Hari yang agak memenatkan juga. Pagi-pagi lagi dah ke pejabat pendidikan atas urusan. Lepas tu terus pergi Sebatu atas urusan juga. Sebatu? Hehe.. jauh sedikit daripada Setapak. Tidak seperti nama, Sebatu ni letaknya di melaka seratus kilometer lebih. Dan seperti biasa, aku jadi mem di sebelah atuk. Sesiapa yang belum tahu siapa atuk, dia adalah atuk kepada cucuku Faris yang sudah pun berumur tiga bulan.
Kami singgah di Shalala mengisi perut. Sunyi tempat tu. Mungkin belum masa kena serbu. Kami memesan nasi lemak dan capucino yang tak berapa jadi. Bila kami bergerak semula, hujan sudah mula turun. Dan sepanjang-panjang jalan hujan turun terus. Ada masanya kurang lebat dan ada masanya lebat sungguh-sungguh. Kami memperlahankan kereta da memasang flasher. Cuma berhati-hati. Tetapi masih ada juga kereta yang berdesup laju. Aku harap itu bukan kereta acik.
Setelah selesai urusan di Sebatu kami singgah sebentar menjenguk orang tua kami di Paya Baru, Tiang Dua. Sebelum itu kami tercari-cari gerai yang ada menjual pisang goreng panas. Banyak gerai yang tutup. Mungkin sebab hujan. Akhirnya kami jumpa beberapa gerai di Duyung. Semasa membeli pisang goreng aku ternampak gerai apam balik dan secara otomatis aku teringatkan Tasek Merah. Aku melihat apam balik itu dan cuba mencari persamaan dengan Tasek. Tidak terjangkau oleh otak.
Emak mertuaku menyambut kami dengan badan dibaluti cardigan. Sejuk, katanya. Hujan dari awal pagi tak berhenti-henti. Ada berita dalam radio menyebut Merlimau banjir. Kami baru melalui Merlimau dan tidak nampak di mana banjirnya. Mungkin bukan di jalan besar. Mungkin di kampung sebelah dalam.
Kami di sana sekejap saja kerana mahu singgah sebentar di JJ. Bila di JJ aku teringat kak Nora yang mengwarwarkan harga runtuh di JJ tempoh hari. Kalau lama di Melaka boleh berjumpa dengan Nora. Nanti kami serbu rumah Nora masa raya, boleh?
Semasa nak balik ke bangi perut berkeroncong lagi. Atuk sarankan beli makanan segera saja, makan dalam kereta. Di depan kami ada McD. Ah, beli berger sajalah. Maka kami pun masuk pandu lalu.
" filet saja dua" atuk membuat oder di corong suara.
"berapa encik?" suara perempuan keluar dari corong itu.
"dua" kata atuk sambil menunjukkan dua jarinya di tepi corong suara.
Aku mengekek ketawa. Atuk ketawa bila aku ketawa tapi tercengang cengang tak tahu apa yang aku ketawakan.
"Tak payahlah tunjuk jari tu kat depan mikropon. Bukannya orang tu nampak pun!!!!"
hehe... Ada orang ni kalau bercakap memang tangan tak boleh duduk diam.
Sampai Bangi hari dah nak maghrib. Harini tak sempat nak ronda-ronda rumah kawan dan buat komen. Penat belum hilang.

20 comments:
...bab tunjuk jari kat tlefon tu memang tak boleh tahan.....
..kekadang kalau bertelefon pun tanpa disedari tangan naik-naik ke atas...
Sebijik macam Karam Sing Walya....
Hahahhah.... bajet macam kat mikropon tu ada CCTV je.... Jauh berjalan Kak Pah....
ngeeee...silap taip..
'tunjuk jari kat mikrofon.....tlefon pulak...
Baco cite akak cam baca buku cerita kanbak-kanak pengembaraan nenek pah dan atok faris.. hehehehe.. leh buek buku cito nie kak ;)
Alah kak itu baru tunjuk jari kek corong speaker.. tuh ahh tunjuk jari maso menepon tuh lagik ahh.. bkn tunjuk jari lagik.. tunjuk tangan.. angguk kepala.. goyang2 bdn cam ler org kek tepon tuh leh nmpk hehehehe
hahahaa. sebijik cam carlos. kok becakap dlm talipon tu kan..kemain tejungkit2 tangan kojap tunjuk sanun, kojap tunjuk sini. mcm la org tu nampak. kikikikikki...
