Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Tuesday, July 7, 2009

CILI API PELBAGAI GUNA

Telinga aku tidak suka mendengar perkataan yang tidak elok keluar dari mulut anak-anak. Masa anak kecil dulu ada juga di antara mereka yang merasa makan cili api. Sekali, warning. Dua kali, warning. Tiga kali, warning lagi. Kali keempat aku kejar dengan cili api dan tenyeh dalam mulut. Pedas. Memang pedas. Dan memang aku saja nak bagi dia rasa kepedasan itu. Bila terasa serik, dia tak buat lagi dah.


Ada budak tadika ni, suka sangat cakap benda tak elok. Sikit-sikit, babi. Dahlah sekarang ni orang tension dengan selsema babi, dia pulak asek cakap bendaalah tu. Masalahnya budak-budak lain pun mengikut. Cikgu cakap taknak dengar pulak tu. Cikgu aku pun manusia juga. Ada tahap kesabaran. Satu hari minggu lepas bila budak ni keluarkan perkataan tak elok, cikgu aku keluarkan pulak cili blender dari dalam peti ais. Diacahnya nak cili mulut budak tu. Acah je...... Belum kena cili lagi.

Mengadu pulak tu. Bila bapak dia ambil petang tu terus mengadu cikgu baling cili kat dia. Yang sibapak pula percaya habis. Siap telefon aku lagi mengatakan nak ambil tindakan kalau apa-apa terjadi kat anak dia lain kali. Aduyai.... patutlah anak besar kepala.

25 comments:

Ms.Lilies said...

Zaman skrg bapak x ngam dgn cikgu hihihi....sbb tu byk adegan anakku sazali skrg ni

Guru said...

tu lah masalah nya ya, k.pah ooi...

lupekanje said...

dpt acik bayangkan kpah maen kejar dgn anak, nak tangkap dan cili mulut diorg...wakakaka....
acik tk cili...KETEPEKKK KETEPOKKK je kat mulut diorg...nak bengot, bengotla...heheh..mang kejam. hasilnya, depan acik..tk penah dengar diorg cakap kotoq...klu nk jugak cakap...diorg akan kata...contoh ye...contoh..bukan nak mencarut...cehhh.!!!
kat blkg...hentahla..
janji kita dh ajar bahawa cakap gitu, tk elok...
biler smua da duk asrama, memcmla diorg blajar..yg mana umi dia tk ajar...maka depa jadik telebih hajar ler...huhu..
tpi depan umi ...maintain lagi...da tau uminyer tk suka mencarut2 nih...buruk bunyiknya.
klu da tebiasa..dah jadik zikir...kan ke kurang manis..

umi_e said...

tak fahamlah mak bapak yang terlalu sayang kan anak ni... sampai anak jadi camtu!

* masa anak saya kecik2 sorang pun tak berani conteng dinding atau kusyen etc sebab saya akan 'ajar' betul2 hehehehehe

** pernah amek cili gonyoh kat mulut anak masa dorang kecik bila keluar perkataan tidak sepatutnya...

*** orang kata saya garang mengalahkan mak tiri :-S huhuhuhuhu - peduli apa orang nak kata khikhikhikhikhi

Tijah said...

wah! mengado2 kan bebudak ni jam. sey dulu kok ngadu ngan aji usop silap2 kono tambah lagi ado la...baik diam.

ckLah @xiiinam said...

Huihhhh...podeh mulut eden...

zai said...

Teringat saya dulu, kalau ada budak2 ckp ba** saya akan cakap, jgn ckp macam tu nanti lama2 tumbuh ubi dan akar kat mulut terus dah tak boleh nak makan..lama2 kita akan mati...saja jer nak takutkan diaorang nie...tapi budak2 zaman sekarang mmg tak makan saman..mak bapak pula lngsg tak boleh ditegur..itulah masalahnya

aNIe said...

Kak Pah...tulah masalah mak bapak sekarang...terlalu dgr aduan anak2 tanpa usul periksa terus marahkan cikgu...anak2 pun naik kepala...bila anak2 besar buruk perangai...disalahkan cikgu pulak

Kapten Luffy said...

buang sekolah jer

sebab pengaruh dia kuat

hehehe

kakngah said...

anak2 ni mudah terikut apa yg kawan2 ckp. pdhal diorg xtau pun apa mksdnya. lg kite larang... lg sj disebut. tp, formular 'cili mulut' ni.. mmg mujarab. hihihi!!!

ibundo said...

lilies, cuma mak bapak yang tak boleh anak dia kena sentuh je. Kalau yang paham tu, okay je..

cikgu, kat sekolah menengah lagilah besar masalahnya kan? Cgu tak leh silap cakap.

acik, kat rumah kita bolehlah ajar anak. bila keluar dari rumah, masuk univ, dah lain cerita. kawan-kawan pulak ajar diorang. Bagi yang boleh tepis, alhamdulillah. Yang lemah iman, terperangkap pulak dengan ajaran kengkawan. begitulah selalunya.

ibundo said...

umi, garang berpada untuk mendisiplinkan anak-anak tak de hal. jangan tahap mendera. Yang tak nak mencuit langsung ni yang susah...

tijah, tak leh nak donga handred persen cakap bebudak. kono tapih tapih jugaklah.

cklah, memang podeh. Berasap..

ibundo said...

zai, kita dulu kalau kena tegur atau kena marah dengan mak bapak, berdecit..takut. nak pandang muka pun takut. sekarang ni ...

anie, camno nak nolong tu hehe..

kapten, bernas gak cadangan ko

kakngah, bagi cili api. Pehtu masukan tempoyak lak hehe..

