Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Tuesday, July 21, 2009

HATI - HATI BILA KUCING MENGIOW..


Dapat award dari Secangkir Madu Merah. Terima kasih SMM. Cute dua ekor kucing tu. Se cute kakpah dengan SMM.

Nak cerita sikit tentang kucing. Sejak dulu aku ada membela beberapa ekor kucing. Anak aku memang sukakan kucing. Aku ni nak katakan suka sangat pada kucing, tak ada lah. Tapi aku tetap sayang pada binatang ini.

Kebanyakan kucing yang aku bela adalah kucing yang datang. Tak tahu siapa punya. Bila datang tak tau nak balik-balik. Mula-mula mengiau-ngiau kat luar rumah. Lepas tu berani berani masuk ke dalam. Bila anak-anak merengek-rengek nak bela, aku pun jadi tak sampai hati.

Ada satu kucing aku dulu nama dia so'od. So'od ni malam-malam aku letak dalam bilik air. Siap pasangkan alas tempat tidur dan pasang lampu lagi. Aku nak ajar dia kalau nak kencing berak biarlah dalam bilik air tu. Tapi bila pagi-pagi aku buka pintu bilik air, tidak ada kesan dia berak atau pun kencing. Bila buka pintu je dia meluru naik atas rumah masuk dalam bilik anak lelaki aku. Dia berak atas katil. Memang aku geram. Dua tiga kali aku tahan lagi. Tapi kalau dah hari-hari kena jemur tilam, siapa boleh tahan. Akhirnya aku bawa pergi pasar. Lepaskan dia kat situ. Orang pasar rajin bagi makan kat kucing-kucing yang berkeliaran.

Ada sekor lagi kucing aku yang suka buat perangai. Dah lupa pula namanya. Dia suka kencing dalam rumah. Kadang-kadang melepaskan berak juga. Satu hari aku bawa balik karpet baru. Aku bentang karpet kat living room. Datang sidia ni diberakkannya karpet aku tu. Memang aku bengang. Jawabnya, ke pasar juga.

Banyak juga kucing aku yang berdisiplin. Berak kat luar dan kencing pun tak merata. Susah kalau kucing kencing merata dalam rumah. Kita nak solat susah. Najis berterabur sana sini.

Selepas Aswad hilang entah kemana, lama juga aku tidak berkucing. Sehinggalah tahun lepas bila seekor kucing terhegeh-hegeh datang minta dibela. Aku namakannya Jordan sebab aku baru balik dari Jordan. Aku cakap dengan kucing ni, kalau kau nak tinggal kat rumah ni kau doakan kami murah rezki. Jangan kencing berak merata-rata.

Mungkin kedatangannya membawa rezki kerana tidak sampai setahun selepas Jordan menjadi keluarga kami, kaklong mendapat anak pertama setelah hampir enam tahun penantian. Kebetulan? Hanya Dia yang tahu.


Jordan ni kadang-kadang buat perangai juga. Mula-mula dulu okay je tak kencing dalam rumah. Kebelakangan ni sering kalau masuk mengiau-ngiau dia akan berhenti di satu spot dan kencing di situ. Aku denda dia tidur di luar rumah. Bila masuk dalam rumah je, aku halau keluar. Agaknya dia tahu jeran. Dah lama dah dia tak kencing bila masuk dalam rumah. Rupa-rupanya kucing ni pun takut bila kena warning haha..

Sekian.

16 comments:

xiiinam said...

"Iiiiyaaaaaaaaaaaaaaaaaau"

Eh silap...


"Meaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaw"



Ngantuklah kakPah. Tidur dulu ya...

"Ngiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaau..."



Hek..hek

umi_e said...

kesiannya Jordan...
* saya sekarang ini ada kucing (si Mahzuz) yang berak dan kencing dalam rumah... sejak kami kutip dia di tepi jalan sampailah sekarang ni tak mau dengar cakap - kencing-berak gak dalam rumah!!! hari2 bersihkan buangannya 2-3 kali! Tapi saya tak akan buang kucing yang saya dah jadikan 'keluarga saya' ke pasar atau di mana2 :( saya kena berbasar...

** semalam Mahzuz baru dapat suntikan dan bulan depan saya akan 'mandulkan' dia supaya dia tidak pancut di dalam rumah bila tiba musim mengawan hehehehehehe

*** semalam saya bawa 5 ekor 'anak-anak berbulu' saya ke Klinik Mesra , Sek 7 - sekarang ni Klinik tu lakulah... semalam je banyak betul tuan2 bawa kucing mereka untuk dapatkan rawatan... (b4 saya gi ke Dr.Pet tapi Sek 7 lebih dekat dgn tempat saya)

DaliaLiyana said...

tgk kucing kak pah ni..teringat dalia kat CIKO (name kucing dalia) tp dah mati kena langgar...huhu...waaa....ciko.....sedih sgt tau...jahat org yg langgar tu..terus lari....pastu dalia ade sekor lagi menggantikan ciko..tp mati gak...kena langgar gak..agaknye dalia tak leh bela kucing la..asik mati je...kena beli rabbit lak pasni..huhuh

iina said...

hahahha kak tingat kek kucing kek kg.. omak den gitu ahh gak.. bersepah2 yo kek dlm umah mmg siap ah.. poei htr kek tompat lain.. ada gak beberapa ekor kucing omak bela.. siap pesan lagik.. aku penat2 bela ko.. sekor tikus pun ko tak nak tangkap ye.. tau2 sok dia p tangkap sekor tikus besar tunjuk kat depan mak.. hahahha nak tergelak gak dgr... betul tuh kak bela kucing kena displin.. pulak tuh kucing tuh kenal sapa yg suka kat dia n sapa yg tak.. hahahha.. kalau ayah den yg masuk umah sampai ler ayah kuwa mmg dia tak masuk de sebab ayah nmpk yo kucing siaplah penyapu lidi.. kono libas kek lantai.. hehehehe ;)

lupekanje said...