Walaupun hari mendung dan hujan..atuk tidak lagi mengeluarkan tangannya untuk mengelap ngelap cermin kereta!
wa ka ka ka ka..
*aku terbayang bayang!
**ketawa aku dikemudiankan sikit..
amvooii...sesuker ati ekkkk...sesebut nama acik ni nyindir yeeee....
Ye laaa....acik sedar diri ini...
acik dah insap dari merempit. Saman da bayar dahh. Terbang duit aku nih sedekah kat kantor polisi! hehheh..
sangat tidak ada mood (senornya tk ada masa nak lompat2 blog mengomen sehari dua nih..even kat blog sendiri!)
sampai leh telepas citer keter wak segan atok tu.. ato kpah ni laju sgt hapdet blog??? kehkehkeh..
nk tambah komen..
kpah pegi Duyung??? Lama acik tk gi sana. Ada sowang kawan baek kat situ yang dah lama acik tk kontek. Sebab tk stuju dgn cara dia...
tapi acik senornya windu kat dia..
tapi tak tau camner dah nak settle kan masalah dia. Maka acik menyepikan diri..nk elak campur urusan umah tangga owang...boley ke??
errr..komen ini juga seperti tidak releven dengan entry di blog ini. hehhe...sajer menyibuk..
cklah, kpah tengok orang india cakap banyak pakai tangan dengan kepala je. tak payah keluar suara pun diorang faham antara satu sama lain.
cham, sebab ada urusanlah tu berjalan. kalau tak duduk dendiam je kat rmah hehe..
cklah, hik..hik..
ina, cubo kau bocakap tangan lotak dalam poket. takyah gorak-gorakkan langsung. Mosti tak sodap kan. Tapi kalau dah terover guno tu yang nak togolak bosar tu.
tijah, carlos mo atuk tu satu keturunan agak e hahaha... mamak penang samo mamak molako haha.. togolak godang lai aku ni.
ashley, semalam masa ke melaka memang hujan sepanjang jalan. aku bukak balik cerito atuk ngelap cermin kreta tu. haha... tegelak jugaklah kami sepanjang jalan.
acik, tu lah orang dah cakap dah. bawak keto tu sopan-sopan. jangan asek nak tokan minyak yo. kan dah tak pasal2 kono baya saman. Sapo yang kayo. pulis tu gak yang kayo.
haha.. cito duyung acik tu memang tak releven kehkeh..
(terigat pulak maya karin jadi ikan duyung. osah lawak e..)
salam kenal kak pah.. huhu, memang melaka ujan semalam.. betul2 punya hujan tu..
kekdg ada gak yg suka menconteng tem bercakap.
Tangan saya pun tak boleh nak duduk diam juga. Bercakap dlm telefon pun tangan ni tunjuk sana tunjuk sini. Kalau cakap depan-depan, lagi la...macam orang nak berdebat. Muehehe.
Dek kerana itu, saya selalu kena gelak dgn orang. Kena perli pun iya juga...
Salam kak Pah,
Partner Auntie pun gitu jugak...kalau bercakap tangannya tak diam kenkadang siap dengan expresi muka... :-)
ada ke org jual apam balik hujan2 ni kak? hehehe...
melaka gila lebat hujan smlm. ni sbb ko mari la nih. hehehe...
:p
.
Pah,
Rupanya kampung Pah Melaka ye? Nak serbu waktu Raya beritahu, takut tak terlawan. Oh, negeri Hang Tuah banjir you semalam.
Hi hi... dah terbiasa buat aksi begitu, ekekeke......
nurdaniela, tk kerana datang melawat.
melaka kat mana?
juliet, aku rasa kau lah tu hehe..
insyirah, tangan bergoyang2 tu satu bahasa juga. kalau taknak tangan tu bergerak, masuk dalam poket ke, dalam henbeg ke.
yan, tangan tu jangan sampai mencucuk lubang hidung dah lah wakaka..
tasek, itulah yang akak heran tu. apam balik banyak lagi. orang tak de beli. weh.. tu hujan rahmat tu meyambut kedatangan akak.
Nora, kampung hsbnd tu. kat tiang dua, air molek.
tie, tu lah pasal. tanpa disedari je kan..
capocino yang tak menjadi ??? ukhus...kalau chekdee minum...sure perut masuk angin nyerrrr
chekdee, haah chekdee.. tak sedap langsung.
salam kak pah.. saya dok kat alor gajah..
Post a Comment