Insyirah said...

Tak terbayang mcmmana kalau kena cili mulut ni. Huhhh...pedihh..pedihhh...

Kalau dapat mak bapak mcm tu, mana tak nya anak-anak pandai cakap kotor. Manjakan sgt...

joegrimjow said...

kalau tanam kat sana besh jugak ni

Hjh Noralenna Abbas said...

In bukan kisah cili tapi berlaku di depan maya saya, seorang guru lelaki tunjukkan penumbuk pada sekumpulan murid2 kecik, nak suruh mereka diam. Contoh yang baik ek?

aza ni said...

cadang saya kakpah, maaf cakap kasar sikit, bila bapak budak tu talipon, buat gini
ya encik babi, kami takkan lagi cili mulut anak encik babi, bila anak encik babi kata babi lagi.
Tapi kalau dia bising juga,cakap: sekarang encik babi tak bagi kamu betulkan anak encik babi yang suka kata babi,babi!Sekarang cuba babi cakap apa babi nak kami buat dengan anak babi ini?boleh digantikan perkataan itu dengan khinzir,kalau nak sopan.nak sopan lagi gantikan dengan swine.
dalam talipon je, kalau nak depan depan,bagi tahu saya bila kakpah nak cakap dan di mana,sebelum 12 hb ni saya free,pada hari 12 hb saya kena kursus train and place kat seremban 4 bulan.

aza ni said...

saya offer jadi bouncer kakpah

aza ni said...

free of charge kakpah.tak bagi minum pun takpa.

saya tahu kakpah sopan santun, berbudibahasa, tapi dengan orang kurang ajar ni kita kena jadi lagi kurang ajar.
maaf kata kakpah, emo pulak saya.
kadanfkadang geram dgn mak ayah yang nak anak dididik, tapi guru dan cikgu diserang bila nak mendidik.Kementerian pun tak leh pakai.Bukan nak siasat atau back up pekerja dia, lagi menangkan yang berkurang ajar pula.Mana protokol mak ayah serang sekolah?
Nak jadi cerita saya sikit lagi tak bergaduh dgn bapak budak yang mengamuk kat sekolah, kalau orang rumah tak ngajar kat situ, mau jadi agaknya,sakit sakit saya, bila macam ni, hilang sakit sakit.Ringan tangankakimulut.
Tarik napas......lepas napas......tarik lagi...lepas lagi...kejap nak ambil wudhu' .

aza ni said...

kakpah, ok dah cool , kalau kakpah nak delete komen saya deletelah.

secangkir madu merah said...

huii.., caya lah kakpah..

Ifa said...

hahaha kak pah..
suka baca coretan akak banyak info yg leh dipraktikan dlm nak besarkan anak2 ni.. maklumlah anak2zaman skrg ni terlampauuuuu lah advancenya...
tu lah kadang kita mmg dah train anak2 bagi tak cakap benda bukan2 ni tup2 bila balik skol terkeluar la gak sikit.. adoii pening pala.. ye la pengaruh kawan2 kat luar tu besar sangat.. cuma sebagai ibu kita bagitau la ek napa words tu tak elok.. tapi kalau kuar gak lagi saya pun nak main kejar2 la bawak cili api cam kak pah.. hehe..

** sodapnya masak lemak cili api..

ibundo said...

Syirah, kalau terkena, memang podeh..

joe, dulu cili padi banyak buahnya di belakang rumah kpah ni. sekarang dah mati.

Nora, haha.. tu dah telebih lak tu.

Azani, betul-betul emo ko ni. Mesti ada insiden antara ko ngan bapak budak ni. Apa-apa pun, kakpah kena berlagak cool. Customer is always right. Orang macam ni kena attend lain cara.

CMM, buat kat anak je. kat anak orang tak leh.

Ifa, Setiap orang anak kita ni tak sama. Ada yang kena disiplin lebih, ada yang biasa-biasa je. Anak kpah lapan. Ada macam-macam perangai hehe...

MrsMama said...

Heran kan bebudak skrg? Dulu2 kalu kena marah ngan cikgu kalu ngadu kat mak bapak mesti kena tambah lagi.Nurin serik ngan cili api tu.....dia cakap bodoh so saya kuarkan cili api nak tenyeh mulut dia.

miz said...

kl pasal menggigit lak , cmne kak pah setlekan? umur udah 2 tahun lebih tp mgigit kawan. pantang lepa je ..ngap? aduh..geram. bla dinasihati, di peeeejamkan mata! pah air mata meleleh. esok?? buuuuat lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...