Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Monday, July 20, 2009

Nak Salahkan Siapa Ni !!!!!!!!

Apa kata mereka.

guru
Anak itu tidak boleh duduk diam.
Bila beri kerja, dia tak buat.
Bila saya panggil membaca dia kata penat.
Dia duduk diam sekejap saja.
Lepas tu dia mengacau kawan.
Kuat bercakap pulak tu.

Cuba tengok tulisan dia ni (Ya Rabbi.. memang cakar ayam).
Cuba tengok kerja dia pulak (Astaghfirullahalazim....).

Bagi homework tak pernah buat.
Bagi buku bawa balik, buku hilang.


kawan-kawan
cikgu, dia kacau saya.
cikgu, dia ambil pensel saya.
cikgu, dia ambil eraser saya.
cikgu, dia conteng buku saya.
cikgu, dia tumbuk saya.
cikgu, dia tak buat kerja.
cikgu, dia buat bising.
.
.
.
.




dia
Saya penatlah cikgu.
Malam-malam saya tidur lambat
saya main game kat komputer
emak tak marah
ayah pun tak marah

emak tak suruh buat kerja pun
ayah tak suruh buat kerja pun

ala... saya malaslah nak baca ni
penat
saya baca sampai sini je dah la ye
.
.
nanti saya pandailah



bibik
ngak tau lah cikgu
nakal sangat dia ini
di rumah pun saya ngak bisa menegurnya
nanti saya dimarahin

iya... tau nya main aja
jam dua belas masih main komputerrrr
ataupun nonton tv




Strategi...strategi.......
Rambut cikgu dah mula luruh ni.............


24 comments:

Monkey D Luffy said...

semua mesti bermula dr rumah kan

Ms.Lilies said...

cikgunya gigih pikir strategi....org kat umah relek je..huhuhu....jenuhla kakpah oiii

lupekanje said...

anak2 itu....mesti ada seseorang yang bisa membentuk mereka.
Kenkadang, bukan ibu bapa mereka
kenkadang bukan juga guru-guru mereka..
kenkadang, bukan jua kawan-kawan mereka...

tapi kenkadang antara ketiga mereka ini lah...atau dua antaranya...atau salah satu dari yang tiga itu...

Moga anak2 kita memilih pembentuk yang baik untuk masa depan mereka di dunia dan akherat.

secangkir madu merah said...

kakpah ku nak berpantun:

Pakai baju warna biru
pergi ke sekolah pukul satu
murid sentiasa hormatkan guru
kerana guru pembekal ilmu

Orang haji dari Jeddah
buah kurma berlambak-lambak
pekerjaan guru bukanlah mudah
bagai kerja menolak ombak

Nizam.Ariff said...

psstt: campurkan ubat batuk dalam minuman dia...

ashley said...

apasal hangen..
Errr..
anggapkan pengalamanmu menangani karenah anak dan ibubapa selama 18 tahun itu sebagai angin bayu yang berpuput lembut menghembusi pipi yang bergerutu..

he he he..

wei Nizam,
(sambil cekak pinggang)
ubat batuk cap kelapa laut atau juga ibu dan anak tidak dapat membantu sebaliknya membantutkan usaha damai palestin/israel...
ha ha ha..

apa kena mengenakan?

iina said...

salah sapa? dalam kes nie mak n ayah lah.. biasa ler kan kak pah.. cikgu beria2 nak ngajar tapi semuanya letak kat bahu cikgu..

Insyirah said...

Kalau kat rumah dah memang perangai mcm tu, pergi mana-mana pun sama je. Kalau mak ayah pun tak pernah nak ajar dan tegur anak-anak, cikgu-cikgu lagi la susah nak mengajar. Lepas tu, bila ada masalah timbul...cikgu juga yg disalahkannya. Haihhh~

chekdenoor said...

chekdee ada sediakan bunga untuk semua sahabat diblog chekdee..... tanda terima kasih kerana sudi menjadi sahabat chekdee. Silalah ambil.... thanks ya

kayteeze said...

Memang selalu orang kata, anak yang bermasalah selalu bermula dari rumah. Tapi, ada juga anak itu memang sengaja mencari masalah, atau memang Tuhan dah duga parents dia... nak buat macam mana, ya...

kakpah said...

kapten, langkah pertama tu amat pentingg

lilies, memang jenuh. nanti anak tak pandai salahkan kita.

acik, anak-anak ni pinta dibimbing. masa kocik dorang tak nampak jalan. Tu yang dah kena bimbing dari kecik pun tak gerenti lagi dia buleh jadi anak yang baik. Apatah lagi yang dibiar langsung.

kakpah said...

smm, wah nak kena bepantun plak ke.

pergi ke kajang membeli belah
singgah celcom bayar bil tertunggak
cikgu mengajar kat sekolah
mak ayah di rumah bantulah gak

Nizam, bernas la tu idea ko (sambil melibas-libas rotan)

ashley, tak hangen aih hehe.. saja je nak lepaskan perasaan.

kakpah said...

ina, yang letak semua kat bahu cikgu tu la yang kita rasa kesal sikit tu. Nanti marah-marah sebab anak tak pandai-pandai.

syirah, saatu pengajaran juga buat syirah bila dah ada anak sendiri nanti.

chekde, nanti kpah datang ambil. tenkui very much

Tie, betul tu tie. parents mesti gak ambil berat tentang hal anak-anak.

Norani said...

Kerja sebagai seorang guru memang mencabar. Sebab tu dikatakan pendidik. Dalam masyarakat kita ada mcm2. Ada parents yang prihatin tentang anak2 dan ada juga parents yang tak kisah. Jadi adalah menjadi satu amanah untuk guru membentuk generasi akan datang (tapi sebenarnya pendapat saya, peranan ibu bapa yang paling penting sebab didikan awal anak2 adalah dari rumah.)Jadi.... seorang pendidik itu perlu kreatif kerana ganjaran pahalanya byk.

kakpah said...

Noraini memang mencabar. tanyalah cikgu manapun, baik tadika, sekolah rendah ataupun yang menengah.. takde cikgu yang taknak murid pandai. macam2 cara yang dibuat untuk menangani yang lemah. apa yang cikgu2 ni minta cumalah kerjasama dan pengertian dari ibu bapa.

ku tak sempurna said...

yun nam hair care tak membantu ke kak pah??

ekekekeke


.
.
.
.
.



budak2 camtu nak kan perhatian sbnrnya...

umi_e said...

cubalah berbincang dengan ibu-bapa budak tersebut... minta ibu-bapa beri perhatian...

* kalau anak saya, cikgu report perangai camtu... ermmmmm siaplah kena siang hidup2 :D pastu buat gulai heheheheheheh

xiiinam said...

....dari tadika dah pandai menggugurkan rambut cikgunya....



Kalau dah sekolah menengah besok....

...mau botak licin kepala cikgu kakPahhhhh....

Kak Nora said...

Pah,
Naj salahkan siapa?........akak juga.....

kakpah said...

kts, kakpah dah cari kat bangi ni tak de cawangan lah ekeke..

umi, haha.. dah cakap dah. macam2 helah dan alasan. tu yang maleh tu.

cklah, gerenti tak masuk sekolah cklah sebab dia lelaki kahkah...

nora, takde nak salahkan sape-sape. semua yang terlibat bertangungjawab.

Ungku Nor said...

apa la mak bapak dia tuu..

kakpah said...

ungku, apo koba kau. osah bizi e kau skang ni kan?

a kl citizen said...

ai...kecik lagi, masalah dah besar, bila dah besar masalah jadi parah..

kakpah said...

cikgu, mintak2 tak jadi lah macam tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...