keep
look must let made kind
make new live many laugh
me no may off light
my now of or long
not on old pull much
one our once read myself
play out open right never
red please over sing only
run pretty put sit own
said ran round sleep pick
see ride some tell seven
the saw stop their shall
three say take these show
to she thank those six
two so them upon small
up soon then us start
we that think use ten
yellow there walk very today
you they where wash together

this when which try

too
why warm

under
wish

want
work

was
would

well
write

went
your

what



white



who



will



with



yes


Sekiranya anak anda sudah berumur 2 tahun ke atas, di samping menggunakan perkataan di dalam senarai anda juga boleh menggunakan buku bacaan siri Lady Bird berjodol "Peter and Jane". Mulakan buku 1A dan teruskan denga 2A, 3A, 4A dan seterusnya.

Cubalah dulu. Berikan feedbacak kepada kakpah. Kalau ada pertanyaan, jangan malu menulis dalam ruang komen atau dalam kotak shout box.


14 comments:

ckLah @xiiinam said...

Masa anak2 kecik dulu, rumah ckLah sentiasa bersepah dengan kad-kad imbasan tu kakPah...hehheheh


Sekarang depa dah besar,bersepah dengan buku pulak.

ckLah nak simpan entri kakPah ni.....nak aplikasikan kepada cucu ckLah pulak sok...he..he..

Ms.Lilies said...

saya x pernah ajar cara camni...tapi saya baca buku sama2 dgn diorg...

anak 1st belajar sound dr laptop mainan...

anak 2nd ni belajar sound dr buku2 yg keluarkan bunyi hihihi


pasni nak kena buat flashcard la...bagus entry ni

Insyirah said...

ckLah nak simpan entri ni utk cucu-cucu dia, saya plak nak cimpan entri ni utk anak-anak saya (muahaha...berangan je syira ni).

Anyway, entri yg berinfo. Tapi, tak dapat nak bagi feedback sebab tak ada budak kecik kat rumah. Ngeee.. =D

secangkir madu merah said...

info yg berguna dan bernas...
detail explanation..
thanks kakpah..

Yunus Badawi said...

Terima kasih kerana berkongsi ilmu. Saya nak aplikasikan kat Adam hehehe

julietchun said...

kat rumah tu flashcard depa dok buat main2 je. sekali ajar ok lagi, bila lama sikit macam2 alasan depa bagi, nak pegi tandaslas, penatlah, nak kena cikgu jugak yg mengajar baru jalan,hehehee.

Guru said...

peter n jane memang bagus...

ibundo said...

cklah, bersepah dengan benda berpaedah kira okay gaklah kan? hehe..
cklah tak yah lah tunggu cucu. boleh lagi ada anak dua tiga orang..

lilies, beli peter n jane tu. bagus.

insyirah, jangan simpan je. praktikkan.

SMM, no problemo

YB, jangan lupa beli peter n jane. bagus buku tu..

juliet, hahaaha... flashcard tak boleh tunjuk lama-lama. Cukup 5 minit tapi kerap. Biar sekejap tapi sekejap yag berkualiti.

ibundo said...

cikgu, yes.. mesti cikgu ajar anak guna buku ni juga kan?

Tijah said...

macam mano nak buek budak minat math kak?

Kapten Luffy said...

nasihat yg berguna ni

tq

ibundo said...

tijah, nak suruh budak minat math ajak dio poi shoping selalu. suruh dio boli mainan bebanyak lopeh tu suruh dio kiro keh..keh.. (cem.. apo macam.. brilian tak acik ni wink wink)

kapten, tenkiu...tenkiu..

Normi Hj Mat Yusof said...

tengkiu kakpah bg idea dan berkongsi ilmu.nanti sy nak ajar ameen.....

gyan MD said...

salam,

sy nak tanya k pah, anak sy, 3 thn, lelaki, selalu tio lewat, g tadika pun after zohor coz bgn jam 12 ++ (nak kejut, kesian laks.. takut x cukup tido), so mcmanan nak ekjass time tido dier tu.. kelas d tadika mula pagi.. nak hantar aulad sebelah rumah d jln telipot ni pun.. time tu dia x bgn lg.. sy ada gak baca2 buku, ajar dia nulis, baca quraan, nyanyi (ikut vcd nasyid dll) main2 dll dgn dia.
mcmana nak buat? sy takut dia ketinggalan jer..

t/kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...