Oooo...yg acik nmpak kat pasar aritu, kucing kpah la ropernyer yeee....
acik dulu ajar kucing beyak ato kencing dlm bilik ayo...tpi beliau (kucing itu) lebih suka menggunakan perkhidmatan sinki bilik air tu.
Jadi, setiap kali beliau membuang, acik akan berlari membersihkan sinki itu..sebab kucing tersebut tidak pandai nak putar paip air untuk mencuci sendiri...tapi bila acik pindah, si amot, cuba praktikkan penggunaan sinki kat umah mak acik, lalu beliau telah dihalau keluar dgn kijamnya oleh emak acik...huhu...akhirnya beliau kembali ke habitat kucin yg lain, beyak merata2....itulah kisahnya...acik tk buang kucin kat pasar ye...tpi mengikut arahan emak acik beberapa kali ... ada gakla buang kat Pasar Linggi tuh...hahha..(pengakuan dari hati ke hati)

chekdenoor said...

Kak pah....anak-anak chekdee teringin sangat nak bela kucing .....tapi masalah yang jadi problem ialah...... depa suka main jer dengan kucing-kucing tu ....... tokxinyer...chekdee yang kena buang.......mual bagai nak termuntah gak...bila dah kena jadi rutin harian ......

ada cadangan terbaik tak dalam permasalahan negara ni......

kakpah said...

cklah, meoww...........

umie, hehe.. ada dua ekor je kucing kpah yang kpah buang kat pasar. memang le kejam tapi pikir2 balik takde la kejam sangat sebab tempat tu banyak makan. Ni kes dah tak tahan sangat la ni. Kucing yang lain ada yang mati, ada yang hilang begitu saja. kebanyakan kalau dah beranak pinak kpah ofer dekat orang yang nak bela. Kpah maintain sekor je.
Kpah pun selalu bawak jordan kat klinik sksyen 7 tu.

dalia, eloklah ko takyah bela kucing. seriau kpah dengar kucing ko asek mati je hahaha..

ina, kucing ni memang tau sapa yang suka dan sapa yang tak suka dia. Kucing ko tu memang fobia nengok bapak ko. agaknya nampak kelibat bapak ko je, mencicit dia lari.

Kak Nora said...

Pah,
Saya geli dengn kucing lebih-lebih lagi kitten yang belum buka mata. Geliiiiiiii.....

sakurasa 2 said...

Kak pah
sakura dapat 3 kitten yg baru lahir comel sangat nanti sakura akan buat n3 untuk mereka tu...

kakpah said...

aciiikkkkkk..... takkan lah somo kucing yang ko jumpo kek pasar tu kucing kpah.
nak disiplinkan kucing ni kono sabau.kpah ni bilo tak sabau tu yang kono anta ko pasa tu keh.keh..
kucing acik lagi bes lah. koncing kek sinki wakaka.

chekdee, haha bebudak ni tu lah masalahnya. bela kucing nak tapi bersihkan taik maik nye geli.
chekdee beli lah pasir untuk dia berak. Paksa dia berak kat situ. bila dua tiga kali dia berak kat situ nanti kalau dia nak buang isi perut lagi dia akan cari kat situ gak. Haha... itu kalau kucing yag ada disiplin lah. kalau yang kureng ni, dia labur mana dia suka je.

Nizam.Ariff said...

AKu tengah serba salah nak mandulkan Jagad. Aku terasa bersalah nak buang kejantanannya...

Insyirah said...

Tak tahu kenapa sejak kecik lagi saya sgt takut dan geli dgn kucing. Kalau saya nampak kucing, mcm nampak harimau, apa2 hal lari dulu.

Yg si kucing pandai plak, mcm tahu2 je saya tak suka kat dia, then dia lagi la suka nak ngendeng-ngendeng kat saya. Kekadang tu sampai melompat-lompat saya bila kucing tu datang dekat2.

kakpah said...

Nora, haha.. tak semua orang suka kucing ni.

sakura, kucing yang baru lahir ni memang comel. Eee. geram.. buat n3 ye.

nizam, kalau serbasalah, jangan mandulkan. kpah tak pernah mandulkan kucing kpah.

insyirah, haha kesian nya. memang tak semua orang suka kat kucing. Ala... syirah tu saikologi je lebih tu. Cuba dekat2kan diri dengan kucing tu. lama2 okay la.

Water Lily said...

Amboi crite pasal kucing ye kak. Saya suka kucing dan alhamdulillah membela si coco takde masalah.

Masalahnya kucing2 luar tu. Dah bagi makan,diberak. Jiran2 saya tak suka..walau anak laki depa tu dok buang puntung rokok segala bagi merata depan rumah saya.

al maklum kuartes!

Yunus Badawi said...

Aku takde bela kucing tapi kucing sering datang ke laman rumah kami utk berak huhuhu. Kesian emak Adam jadi tukang buang.

Jordan tu aku ingat pandai main bola keranjang hehehe

Monkey D Luffy said...

so'od? mcm nama org

Jordan... mcm ahli sukan plak

haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...